Saturday, November 19, 2011

jika itu perintah Allah, teruskan...

assalamualaikum.. =)

bagaimana iman? masihkah berada di tahap yang sepatutnya?
bagaimana hati? maih sucikah sesuci embun pagi?
bagaimana diri? masih mahukah tunduk kepada rabb yang satu?

perjalanan masih panjang, tidah pernah diketahui dimana garisan penamat.. mingkin hanya selangkah lagi, atau boleh jadi sepelaung lagi.. itu bukan tugas kita untuk mengira jarak ke arah garis penamat kerana matematik Allah sangat luas dan hanya Dia yang mampu.. still, Allah knows best..

tipulah kalau dikata iman kita sentiasa di atas. tipulah kalau setiap masa kita membaca ayat-ayat Allah terus terasa sampai ke lubuk hati yang paling dalam. dan tipulah kalau kita tidak pernah kecewa/ sedih dengan hidup kita... pasti ada sesuatu untuk kita sedihkan, atau marahkan, atau geramkan.. kerana ujian Allah adalah setiap saat hidup kita, bukannya seperti exam kat kmb yang hanya setiap penghujung semester.. ujian itu adalah tarbiyyah, bersyukurlah kerana tidak semua yang terpilih untuk merasai tarbiyyah direct dari Dia Yang Maha Penyayang.

"orang yang gagal bukan orang yang jatuh, tapi orang yang gagal adalah orang yang taknak bangun bila jatuh"

cuba kita fikir balik.. mungkin sesekali kita kurang berjaya menghadapi ujian, atau kadang-kadang ter'blend' dengan kehidupan dunia yang sentiasa menarik kita.. tapi jangan lupa yang ia bukan berakhir di situ.. just move on, bangun kembali setelah jatuh pasti akan menguatkan kita di jalan ini.. jangan jadi orang yang lemah, takut hadapai badai seterusnya kerana jalan ini bukan untuk budak manja! kita mungkin masih baru di jalan ini, tapi kita bukan budak hingusan, kita adalah da'ie yang masih merangkak dan akan berlari satu masa nanti dengan izin Allah.. itu adalah posisi kita!

kalau kita tak merasakan keberadaan kita di jalan ini, siapa lagi yang mehu meletakkan kita?

oh, please lah.. kalau nak Allah pilih KITA, KITA yang mesti pilih diri KITA dulu..

kalau setakat ujian sikit dan merajuk bagai nak rak, kalau setakat letih sikit dah koma tak ingat dunia, lambat lah dakwah kita!

Hassan Al-banna cakap, kerja kita melebihi masa yang kita ada.. masih mampukah kita main masak-masak, berkejar-kejaran sana sini? sedangkan ummat semakin tenat!

jika itu perintah Allah, teruskan.. teruskan melangkah walaupun payah benar menghadapi cabaran.. teruskan berjuang mempertahankan islam di bumi ini.. teruskan melakar kembali syahadah Allah di hati setiap hamba Allah...

*peace*

jom melangkah....




2 comments:

CheCardio said...

nice post. jzkk.

Dr. Yumi said...

waiyyaki.. Allah knows best for us..