Monday, April 23, 2012

OMG, exam!

"minggu depan exam lah! Cuak seyh.. -_-"

"hamboih kena betul 55 per 60 baru boleh dapat 7! Memang jauh panggang dari api lah ni"

"kau takpelah mantap setiap sem, aku ni nak cecah band 6 pun hampeh" 

oh, minggu exam dah dekat, just a step ahead orang kate.. muka gelabah tak payah nak cakap lah, 24/7 boleh tengok okay.. IB kowt! semua sibuk study, LRC (Learning Resource Centre) memang penuh sampai kene duduk atas karpet celah-celah rak buku sebab tak cukup meja, jalan punye lah laju sampai ade yang sedikit kegeraman melihat junior jalan lenggang lengggok mak minah sayang..itulah latar masa dan latar masyarakat di KMB sekarang.. dan kulsem (kuliah sepuluh minit) juga semakin sikit yang datang, ops!

itulah gelagat orang nak exam.. sahabat-sahabat Rasulullah dulu ade ke macam ni?

"Alah, sahabat tak ambik IB, mane ade exam-exam ni.."

"A'ah la.. sahabat tak belajar pun Biology HL, tak kene hafal pun segala bagai nama microbes yang ntah hape-hape tu.."

erk, sahabat tak exam bertulis, tapi sahabat pergi perang! tu lah exam para sahabat.. exam yang Allah bagi, lagi mantap kowt!

rase-rasanye ade tak para sahabat gelabah macam kita bile the perang is just a step ahead?

NO, NO, and NO! Para sahabat tak gelabah sikit pun.. walau secuit, tak pernah ada perasaan menggelabah dalam diri para sahabat.. Stress? Jauh panggang dari api! Dalam buku seerah nubuwwah, tak pernah diriwayatkan pun para sahabat pernah mengalami simptom stress okay..

"para sahabat memang dah lama practice kot.. kami budak IB.. zaman sem 1,2,3 dulu sibuk sangat sampai tak sempat nak buat latihan, sebab tu lah gelabah.."

Tahu kisah perang Badar? Kamu-kamu pasti tahu sebab kamu kan budak IB yang banyak membaca tu.. Para sahabat kan diarah berperang secara TIBA-TIBA.. no preparation, no tools, nothing! Hanya Allah dan Rasulullah yang ada dengan mereka.. (Agak-agaknya kalau tibe-tibe cikgu suruh kite ambik exam esok, ape reaksi kite ye?) Tapi, para sahabat tak gelabah pun, mereka melangkah ke medan Badar dengan tenang dan yakin, kerana dalam hati mereka ada Allah.. Ya, kerana mereka yakin yang Allah pasti membantu hamba-hambaNya yang lemah..

Kita juga hamba Dia.. Kita juga lemah.. habis tu, kenapa tak depend on Allah je? *dush!*

"If Allah is all you have, you have all you need"
(3:173)

Jomlah jadi macam para sahabat! Allah pasti ada untuk kita!

move on! move on! move on.. dengan tenang, tanpa gelabah.. kerana Dia ada di samping hamab-hambaNya.. :D

Kita sedang menghadapi 2 exam sebenarnya, exam bertulis dari manusia dan exam keyakinan dari Allah.. ops! takkan nak excel satu exam je?

2 comments:

aero8 said...

fuhh.meremang2.all the best exam yah! semoga excel in both! aamiin. ;D

Dr. Yumi said...

doakan saya anda semua! :D