Friday, October 5, 2012

seikhlas daun luruh

              Assalamualaikum :) Alhamdulillah, masih mampu bernafas di negara sejuk ini, walaupun kesihatan mula terjejas.. Mungkin terasa hilang satu nikmat kesihatan yang sangat precious, tapi masih mampu mengucapkan alhamdulillah, kerana kehilangan itu pasti satu tarbiyyah dari Dia :) dan peluang untuk diuji walaupun dengan ujian yang sangat sedikit, pasti satu kelebihan bagi seorang muslim kerana Allah yang memilih dirinya untuk diuji 

              Daun-daun mula berguguran jatuh, dan kedai-kedai pakaian mula menaikkan banner 'Autumn Fashion', cukup memberi gambaran kedatangan musim luruh (autumn). Erk, saya bukan mahu menceritakan sale sale yang baru sahaja bermula. Saya hanya ingin berhikayat tentang satu tarbiyyah; Allah sedang mengajarkan saya tentang satu perkataan, IKHLAS.

            Jika anda sedang mengembara di benua Eropah seperti saya, anda pasti lali dengan suasana daun-daun yang mula menjatuhkan dirinya. Daun-daun itu ikhlas dalam menjatuhkan dirinya saban tahun, mengikut susunan dan aturan Allah. Saya malu pada mereka. Bukannya daun-daun itu tidak tahu, sebaik sahaja mereka jatuh di atas muka bumi, mereka akan dipijak, mereka tak akan dihargai dan saya sendiri tidak pasti jika ada yang sudi memandang mereka setelah lunyai dipijak sana-sini. Tapi, mereka tidak pernah berhenti luruh. Sebenarnya, mereka tidak pernah berhenti mengikut arahan Allah. Tanpa sedikit pun rungutan. Allah, sucinya keikhlasan daun-daun berwarna kekuningan itu.

             

             Saya juga mahu menjadi seperti mereka. Ikhlas, mengikut setiap arahan dan nasihat Allah.

             Malu sendiri melihatkan never-ending monolog dan rungutan dan mintak itu ini dan mengada habis.            


Kita, hamba Allah juga. Sama seperti mereka, daun-daun yang kecil molek itu. Kesucian ikhlas yang dipamerkan merupakan satu inspirasi yang Allah hantarkan untuk kita menanam ikhlas dalam diri. Ikhlas dalam berdakwah. Ikhlas dalam belajar. Ikhlas dalam segala bentuk arahan Allah :)



Bagi saya, satu perkataan itu membawa maksud yang sangat besar, mampu mengubah hidup. Sebagaimana besarnya ikhlas daun kecil itu mampu membawa masuk satu musim baru di atas muka bumi. Begitu juga dengan keikhlasan. Mampu melahirkan muslim yang boleh mengubah trend dunia masa kini.

Fullstop. 

Mode: Working on 'Ikhlas' 

Moga Allah redha. InsyaAllah :)

p/s: takde gambar, sila google sendiri, heheh 




         
            

Wednesday, September 26, 2012

da'ie pun kena hantuk berkali-kali

Assalamualaikum semua :)

alhamdulillah, berada di bumi sejuk kering membawa beribu makna buat saya.. makna yang hanya diketahui oleh Dia dan saya

Orang kata, bila hati mula jauh, akan terbit rasa rindu, hee.. saya dapat rasakan rindu itu, tapi rindu tanpa arah.. hanya Dia yang tahu perasaan itu..

dan hanya Dia yang mampu mengubatinya :)

"Kitab (Al-quran) ini tidak ada keraguan padanya,; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"
 (2: 2)

rupanya hati yang jauh dengan Al-quran rindukan kitab itu..

Al-quran adalah petunjuk bagi orang yang bertakwa. Sebagai seorang yang menggelar dirinya sebagai seorang da'ie, statement ini pasti sudah hadam di mindanya kerana Al-quran itu yang menjadi GPS (Global Positioning System) untuk dia terus melangkah. Tapi, setakat hadam di minda sahajakah? 

terasa sangat terkesan dengan akak Ohana (usrah) saya tadi:

"Kita boleh tahu kesihatan iman kita dengan melihat kepada tiga perkara; niat di hati, percakapan di mulut dan perbuatan melalui anggota badan.. Kalau takde salah satu, means ZERO"
(ayat olahan semula oleh saya, harap maklum)

Kalau betul hati da'ie itu terikat dengan al-quran, ayuh buktikan! Di mana al-quran dalam setiap hayunan langkah kita? Saya bercakap kepada diri kerana saya menggelar diri sebagai da'ie, dan kerana saya memanggil diri saya sebagai hamba Allah.
kalau hidup tanpa Quran, macam hidup terapung atas kayak sorang diri tanpa pengayuh plastik tu.. nak ke macam tu? 

Seorang hamba yang hanya bergantung harap pada kitab Al-quran pemberian agung Tuhannya, Allah..



Sedalam mana taqwa yang dibina didalam bulatan gembira (usrah, ohana etc) jika Al-quran tidak menjadi teman karib?



footnote: okay merapu.. kesimpulannya, saya rindu quran :( anyone share ayat cinta please..

Monday, July 9, 2012

memaknai erti syukur

Assalamualaikum hati-hati yang sentiasa mencari kemanisan iman :)

      Jika anda IB student, pasti sudah tahu bahawa result IB exam sudah memunculkan diri. Jika anda bukan IB student, anda pasti sudah tahu sekarang sebab saya dah bagitahu. Tidak hairanlah status-status di muka buku dipenuhi dengan perkataan "alhamdulillah". Seriously penuh! Betapa ramai yang menjadikan "alhamdulillah" sebagai status di mukabuku mereka.

"Alhamdulillah, Allah bagi solat lagi" :D


Teringat perbualan dengan seseorang semalam di status beliau;

"Tahniah! Result semua orang mantap-mantap!"
"erk.. anda tahu overall result ke? *sayataktahuapeape* "
"eh, takdelah tahu semua.. tapi tengok banyak alhamdulillah kat news feed tu hah"
:O

Apabila syukur hanya dikaitkan dengan result cantik

     Sedikit terkilan apabila syukur hanya dilafazkan apabila mendapat berita gembira. Perkataan alhamdulillah ertinya segala puji bagi Allah. Bila mana kata syukur itu dilafazkan, tiada yang lain, hanya Allah yang berkuasa meletakkan kita dalam situasi itu. Ya, apa-apa sahaja situasi, sama ada baik mahupun buruk. 

     Bila sahaja berita gembira dikhabarkan, lafaz ini gunanya untuk menyingkirkan rasa ria', takbur dan segala macam penyakit hati dengan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang memberikan nikmat sedemikian untuk hamba yang hina ini. Begitu juga apabila ditimpa kesedihan, kepayahan mahupun mehnah di depan mata. Dari mana ia datang, pastinya dari Allah! Inilah masanya untuk kita memuji Allah lantas mengingatkan diri yang pelupa agar menerima dengan hati terbuka susunan Maha Hebat dari Allah yang Maha Besar.

Memaknai erti syukur

    Syukur itu tidak datang dalam bentuk kata-kata sahaja.. Senanglah adik kakak oi kalau setakat post status alhamdulillah di facebook untuk melambangkan rasa syukur, sedangkan diri terlompat-lompat meraikan kejayaan di part-party yang serba 'fun'. Sudah diberitahu di dalam al-quran:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur akan kamu tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah pedih" (Ibrahim: 7)

Orang yang bersyukur dijanjikan dengan nikmat yang berlipat ganda. Salah satu nikmat yang diimpikan oleh setiap muslim ialah nikmat syurga. Yalah, erti syukur itu amat besar sehingga Allah mahu menjanjikan nikmat yang berlipat ganda! Bagaimana mahu ganjaran hebat dari Sang Pencipta jika hanya menulis 'alhamdulillah' di facebook, tapi pada amalnya tidak tersinar rasa kesyukuran itu! Syurga itu mahal, masakan mahu dibeli dengan satu status di facebook tanpa penghayatan sedikitpun! 

"Segala Puji Bagi Allah"

Marilah memaknai erti syukur. Hayati dengan hati, pasti nadi iman akan meningkat naik untuk menggerakkan amal tanpa sempadan. Hanya Allah yang layak mendapat pujian, tiada yang lain, hanya Dia. 

By: Dr. Yumi

footnote: sudah lama tercoret di dalam draf, terasa mahu berkongsi dengan anda yang membacanya.. :)

Sunday, July 1, 2012

utusan hati

Ada akhawat cakap saya selau say something randomly. mungkin.

Tadi, semasa syuro online, kerinduan menyelinap terhadap akhawat-akhawat seperjuangan. Rindu untuk syuro di alam nyata, rindu untuk berbulatan gembira di alam nyata. Rindu.

Seorang demi seorang menyinggah minda. Saya sayang anda semua tahu! [walaupun tak express]

"Ya Allah, satukan hati-hati kami di jalan dakwah dan tarbiyyah ini."

sampaikan salamku buat pejuang islam  di luar sana
moga terus kuat
:D

Bila lagi..??

       Saya baru sahaja membaca post yang tak baru sangat di blog Inche Gabbana. Oh tiba-tiba tersentuh dengan pengalaman tarbiyyah beliau. Bagi saya, itulah kesan tarbiyyah pada diri seorang individu muslim. Sampaikan sanggup mengalir air mata mengenangkan tahap pembinaan diri sendiri. Anda ada..?? *dush!*

       Ini bukan kali pertama saya mendengar cerita manusia-manusia hebat hasil tarbiyyah ini. Mantap amat! Diceritakan kisah seorang ukhti H. Salah seorang mad'u bernama S memberi feedback menyatakan ketidak-tsiqahan beliau terhadap ukhti H. Begitu direct dan jujur lagi bagus luahan hati cik S kerana merasakan ia masalah biasa-biasa sahaja. Kesannya ukhti H itu tidak tidur 1 malam dan 1 hari berikutnya  memikirkan penyelesaian yang tarbawiy lagi menyegarkan. Itulah kesan tarbiyyah yang mengalir sehingga menggerakkan seorang muslim untuk melakukan dakwah dengan all-out! Bukan sekadar aci buat sahaja. Kecekalan ukhti H mengisi hati-hati yang kosong pasti sahaja dilihat Dia, oh! dan akhirnya cik S jatuh tsiqah dan sayang pada ukhti tersebut :D

       Oh, tiba-tiba teringat kisah segerombolan akhawat yang berkejar-kejaran menuju ke medan tarbiyyah walaupun sebenarnya mereka kepenantan. Ketika menunggu bas awam, tiba-tiba kedai makanan yang berdekatan terbakar. Siapa sangka mereka semuanya bersegera menolong memadamkan api. Ada juga yang menelefon bomba. Belum sempat ahli bomba sampai,dengan pertolongan Allah, api sudah berjaya dipadamkan. Ahah! Bagi saya yang melihat dari jauh (jangan tanya dimana saya berada), sungguh teruja melihat keberanian dan kegagahan (erk?) mereka mengangkut timbunan pasir demi menolong mak cik penjual kedai bersama anak-anaknya yang masih sangat kecil itu. Inilah hasil tarbiyyah! Di mana-mana sahaja mereka berada, di rumah, di medan dakwah mahupun di atas jalanraya, mereka pasti cuba sedaya upaya melengkapkan muwasofat tarbiyyah! [for this case, tarbiyyah menyediakan gerombolan ini untuk bermanfaat pada orang lain] :) *peace*

      Bukan itu sahaja, seorang akhawat pernah mencaritakan kisah seorang akhawat yang travel selama 10 jam semata-mata mahu berdakwah! Adik kakak, 10 jam tu bukan sekejap.. Hanya manusia-manusia yang merelakan dirinya untuk ditarbiyyah sahaja sanggup melakukan kerja-kerja yang haybat di mata Allah ini.. :D

      Jangan risau, kita juga mampu menjadi seperti mereka. Alirkan kejernihan tarbiyyah di dalam dirimu hingga basah hati itu, pasti keimanan akan terbina lantas melahirkan supersaiya seperti mereka! :D Lainlah kalau anda menyekat aliran tarbiyyah dengan menggunakan keegoan, kemalasan mahupun drama-drama korea (jahiliyyah stuff) yang tidak berkesudahan. Erk..??


footnote: Bila lagi.. mahu menjadi muslim supersaiya seperti mereka? *talk to myself*


"Biarkan cahaya tarbiyyah bersinar di dalam diri kalian! Pasti masyarakat sana teruja untuk turut ditarbiyyah dek sinaran gilang gemilang itu.. :) "