Friday, October 5, 2012

seikhlas daun luruh

              Assalamualaikum :) Alhamdulillah, masih mampu bernafas di negara sejuk ini, walaupun kesihatan mula terjejas.. Mungkin terasa hilang satu nikmat kesihatan yang sangat precious, tapi masih mampu mengucapkan alhamdulillah, kerana kehilangan itu pasti satu tarbiyyah dari Dia :) dan peluang untuk diuji walaupun dengan ujian yang sangat sedikit, pasti satu kelebihan bagi seorang muslim kerana Allah yang memilih dirinya untuk diuji 

              Daun-daun mula berguguran jatuh, dan kedai-kedai pakaian mula menaikkan banner 'Autumn Fashion', cukup memberi gambaran kedatangan musim luruh (autumn). Erk, saya bukan mahu menceritakan sale sale yang baru sahaja bermula. Saya hanya ingin berhikayat tentang satu tarbiyyah; Allah sedang mengajarkan saya tentang satu perkataan, IKHLAS.

            Jika anda sedang mengembara di benua Eropah seperti saya, anda pasti lali dengan suasana daun-daun yang mula menjatuhkan dirinya. Daun-daun itu ikhlas dalam menjatuhkan dirinya saban tahun, mengikut susunan dan aturan Allah. Saya malu pada mereka. Bukannya daun-daun itu tidak tahu, sebaik sahaja mereka jatuh di atas muka bumi, mereka akan dipijak, mereka tak akan dihargai dan saya sendiri tidak pasti jika ada yang sudi memandang mereka setelah lunyai dipijak sana-sini. Tapi, mereka tidak pernah berhenti luruh. Sebenarnya, mereka tidak pernah berhenti mengikut arahan Allah. Tanpa sedikit pun rungutan. Allah, sucinya keikhlasan daun-daun berwarna kekuningan itu.

             

             Saya juga mahu menjadi seperti mereka. Ikhlas, mengikut setiap arahan dan nasihat Allah.

             Malu sendiri melihatkan never-ending monolog dan rungutan dan mintak itu ini dan mengada habis.            


Kita, hamba Allah juga. Sama seperti mereka, daun-daun yang kecil molek itu. Kesucian ikhlas yang dipamerkan merupakan satu inspirasi yang Allah hantarkan untuk kita menanam ikhlas dalam diri. Ikhlas dalam berdakwah. Ikhlas dalam belajar. Ikhlas dalam segala bentuk arahan Allah :)



Bagi saya, satu perkataan itu membawa maksud yang sangat besar, mampu mengubah hidup. Sebagaimana besarnya ikhlas daun kecil itu mampu membawa masuk satu musim baru di atas muka bumi. Begitu juga dengan keikhlasan. Mampu melahirkan muslim yang boleh mengubah trend dunia masa kini.

Fullstop. 

Mode: Working on 'Ikhlas' 

Moga Allah redha. InsyaAllah :)

p/s: takde gambar, sila google sendiri, heheh 




         
            

No comments: