Monday, December 19, 2011

rindu dia.. :)

dulu,
kita dekat,
sangat dekat,
kita rapat, agak rapat,
tika aku emo tak tentu hala,
aku tahu kau tetap ada disisiku,
tapi,
diri ini tak pernah menghargai kehadiranmu disisiku,
aku buta mungkin,
buta dek terlalu mengejar kejayaan sementara.

dulu,
aku dan kamu sentiasa bersama,
usia perkenalan yang singkat tak jadi halangan,
untuk kita saling melengkapi,
tapi,
kita terlupa sesuatu,
kita tiada matlamat yang jelas!
kita berkawan kerana kita sekelas!
kita saling melengkapi untuk kejayaan sementara!

aku tak salahkan sesiapa,
kerana kita adalah mangsa keadaan...

sekarang,
kita jauh,
terpisah beribu batu,
aku tak mampu berada disisimu saat kau jatuh,
aku tak mampu berada di sisimu saat kegemilanganmu,
oh, lamanya kita terpisah!
pernah terdetik dihatimu untuk menghubungimu,
tapi,
aku malu, aku ego..

sampai satu saat,
kita bertemu kembali,
mungkin tak seperti dulu lagi,
kerana,
sekarang ini kita bertemu di alam maya,
sekarang ini kita bertemu kerana ikatan aqidah yang sama.
sekarang ini kita bertemu untuk bersama mencapai matlamat yang satu.

sahabat,
aku rindukanmu,
aku sayang kamu, [erk, dlu sangat susah untuk aku menuturkannya]
aku berhajat untuk bersamamu selamanya.
bukan sekadar di dunia ini,
tapi,
hingga ke jannah yang kekal abadi.


to: you-know-who-you-are

*kulayangkan kasih dan rinduku dari Malaysia, moga Allah sampaikan kepadamu*

YANG KAMI TAHU, ALLAH BERSAMA KAMI.

Saturday, December 17, 2011

what've I done?

sila habiskan raheeq makhtum cepat! [pesan penulis kepada penulis]

yes, a good question to be asked to me, "what've I done?"

"bgn pagi, solat, tlg umi kalau rajin, kulsem, tv, kacau adik, tgk cartoon dgn adik, masak ngan umi, lunch, solat, kacau adik lg sambil tgk tv, solat, riadhah dgn adik, solat, baca quran, ajar adik english, adik tasmi' yaasin, solat, bal3, tido.. "
itu mungkin aktiviti harian penulis sesiapa sahaja (tiada perkaitan dgn sesiapa specifically)

tak rase ke hidup kite mcm dh diprogramkan.. alah, mcm robot tu... eh? kita manusia, takkan sama dengan robot plak..

that's it!

nak ke jadi macam robot?
masuk cip, diprogram, tu je laa yg duk ulang buat everytime

itulah kita secara tak sengaja, secara kita tak sedar, kita ni hidup macam robot..

robot takde matlamat hidup, takkan kita pun nak jadi manusia robot yang  takde matlamat hidup jugak..

ish, taknak lah!

tak bertamadun lah kalau kita takde matlamat hidup!

hah, tahu takpe.. sebab tu lah, matlamat hidup tu penting... :)

then, ape tunggu lagi?
jom2, set matlamat hidup.. oh, jgn lupa untuk buat sebab Allah... :)




footnote: saya tengok merlin semalam.. at the end, Sir Lancelot sacrifice because he loves Gwen right? hah, tibe-tibe terfikir, if we love Allah, we will sacrifice anything for Him, if we love Allah, merlin is nothing to us! *sigh* DUSHDUSHDUSH! tarbiyyah dari Dia.. alhamdulillah Dia tak pernah lupa nak tarik hamba Dia, semoga hamba Dia pun tak lupe nak letak Dia dalam hati ALWAYS..


hoho, gonna berjaulah bersama family tomorrow.. :) semoga kami dapat tarbiyyah membina dari Dia..

Tuesday, December 6, 2011

that's life, huh?

assalamualaikum semua...
wahh!!! rindu nak tulis-tulis.. dah lame tak update sebab wi-fi kat rumah tak functional..
takpe, Allah knows best, kan..

sepanjang perjalanan hidup ni, banyak sangat tarbiyyah Allah..
touched ok! sebab tu tanda Allah sayang sangat kat kita.. ouch!
bertuahlah kita sebab kita diberi peluang untuk melihat semuanya datang dari Allah

one fact: kalau kita tak kenal tarbiyyah, kita tak mampu pun nak tengok semua benda dari perspektif tarbiyyah

so, everyone, say 'alhamdulillah' for we got chance to be in the path of tarbiyyah.. :)

sepnjang cuti, without wi-fi, it's hard for me to update blog, to join coolsem, to deal with other akhawats, to do this and that.. seriously agak susah dengan broadband yang sangat slow bagai nak rak..

so, i used my free times to think, ' what's life? '
anyone can tell me what's life?
is, being a doctor,  a life?
is, listening to music, a life?
is, got award for being best student, a life?

hey people, what's life?

dia cakap hidup tu singkat
mak cik tu plak tambah, hidup yang singkat perlu diisi dengan fun!
adik tu cakap, fun will make our life meaningful! :p
is that life? *think-sambil-guling2*

teringat semasa sesi taaruf BTN, one of my group member told us:
'hidup dalam kehidupan'
kehidupan tu panjang  sebab 'dunia + akhirat = kehidupan'
hidup dalam kehidupan maknanya hidup kita di dunia ni is just a piece of cake from our whole kehidupan..

jom belajar math jap, [ready, ambil GDC]
lets make a ratio
kehidupan dunia : the whole kehidupan akhirat
63 (average umur malaysian) : infinity
erkk, cuba kira 63 bahagi infiinity..
cikgu math saya cakap, jawapan nya ialah 'approaching 0'
maknanya, 63 years of our life means zero, nearly nothing, nearly meaningless..

so, walau apa cara kita guna untuk make our life fun so that it is meaningful, it won't change anything!
sebab Allah dah cakap yang hidup di duia hanya senda gurau..
dan kehidupan akhirat tu yang kekal..

so, takde salahnya kita bersusah payah sikit kat dunia untuk dapat syurga abadi kan?
takde salahnya kita kejar cinta Allah kat dunia untuk jumpa Dia kat syurga nanti kan?
takde salahnya kita berkorban sikit sebab nikmat Allah tu banyak sampai tak mampu kita nak bayar kan?
takde salahnya kita buat semua benda JUST BECAUSE OF ALLAH sebab Allah pun sayang kita kan?
takde salahnya kita keluarkan semua benda dalam hati just because kita nak isi hati tu dengan Allah kan?

because, [ini pendapat saya semata]
without Allah, there will be no life....

premise 1: Allah gives us life
premise 2: life means love
conclusion: Allah loves us...  (hehe, inductive logic yang kurang tepat. tak kisah nak buat jugak)

my answer: life is a phase when we put Allah in our heart..


I LOVE ALLAH!! :D





Tuesday, November 22, 2011

saya islam!


Assalamualaikum J
Wah, minggu exam pun update? Dah habis revision ke?
*kalau nak tunggu habis study sampai bila-bila pun islam tak tersebar kan*
*paradigm math Allah dengan human paradign tak sama, macam langit dengan bumi*
*ngeee.. omong kosong semata*
*nak fikrah islam boleh tak? * (hamboih, ingat senang-senang ke boleh dapat? Main cakap tapi tak cari mana mau dating kan)

Apa itu ISLAM?
Ok everyone, bukak purse/wallet sekarang, ambik i/c masing-masing.. cuba lihat part religion tu.. ha’ah, in capital letters, ISLAM kan? So, adakah ISLAM itu hanya untuk ditulis atas i/c? haihh, susah-susah belajar agama islam since umur 5 tahun, takkan sekadar nak tulis atas I/c je…
Yes, indeed ISLAM is a religion, it’s a way of life..
Saya islam, anda islam, dia islam, mereka islam..
Alhamdulillah, ramai sangat orang islam… wow!!!! :D
Tapi, jom kita bukak mata jap, baca paper (metro ke pape je lah)
Kes zina, murtad, jenayah sana sini..
Siapa yang terlibat?
Takkan orang islam buat macam tu.. kata islam.. islam kan berserah diri pada Allah
Tapi, dalam I/c mereka yang terlibat terpampang ISLAM…
Adakah itu islam?
*fikir sampai pening*

ISLAM vs islam
Straight to the point ISLAM dan islam sama bila dibaca dan dieja kan..
Tapi, KITA semua terlepas pandang sesuatu
Mengikut hokum tatabahasa melayu, capital letter ‘ISLAM’ menunjukkan bahawa perkataan tersebut adalah kata nama, dan small letter ‘islam’ adalah kata kerja.. so, sebenarnya KITA SEMUA boleh pilih, nak jadi ISLAM atau islam..
Kalau kita pilih untuk jadi ISLAM,
-          Buat je lah pape pun sebab kita hanya ISLAM pada nama je, tak lebih dan tak kurang.. ohh, golongan ini sangat lah ramai tahu! Pernah dengar hadis nabi:

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
 Maka para sahabat r.a. pun bertanya,
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
 Sabda Baginda SAW :
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
 Sahabat bertanya lagi,
 "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
 Jawab Rasulullah SAW,
 "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
 Sahabat bertanya lagi,
 "Apakah itu al-Wahn?"
 Rasulullah SAW bersabda :
 "Cintakan dunia dan takut akan kematian."..

-         -  Mahukah kita menjadi buih-buih tu? Buih yang worthless, or useless… yang tak mampu tinggal kesan pun    atas pasir pantai yang lembut..

Kalau kita pilih untuk jadi islam,
-        -   Islam bermaksud berserah diri.. kita merelakan diri untuk menjadi hamba Allah Yang Satu.. tapi, bukan sekadar atas kertas atau lafazkan je, tetapi melalui setiap perbuatan kita.. sebab islam bukan sekadar nama, tetapi islam adalah cara kita hidup..
-         -  Ad-deen: a way of life

-          J best kan islam.

-          And, never forget to say Alhamdulillah as we were born as a muslim..


Saturday, November 19, 2011

jika itu perintah Allah, teruskan...

assalamualaikum.. =)

bagaimana iman? masihkah berada di tahap yang sepatutnya?
bagaimana hati? maih sucikah sesuci embun pagi?
bagaimana diri? masih mahukah tunduk kepada rabb yang satu?

perjalanan masih panjang, tidah pernah diketahui dimana garisan penamat.. mingkin hanya selangkah lagi, atau boleh jadi sepelaung lagi.. itu bukan tugas kita untuk mengira jarak ke arah garis penamat kerana matematik Allah sangat luas dan hanya Dia yang mampu.. still, Allah knows best..

tipulah kalau dikata iman kita sentiasa di atas. tipulah kalau setiap masa kita membaca ayat-ayat Allah terus terasa sampai ke lubuk hati yang paling dalam. dan tipulah kalau kita tidak pernah kecewa/ sedih dengan hidup kita... pasti ada sesuatu untuk kita sedihkan, atau marahkan, atau geramkan.. kerana ujian Allah adalah setiap saat hidup kita, bukannya seperti exam kat kmb yang hanya setiap penghujung semester.. ujian itu adalah tarbiyyah, bersyukurlah kerana tidak semua yang terpilih untuk merasai tarbiyyah direct dari Dia Yang Maha Penyayang.

"orang yang gagal bukan orang yang jatuh, tapi orang yang gagal adalah orang yang taknak bangun bila jatuh"

cuba kita fikir balik.. mungkin sesekali kita kurang berjaya menghadapi ujian, atau kadang-kadang ter'blend' dengan kehidupan dunia yang sentiasa menarik kita.. tapi jangan lupa yang ia bukan berakhir di situ.. just move on, bangun kembali setelah jatuh pasti akan menguatkan kita di jalan ini.. jangan jadi orang yang lemah, takut hadapai badai seterusnya kerana jalan ini bukan untuk budak manja! kita mungkin masih baru di jalan ini, tapi kita bukan budak hingusan, kita adalah da'ie yang masih merangkak dan akan berlari satu masa nanti dengan izin Allah.. itu adalah posisi kita!

kalau kita tak merasakan keberadaan kita di jalan ini, siapa lagi yang mehu meletakkan kita?

oh, please lah.. kalau nak Allah pilih KITA, KITA yang mesti pilih diri KITA dulu..

kalau setakat ujian sikit dan merajuk bagai nak rak, kalau setakat letih sikit dah koma tak ingat dunia, lambat lah dakwah kita!

Hassan Al-banna cakap, kerja kita melebihi masa yang kita ada.. masih mampukah kita main masak-masak, berkejar-kejaran sana sini? sedangkan ummat semakin tenat!

jika itu perintah Allah, teruskan.. teruskan melangkah walaupun payah benar menghadapi cabaran.. teruskan berjuang mempertahankan islam di bumi ini.. teruskan melakar kembali syahadah Allah di hati setiap hamba Allah...

*peace*

jom melangkah....




Friday, November 11, 2011

perjalanan tarbiyyah

tertidur atas buai
bangun
dengar sesuatu (x sengaje)
no one knows
only me and Allah

trang tang tang tu tarbiyyah Allah kan
kepada hamba yang hina dan x 'bekerja' ni..

motivated or demotivated?
i'm choosing..
i'd chose
i know my choice, and Allah knows..

*jiwa kacau*
kat mane aku berada ni?
dunia mane yang aq sedang lihat ni?
siapa dia? oh, tak, siapa mereka?
~ ni ke hasil pencarian aq selama ni? ~

konflik dalaman lagi kan..
ok, stop!
jom fikir lagi..
mungkin ini bukan jawapan pencarian aq
sekadar revealation tnpa disengajakan
teruskan mencari hidayah
walau lambat mcm snail
awk kan ada Allah...

*mixing*
*work on muqaddimah fil zilal*

Wednesday, November 9, 2011

jawapan...

assalamualaikum.. :)

life?
life ain't easy!
there is no bed of roses with beautiful scenery and rain of chocolate along the path of our life..
oh, there's no such life as in fantasy life
absent!
*implication of secular-programmed-mind*

plus, when we claim ourselves as da'ie, our life get harder..
said is easier than done!
claim ourselves as da'ie is easier rather than behave as a da'ie.
proof ?
look around us..
queues of mad'u are waiting to be brought nearer to Allah
by us, who claimed ourselves as da'ie!
they are waiting..
are we busy studying?
are we hurting for suddenly having inner conflict?
are we feeling exhausted of 'kerja membina'?
are we etc etc etc.. ( what reasons are left for me to write 'em down right now? the list goes on, and would never stop i guess)
yes, those are common reasons we keep giving..

people!
this is the path of dakwah and tarbiyyah
this is not a fantasy world with fairy flying behind us
this path will bring us to Allah
it's a must for people in this path to close to Allah
because
we are relying on Him
ALWAYS!
so, who we are to give excuses to Allah while He never stop giving us everything throughout seconds of our heart beat??

nonsense!
there is no time to skip from being slave of Allah
I just find this out
I'm one of the 'da'ie' who used to give the old reason before this
and
I'm praying to Allah, guide me to the right path..
because...
I want to be one of Ansarullah
lets go people!
:)

"rehat seorang da'ie adalah bukti kelalaiannya"

thank you Allah for keep giving me tarbiyyah.... <3


Friday, October 28, 2011

just go on..

minggu ni sangat penat.. here is some of the list:

  • math portfolio
  • oral english
  • tok presentation
  • preparation Saya Hebat (SH)
and the list goes on...
i was dissolved in those IB stuff, I didnt sleep almost every night just because of those IB stuffs, and almost every second i thought of them as I only got 24/7, not 36/7 or any addition hours for this week.

somehow, all at once I wondered of how could I devote myself to IB? I'm not a robot, I'm not a superhuman, but I'm a slave of Allah (and I'm proud of it!) Were my activities did picture myself as the tittle that I put on myself  (hamba Allah) ? ok, killing myself right now!

another thing I learnt through tarbiyyah directly from Allah, 'rely on Allah and everything gotta be fine'
i have to repeat my ToK presentation (it should be next year, i guess).. prior to the presentation, I already told myself, 'just do it, Allah will help me for the rest...' I hold on my faith in Allah, seriously I felt I was! at long last, everything doesnt work, and another presentation have to be made later (by hook or by crook, unless I don't want the IB Diploma).. frustration overhelmed me.. How come i could let it be, as I practice all night, alone! I forced myself to leave the frustration behind, I TRIED MUCH! and, I ask Allah for some strength to face this failure, and deep inside, I believe He will help me in any ways, I know that..

then it came, He was comforting me, y'know? (dont get to be jealous, people! hoho)

He sent a friend of mine, giving me a kit kat and motivated me for sure.. I was not sooth by his words, but i'm sooth much for the way Allah was comforting me.. so sweet okay?

therefore, I realize that I need to just go on.. never think of the obstacles I might face later, because He is always be by my side..

much love to my till-the-last-breath-hero, Allah... :)

Friday, October 21, 2011

recently

kuatkan hati..
teruskan melangkah
depend on Him,
everything gonna be okay..

one thing, just smile, face the sunshine, and walk through it..
because..
Allah will always be by my side..
:)

Monday, October 10, 2011

supersaiya yang cemerlang, gemilang dan terbilang :)


Assalamualaikum w.b.t...


Kolej Maha Busy kot, mahunya tak busy...
Diri ini pasti sangat busy, seperti rakan-rakan yang lain..
Semua benda perlu difikirkan >>> usrah, adik2, EE, IA, ToK, presentataion, placemnet etc.. banyakkk sangatttt!!
Sampailah rasa sesak dan sangat perlukan SPACE..
Sampailah rasa tak nak pergi Quranic Gathering..
Sampailah terlupa prioriti kehidupan..

Alhamdulillah Allah masih sudi sentuh hati yang kering ini untuk join Quranic Gathering di Bangi..
Last-minute decision kut, cancel tempah tiket flight, cancel ngan umi ayah balik kali ni..
Nasib baik Allah lembutkan hati umi untuk bagi join gathering penting ini..
Mana tak bimbang, mahunya umi merajuk sebulan lebih macam dolu-dolu..
Ye lah, jalan ni bukannya sesenang makan ais skrim mak su kat ko-op tu..
Jalan ni tak ditabur bunga ros mahupun dihampar red carpet..
Tapi, jalan ini dibanjiri onak, duri, bukit bukau, lautan api dan sebagainya untuk dihadapi, bukan sekadar untuk ditenung!

Serius program yang sangat BEST! Dan terzaaas di hati..
Tika diri ini makin menjauh dari jalan menuju-Nya, Dia hantar diri ini untuk reflect balik kerja yang baru bermula ini..
Tak kisah lah rasapilu ke hape, yang penting diri ini mula sedar,yang..
THIS IS JUST A TEASER OF Dee N Tee!

Lepas tu, habiskan sisa saki baki cuti di Fateh...
Segan bukan main, umi tak pernah pun ajar duk rumah orang lame-lame...
Tapi, pergi je lah, tak kan nak balik rumah kut, tak sempat panas punngung dah kene balik kolej nanti, lainlah kalau ayah pindah tepi kolej.. *blink-blink*
BANYAK SANGAT! Tarbiyyah kat sana,
BANYAK SANGAT! Allah didik kami melalui mrobbi yang super-saiya kat sane..
BANYAK SANGAT-SANGAT! BANYAK SANGAT-SANGAT!

Kisah bersama Murobbi 1:
-          Kak F memang serikandi Umar lah! Bila tengok dia, terasa seperti Allah mengajarku untuk terus kuat meneruskan kerja yang BANYAK SANGAT! Ni.. tak terdengan keluhan di bibir walau penat memancing hati-hati mencari cinta Allah. Kak F, aseef jiddan, kita memang tak cukup taaruf lagi, tapi saya sangat kagum dengan kamu.. jazakillahukhair untuk pengalaman berharga itu.. J

Kisah bersama Murobbi 2:
-          Dari dulu sampai sekarang, sejak ditolak sehingga bergerak dalam gerabak dakwah, Kak Y tak henti-henti buat saya kagum tahu.. anda mengajar kami prioriti kehidupan.. anda mendidik kami menjaga mutabaah amal, walau kami tersengguk-sengguk menghabiskan ma’thurat kubra kerana anda tak mahu melihat kami dalam keadaan futur.. anda juga tak pernah bosan memantau kami menyiapkan kerja sekolah, supaya kami tak tertidur di depan buku, walaupun kami tetap vuri-curi stalk fb orang lain, haihh! Anda juga rajin pastikan kami makan makanan sihat kerana kata anda, seorang Da’ie mestilah sihat, jadi maggi is not allowed walau kami sangat takpandai malas memasak.. hoho, anda juga bersemangat ajak kami bersenam di pinggir tasik tu.. anda bagaikan kakak kami yang sangat concern.. dan yang paling penting, anda masih mampu tersenyum, hantar kami balik kolej, dan menasihati kami untuk istiqamah, walaupun kami tahu anda sangat letih dan tak larat.. special dedication for you, walaupun saya tahu anda tak baca blog ini, KAMI SAYANG ANDA! J

Kisah bersama Murobbi 3:
-          Kamu sangat cool dan bergaya di mata kami.. hehe, kami terharu melihat kesungguhan anda menunjukkan satu per satu realiti masalah umat sekarang.. sehingga saya mampu bangkit kembali untuk berusaha mencapai IDEAL... oh, anda sangat suka bawak kami tadabbur alam jugak, saya sangat suka melihat langit biru bersama awan-awan yang bergantungan tanpa tiang, dan waktu malam bersama bulan yang sangat indah.. hoho, anda juga menjadi geng kami untuk makan malam di luar... dan anda sangat pandai masak, jazakillahukhair selamatkan masakan saya ang hampir tak menjadi tengah hari tadi.. insyaAllah kami cuba belajar masak okay! J dan semoga Allah peganga hati kita unutk terus thabat di jalan mendaki ini, saya pasti ingat pesanan anda ini...

Semua warga fateh adalah murobbi saya, yang banyak mengajar erti dakwah dan tarbiyyah, memberi contoh super saiya kepada kami yang masih bertatih di jalan ini.. semoga Allah terus pegang hati kita semua sampai bila-bila J kami sangat berterima kasih kepada anda semua, dan kami sayang anda semua, ukhawah fillah okay? :D

Oh, esok saya test tapi masih mampu update blog, kerana saya rindu fateh sangat-sangat.. J

Thursday, September 29, 2011

space

semakin busy, semakin banyak update.
yes, hypothesis is accepted.

i decide to go back.

i want to choose 'that' path

but,

I NEED SOME SPACE!

-to think again
-to reflect back
-to find the old me..

that's all..

next step


Tuesday, September 27, 2011

saya mintak, saya dapat dan saya gembira.. okay?

siapa cakap nak buat dakwah ni senang?


tambah-tambah lagi masih setahun jagung dalam jalan ini, dan baru memulakan langkah pertama dengan wasilah-wasilah tarbiyyyah yang pelbagai dan sungguh osem itu...


kan, kan, kan...


begitu juga dengan diri ini yang masih terhutung hayang memegang tangan adik-adik, membawa hati ini dan hati-hati mereka mengenali Pencipta yang Maha Besar..


last week, saya cuba menarik tangan adik-adik Quranic Circle (QC) saya ke Quranic Generation Gathering di Masjid KLIA.. ha'ah, dekat je..


sayang seribu kali sayang, diri yang lemah ini hanya mampu mencapai satu tangan, 1 out of 6!!! sayarasanaknangissampaibanjirsatubloke.. tapi, kata-kata sorang sister yang sungguh cool menyedarkan saya.. hah, ni mesti Allah punya plan nak comfort saya ni.. Allah sangat baik kan, Maha Pengasih..


 "Ketahuilah bahawa Allah hanya akan bertanya tentang sejauh mana usaha dan kerja keras kita, keikhlasan dan kesempurnaan iltizam kita dengan agama, dan Allah tidak akan bertanya kenapa hanya sedikit  mereka yang menerima dakwahnya." 
okay, saya immune dengan rejection! :)


membuat satu gathering bukanlah kerja yang mudah, siapa cakap nak berjihad ni senang?


serius sangat menguji kesabaran. banyak sangat ujian dan tarbiyyah. sampai meleleh air mata sebab tak tahu nak buat macam mana. somehow, gathering kali ni banyak sangat membina sifat da'ie dalam diri saya..


hoyeaahhh!!!


setiap kali saya nangis, mesti Allah hantar ayat cinta, tak ke best?


best kan, best kan..


saya sayang Allah sangat-sangat!!!!


tika diri ni mula ragu di jalan ini, Dia menghatar kata-kata pengharapan, tika diri ini menangis menanggung beban dakwah, Dia sampaikan ayat-ayat untuk menenangkan diri ini, Dia lah Allah, yang sentiasa ada bersamaku di jalan dakwah dan tarbiyyah.. :)



Thursday, September 22, 2011

stop it!

SANGAT LETIH BILA:
1. kerja dakwah semacam tak berjalan
2. bila saya rasa saya semangat nak bergerak sorang-sorang
3. bile saya rindu nak Allah comfort saya
4. banyak sangat homeworks and assignments sampai saya pening
5. saya tak tahu macam mana nak heal benda alah ni..
6. banyak sangat benda kena fikir dan tak mampu pun nak tulis kat sini..

stop nangis!

that's it, sila jangan nansig lagi

kerja dakwah bukan untuk budak manja, tapi dakwah dan tarbiyyah untuk semua orang yang rela bersusah payah!

Saturday, September 10, 2011

air mata turun dengan laju


oh, hari ni grand finale KMB Sports Carnival..
jgn risau, saya pergi, saya pergi, sebab saya nak tengok adik-adik saya..
oleh itu, dengan gigihnya saya bangun awal dan meninggalkan seketika ToK essay..
ye, dengan bersemangat waja dan jugak saya pujuk rakan saya menemani menziarahi dewan seketika, untuk melihat cheerleading..

bila saya sampai di sana, on time! mereka masih belum mulakan lagi acara itu.. oh, bagus-bagus, saya mencari posisi yang sesuai untuk melihat dari atas secara keseluruhannya supaya tak tertinggal walau satu pun..

oyeah, rumah Megatron mulakan.. ye, sangat hebat setiap langkah (baca:step) yang difikirkan.. oh, itu adik saya.. bila saya lihat ke arah bertentangan, oh, seorang lagi adik saya..

kemudian saya teringat kenangan lama, sebelum mengenali tarbiyyah, saya pun salah seorang yang melompat riang ria dalam group cheerleading.. oh, mesti mrobbi saya ketika itu meronta-ronta nak tarik tangan saya pergi jauh-jauh.. sekarang itu yang saya rasakan bila melihat adik-adik saya...

kemudian, air mata turun dengan laju..

saya sedih bukan kerana mereka di dalam group cheerleading, saya
bukan sedih sebab bila saya ajak date mereka refuse nak datang, tapi..

saya sedih sebab saya dapat melihat itu adalah sangkar jahiliyyah! mereka di dalam pasti tidak tahu, seperti saya satu ketika dahulu.. saya sedih melihat mereka terkurung di dalam sangkar jahiliyyah.. tiba-tiba saya teringat, persekitaran kita menunjukkan output kerja kita..

oh, makin sedih sebab saya rasa saya tak buat kerja all out lagi.. saya tak bawak mereka kenal Allah dengan serapat-rapatnya lagi.. dan saya baru faham, saya mesti rapat sangat super duper dengan Allah sebab Dia je boleh tolong saya sekarang ni..

kasihan adik-adik saya.. sabar ye sayang, akanku cuba melangkah, mencari kunci untuk unlock sangkar jahiliyyah itu, membawa adik-adikku keluar satu persatu, mendekati Allah yang satu..

Now, cari kunci tu, dan kunci tu hanya ada pada Allah.. jom rapat dengan Allah.. :)

*saya kasihan melihat adikadik saya di dalam sangkar jailiyyah itu dan saya mesti berusaha keluarkan mereka dan berusaha untuk melarikan diri supaya tidak terjatuh sekali lagi ke dalam sangkar jahiliyyah yang sangat banyak di atas muka bumi ini*

saya terus pulang selepas melihat 2 persembahan sebab saya takut dewan itu banjir dengan air mata saya.. it's the time to make a new strategy!



Friday, September 9, 2011

filter funnel or filter paper?


assalamualaikum..

*naknangistapisegandenganDiasebabsalahsendiripun*

tika mana hati mula mengembang indah..
bila mana Sang Pencipta menghadirkan tarbiyyah..
selepas hati kontang tidak disimbah
selepas roh kelaparan menanti binasa
dihantar akhowat sebagai perantara
perantara yang menyuburkan kasih.
bukan kasih biasa..
tetapi..
kasih ilahi yang tiada tandingan..
(muqaddimah: sekadar luahan rasa seorang hamba)

jalan tarbiyyah sangat indah..
masakan tidak, Si A datang memberi sokongan, Si B datang menyuap kasih..
ramai lagi yang sentiasa berdampingan..
kerana Allah kita menyulam kasih..

namun, hari ini..
Aku takut..
takut andai TERTAPIS
tapisan Allah bukan sekadar filter funnel,
mahupun filter paper..
kerana..
tapisan Allah itu sangat halus..
kerana Dia lebih mengetahui segala sesuatu..

Ya Allah..
Aku insan yang lemah. Bercita tinggi menyambung perjuangan Rasulullah, mengangkat syahadah di muka bumi..
kelemahan aku jangan dijadikan tabir di dalam dakwah, jangan dijadikan sebab untuk aku tertapis..
Kekuatanku milikmu, kerana aku hambamu yang hina..


find Alah, and everything gona be fine..


Sunday, August 28, 2011

Friday, August 26, 2011

comellll sangattt

assalamualaikum..
sape rase comel kata 'alhamdulillah' :)
ape yg comel?

kisah1:

(latar tempat: putrajaya central)
(latar masa: after maghrib di akhir bulan ramadhan)
(latar masyarakat: para pelajar Kolej Maha Busy- bak kata Inche Gabbana)

adik N: akak, akak, nak peluk.. (dari jauh memanggil si akak)
kakak H: *sambil berlari-lari anak* oh, awak dh rindu akak eh.. x sampai seharipun tinggalkn kmb.. hik3.. *terharu bagai*

*salam-salam*

adik N: akak, tahu x, tadi saya nampak budak-budak laki, budak kmb lah, salam peluk cium jugak.. macam geli lah pulak, lelaki kot.. kalau kita xpe lah kan.. *muka confuse*
kakak: huhu.. tu la yg dikatakan ukhwah fillah, dik.. :) comel kn?

Monday, August 22, 2011

saya rasa macam sangat happy


eheh..
siriyes lame x upadate blog
bukan xde mase, ade je mase since Allah bagi equally 24/7 kat semua org kan..

tahu x?
Allah sayang kita sangat-sangat
tahu x?
Dia selalu confess His love to us..
tahu x?
kite je yg selalu x prasan Allah stalk kita
tahu x?
ada satu cara nak...

balas cinta Allah
confess our love to Allah
and
interact dengan Allah

apa tu?
ha.. mesti x sabar nak tahu tips dari org yg sngt happy ni kan
ni diaa
QURANIC CIRCLE (QC)!
siriyes best!!!
ditambah plak dengan kecomelan members QC.. heee
okey, dah start rindu walaupun tiap2 hari jumpe..

kenapa QC?
sebab...
we talk about His love
we share ways to get closer
to HIm
we motivate each other to always find Him
we strengthen each other by sharing love letter (Al-Quran's verses) from Him
and, the most important thing is..
we do it together!! :)

lagipun, takkan nak masuk syurga sorang-sorang
lagi syok masuk syurga ramai-ramai
dalam satu barisan yang kukuh (refer 61:4)
nanti boleh jumpe Allah same-same
sape yg taknak jumpe The Creator kan...
conclusion : siryes sangat happy bila duduk-duduk dalam QC
:)) *senyum sampai telinga non-stop for an hour*

Friday, August 19, 2011

things to ponder..

Apa peranan kita? Apa fungsi kita sebagai manusia? sekadar memberatkan bumi? sekadar makan? minum ? tidur? kerja kemudian mati? Apa beza kita dengan haiwan ternakan ? Bukankah ummah ini memerlukan kita sebagai wira dan wirawati dalam menyelamatkan bangsa Islam yang kian terperosok kehinaan. Kemenangan ini tidak akan tercapai selagimana Jejak langkah syaitan itu kita turuti. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara total, dan janganlah kamu mengikut JEJAK LANGKAH SYAITAN.
Sesungguhnya bagimu (syaitan) musuh yang nyata..

Friday, July 1, 2011

inspired...

kesibukan IB betul-betul mampu drag seorang hamba jauh dari pencipta..
kami x terkecuali..
sehinggalah..
terjumpa quotation ini..

‎"Aku tahu rezekiku takkan diambil org lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah memerhatikan aku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sdg bermaksiat. Dan aku tahu kematian itu sdg menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal utk hari pertemuanku dgn Allah."

- Imam Hasan al-Banna-

saya nak jadi macam al-banna..
face the test,
cause it is one of the tarbiyyah from khaliq..
insyaAllah..
semoga diberi kekuatan untuk terus tsabat di jalan ini..
:)

Tuesday, June 28, 2011

medan dah kat depan mata..

siapa cakap kita kuat..
kita kan hamba Dia je..
kita lemah, unless Dia bagi kekuatan kat kita..
sekarang kita rasa lemah walaupun perjuangan baru bermula..
senang je nak claim macam tu..
tapi kenapa kita x cuba claim dengan diri sendiri,
"dah kuat sangat ke ikatan kita dengan Allah?"

just nak reflect diri sendiri.
kalau hati kita betul-betul diisi dengan Allah,
kalau setiap langkah kita betul-betul dipenuhi keazaman untuk menjadi hizbullah
insyaAllah xkan rasa lemah
sebab Dia ada dengan kita kat mane-mane je kita melangkah..
:)
du'at!
bangun!
bergerak sepantas kuda perang!
mara menuju Allah!

Friday, June 10, 2011

Kita semua...

Assalamualaikum semua.. (ok, mungkin bunyi macam bajet-awak-ada ramai-readers.. heee :p )


Lama sudah jari-jari ciptaan Allah ini tidak menari-nari di atas keyboard, lama sudak hati ini tidak mengalunkan bicara-bicara tulisan di dalam blog picisan ini, lama sudah diri ini tidak mampu mencari masa sesuai mengupadate blog ini... ya, lama sudah... lama sudah ini mungkin tidak berbisa.. mungkin.. tinggallah lama sudah itu sebagai rahsia aku dan Dia..


Alhamdulillah Dia masih memberi setiap molekul oksigen untuk diffuse dalam haemoglobin kita.. tanpa kuasaNya, masakan kita masih bernafas di muka bumi ini.. muka bumi yang indah ini juga milikNya.. kita milikNya.. setiap zarah milikNya.. semua benda milikNya.. jika ada benda yang kalian fikir bukan milikNya, PM saya... pastinya tiada yang bukan milikNya kerana Dia Pencipta Yang Maha Agung.. Dia berkuasa menjadikan segala sesuatu.. Dia juga mampu hapuskan setiap sesuatu termasuk molekul-molekul udara yang dihirup dan dihembus saban hari.. tapi, kenapa masih kita bergantung kepada udara-udara itu untuk hidup? Kenapa kita masih bergantung pada harta kekayaan untuk bahagia? Bukankah Dia pemilik semua benda? Bagaimana mungkin cendekiawan era globalisasi bergantung kepada sesuatu yang sementara sedangkan Pemiliknya itu pasti lebih indah untuk dicintai? Tidak perlu bercakap banyak tentang hal ini, setiap di antara kita mampu berfikir perkara-perkara sedemikian, mampu membezakan antara kaca dan berlian dan pastinya mampu memilih cinta Pencipta atau cinta yang dicipta.. tiada kebahaiaan yang boleh dibanggakan di atas dunia milik Allah jika kita tidak mampu meletakkan Allah sebagai pemilik hati-hati kita, jika kita tidak mampu hadirkan cinta sepenuhnya kepada Allah, jika kita tidak mampu bermujahadah dan berusaha menegakkan syahadah di tempat yang sepatutnya di puncak sana.. kerana itulah cinta hakiki dan sejati yang didamba oleh setiap daripada kita yang bergelar HAMBA ALLAH..


Sekadar sekejap jari-jari ini mahu menari, kerana hambatan hati untuk muhasabah diri dan keinginan diri untuk berubah.. kerana kata-kata yang tidak diikuti kefahaman dan amalan pasti sia-sia.. kita hidup kerana Dia, dan pasti Dia tempat kita kembali.. jika kita hanya mampu hidup seperti biasa, tanpa meniatkan segala perbuatan kerana Dia, maka pastinya setiap aktiviti yang kita lakukan seperti sarang labah-labah yang rapuh (refer 29:41), bukankah kita semua HAMBA ALLAH?


SALAM MUJAHADAH SAHABAT SAYANG..


Much love,

Dr + da'ie..... J

Friday, May 6, 2011

quick post

salam 'alaik..
alhamdulilllah rasa tergerak untuk update blog yg dah bersarang kut.. =)
sem 2 exam dah makin dekat..
study x habis2 lagi.
proposal2 event2 akan datang pun bertambun lagi..
oleh itu, makin busy lah lebih kurang..

somehow, tertanya diri yang lemah ini, "awak busy untuk ape sebenarnya?"
ye, untuk ape sebenarnya?
saya HAMBA ALLAH..
so, kalau busy pun, sepatutnya untuk Dia la kan..
tapi..
saya apply x?
atau sekadar teori yang meniti di bibir..
Ya Allah, takutnye...
bukan Allah larang study atau buat benda-benda lain selagi x langgar larangan Dia..
tapi..
sejauh mana kita letak Dia dalam hati in anything we do? (rethorical question)
Allah Pencipta Yang Agung..
walaupun kita selalu tersombong dengan Dia..
Dia x pernah lepaskan ikatan tarbiyah Dia dengan kita..
selalu je tarik-tarik kita..
cume kite ni yang jarang nak memahami bahasa-bahasa tarbiyah Alah yang berseni, halus dan sangat indah..
insyaAllah, lepas ni..
jom lah sama-sama bermujahadah untuk sentiasa letak Allah dalam hati kita..
sebab Dia pemilik sebenar hati-hati HAMBA-NYA yang BERTAKWA...

MUJAHADAH JOM!
JOM BERNAFAS DALAM JIWA SEORANG HAMBA! =)

Sunday, April 10, 2011

jawapan untukmu wahai teman

salam 'alaik readers.. =)
post ni khas untuk kwn-kwn aero yg saya sangat sayang dan rinduuuuu!! =p (tlg terharu ek)
masa cuti midsem lepas, kami pergi celebrate birthday dua sahabat sejak kecil tu..
then, mereka bertanya kepada saya dan seorang kawan saya yang sngt sukeeee jangung tu..

"kenapa pakai handsock? sock?"

kami terpaku. sahabat sayang, bukan saya tak nak jawab.. mungkin lost of word bile ditanye tibe-tibe sambil beratur membeli makanan..
maafkan saya sebab tak terus jawab ye sahabat.. =)

ni jawapan saya la.. nanti korang pergi mintak jawapan dengan cik ayu sukee jagung tu eh.. =)

i wear them.. for me, it's not about handsock, sock or tudung.. but it's about me, about us.. bile masuk KMB, saya macam baru tersedar, KITA SEMUA HAMBA ALLAH... ALLAH TU TUHAN KITA.. ALLAH YANG CIPTA KITA.. TAPI, KENAPA BEFORE NI MACAM TAK KENAL SANGAT ALLAH... ok, kenal la skit-skit, tu pun mase exam, tak pun mase susah, mase senang tak ingat pun Allah.. selama ni selalu sebut Allah Maha Penyanyang.. tapi sejauh mana diri ini faham yang Allah Maha Penyayang?

lepas masuk KMB, akak-akak ajak usrah.. tak pernah terfikir pun nak pergi usrah sebab tak kenal pun ape tu usrah.. but then it was my turning point to realize that I have Allah to be worshipped, because He is our creator.. If I didn't turn to Him, to whom then??

ingat tak, dulu kita semua selalu berlumba-lumba nak habiskan Al-Quran bulan Ramadhan? Tak pun berlumba-lumba nak dapat 100% PAI.. tapi kita semua macam robot? terlalu ikutkan arus sampai lupa nak fikir kenapa saya buat semua tu? dulu, senang je cakap CINTA SAYA UNTUK ALLAH.. tapi, sekadar berkata tanpa faham.. dulu, dengan senang hati tulis jawapan "sebab nak dapat redha Allah" masa exam PAI.. tapi tu semua macam dah diprogramkan dalam otak kita, tak ubah macam robot.. so, bila saya realize THE EXISTANCE OF ALLAH, I made up my mind, by hook or by crook, I must change for Allah, insya-Allah..

seriouly, it's not easy... selalu je nangis dalam bilik sorang-sorang bila terasa macam susah, tak pun bila terima perception negatif dari orang lain.. but, for Allah, I have to be strong.. kadang-kadang tergelincir, Alhamdulillah Allah hantar akak-akak untuk tarik balik.. nak satu verse yang sangat inspired me untuk berubah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya" (84:6)

bila baca ayat ni, rasa Allah always be on our side to help us.. and yang sangat best, Allah dah janjikan untuk berjumpa dengan Dia kalau kita betul-betul berusaha menuju Cinta Dia.. Allah tak tengok achievement kita, tapi Allah tengok usaha kita.. so, no matter what, we must make a move.. it's ok to be slow, but must make a move towards Him.. =)

so, conclusion: I wear all those stuffs because of Allah, and He is our creator. so, He always knows what are the best for us.. that's why, Al-Quran is the best guidance for us..

it's just my experience.. everyone will have turning point.. the difference is, to take it or to leave it.. only that.. we decide for ourselves to be HAMBA ALLAH or to be "ORANG-ORANG BIASA"

btw, sahabat-sahabat syang, kalau tak faham apa yang saya tulis ni, text me k.. call pun xpe.. rinduuuuu!!!! nanti cuti kite jumpe lagi eh, ukhwah fillah abadan abada.. =)


p/s: thanks to cik ayu yang suke jagung, ur gift sangat comelllll (terharu)
p/s: thanks to 2 of my classmates, for ur gift.. i love the tudung much!!
p/s: thanks to pemilik broadband.. bagi pinjam nak update blog, broadband saya rosak, kena tunggu cuti baru boleh repair.. so, no more post till the next college hols! =p

Wednesday, March 2, 2011

mencari..

sedang mencari dan terus mencari..
kadang-kadang tersungkur..
menangis dan bangun kembali..
kadang-kadang berpusing ke belakang..
terasa sayangkan kenangan semalam
tapi harus dilupakan kerana sedang mencari..
ye, mencari dan terus mencari..
terasa berat tapi ringan..
mungkin ringan tapi dianggap berat
hati mengakui tapi action bertentangan..
ape kes mcm tu?
masih mencari dan kadang-kadang tercari-cari..
alasan terbaik untuk diri
tetapi hati menolak dan bersedih mengenangkannya
kerana hati juga masih mencari..
tercari-cari lebih sesuai bagi kondisi ini..
cari, cari dan terus cari..
ye, masih mencari..

~takut bila teringat satu hadith Nabi, mafhumnya, "ada satu ketika nanti, di mana ramai yang bercakap tentang islam tetapi iman mereka senipis kulit bawang". takut terjebak ke dalam insan-insan senipis bawang tersebut.. dari semalam terngiang-ngiang kat telinga pasal hadith tu.. tapi entah kenapa, hati sering kali menjawab, masih mencari dan terus tercari-cari.. cari, cari dan cari...

*semoga Allah berikan apa yang dicari- kefahaman dalam beragama..

Friday, February 25, 2011

robot?


terasa semakin jauh dari cinta Allah..
terasa seperti menjadi robot kepada sistem
sistem yang tidak menjanjikan kebahagiaan infinite

"wahai hati, sabar dan
tabahlah
dalam mujahadah menuju cinta Allah yang abadi"

"Demi Allah yang Esa, sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah menuju cintaMu..
menitis air mata tatkala merindu..
menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh..
tetapi,
janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..
kerana kutetap yakin.. Allah menyatakan,
"wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu"
-Asy-syahid Hassan Al-Banna-

Friday, January 21, 2011

mujahidah itu..

salam 'alaik..
dah lame x update blog, mungkin kerana hati ini kdg2 terdissolve in IB
sehingga lupa hati yang dahagakan iman..
dan roh yang merintih makanan dari Ilahi
sedangkan jasad ini sering menjadi seperti robot yang terlupa dengan tujuan hidup..
*istighfar*
alhamdulillah.. Allah campakkan balik getaran iman yang sedikit ini
Allah hentakkan hati yang kosong ini dengan pelbagai ujian..
dan alhamdulillah.. minggu ni, week of learning..

kalau sebelum ni, tahu tujuan hidup..
tetapi jarang sekali meng'appply' dalam hidup..
walau hajat di hati ingin berubah 180 degree..
tetapi, tak boleh salahkan takdir..
because He always know what's the best for us..
apa yang penting?
bukan kerjasama..
tetapi istiqamah mencari mardhaatillah
insya-Allah diri ini juga sedang mencuba..
dan alhamdulillah, tak keseorangan di jalan dan di bawah naungan cinta-Nya
alhamdulillah, Allah menjadikan kawan-kawan sekeliling sebagai golongan yang saling ingat-mengingati..

betapa banyak word Alhamdulillah in this post..
betapa Allah tu Maha Pemurah..
campakkan segala nikmat kepada kita..
dan juga ujian-ujian untuk kuatkan hati-hati kita..
Alhamdulillah Ya Allah..

seriously, jalan mujahidah itu pahit..
tangis menjadi teman..
godaan dunia sering menghambat diri
tapi yakinlah bahawa..
mujahidah ini sangat manis pada penghujungnya..
insya-Allah

minggu ni terasa minggu pembelajaran yang agak tough
bukan academically
but I mean what i've learned from Allah

Allah tak ajar kita secara direct..
tetapi kita yang mesti memahami bahasa-bahasa Alah dalam mendidik hati kita
Dia kan pencipta kita, so Dia lah yang terbaik untuk mendidik hati-hati kita..
ujian adalah salah satu medium nya..
ingatlah, jika kita memandang semua yang berlaku kepada kita, datangnya dari Allah..
insya-Allah kita akan dapat menerima dengan senyuman dan tangis gembira..

minggu ni, Allah timbulkan dalam hati-hati saya dan classmates saya untuk buat sedikit pengisian rohani..
dan alhamdulillah Allah yang mencampakkan semua idea utk saya share dengan kawan-kawan
mungkin sounds biase-iase je..
tapi saya betul-betul rasa Allah sedang ajar saya berdakwah dengan Hati
sangat happy bila ingat balik cara Allah nak didik hamba-Nya

then, pergi daurah
tajuk: syahadatul haq
terasa berat beban di bahu
tapi alhamdulillah.. Allah pilih saya dan kawan0kawan untuk tahu pasal semua ni
Allah bagi tanggunjawab yang sangat besar di kepada saya..
dan insya-Allah, program sehari yang menitiskan air mata kami
mampu mengajar kami
dan menarik hati kami untuk lebih dekat dengan Allah
=)

and hari ni kene conduct usrah umum
sememangya saya rasa tak mampu..
tapi alhamdulillah Allah hantar kawan saya untuk pujuk hati yang confuse ni
masih ingat kata-kata sahabat saya ni
"Hidayah mesti mampu buat.. kalau x, xde lah Allah bagi tugas ni kat Dayah.. lagipun, mungkin Allah nak ajar berdakwah in broader scope.. take this as a chance because Allah put trust in u"
(lebih kurang macam ni kata-katanya)
dan saya akhirnya terima tugas tu..
sedangkan Rasulullah pun tak terus berjaya menarik hati-hati manusia ke arah Allah,
apatah lagi saya yang lemah ni kan
ya, memang sedih dan menangis bagai nak rak
sebab terasa lemah sangat, dan sangat kesian melihat audience yang x dapat faham apa yang ingin cuba disampaikan..
takpe, ini hanyalah permulaan..
jalan dakwah tidak hanya berhenti di sini
insya-Allah akan ku ayun langkah menuju cinta-Nya dengan lebih kuat..

dan, saya nak lahirkan rasa syukur kepada-Nya
Alahamdulillah
kerana meletakkan hati saya di jalan dakwah
yang dahulu tak pernah saya termimpi untuk berada di jalan ini
alhamdulillah Ya Allah..
=D

Thursday, January 6, 2011

comes hell or high water



alhamdulillah, dah semakin rajin blogging (lepas deactivate fb)
review test week had gone..
alhamdulillah again, i perfectly endure it without tears
alhamdulillah, sebab Allah still sayangkan kita dengan menghantar pelbagai ujian (result gitu-gitu je)

"Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu dia dalam kesibukan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai golongan jin dan manusia" (55:29-31)

kan dah cakap.. Allah sayang kita, sebab tu banyak sangat nikmat yang Allah bagikan.. so, kalau dapat ujian tu, bukan sebab Allah tak nak makbulkan doa kita saj
e-saje je.. tapi mesti ada sebab kan..

"... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

betul kan.. Dia dah bagitahu semua ni dalam Quran.. semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.. so, terima lah semuanya dengan hati yang terbuka, insya-Allah..




so, come hell or high water, Put our faith to Allah because He is our creator.. and PROUD TO BE MUSLIM.. =)


IB hanyalah persinggahan sementara dalam hidup dan boleh menjadi satu alat yang sangat penting dan bermakna dalam bejihad di jalan Allah.. so, let's strive for the best! =)

Monday, January 3, 2011

hati ini..

salam 'alaik
=)
alhamdulillah dah sampai KMB..

tiba-tiba teringat doa rabitah
paling suka part..
"Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya."

hati-hati kita selalu berubah kan..
ada je yang tak puas hati
kadang-kadang bila terima musibah sikit je..
tapi mesti dalam hati tu duk mengeluh je.. (experience penulis-always)

ada sekali tu. terkena musibah..
sikit je pun Allah uji
tapi hati ni dah startmarah, mengeluh..
tiba-tiba..
dapat message
"jika kita lihat sesuatu dari Allah, mesti semua yang berlaku dalam hidup kelihatan indah semuanya"

alhamdulillah, masih ada rakan yang sudi mengimgatkan diri ini..
=)

hati kita mudah berubah
apa yang perlu untuk meneguhkan hati di jalan Allah
ialah..
mujahadah yang berterusan
"1 istiqamah lebih baik dari 1000 qaramah"

oh, teringat plak 1 ayat cinta dari Allah.
"... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (2:216)

so, jom sama-sama bermujahadah, jaga hati dan terima semua yang terjadi dengan hati yang tebuka..
=)

p/s: sedang prepare hati untuk tawakkal dengan result yang akan keluar tak lama lagi =)