Sunday, April 29, 2012

B.E.S.T L.A.S.T S.H.O.T

3 days left..

tik, tok, tik, tok

IB exam

(3rd May 2012-18th May 2012)

"semoga Allah hantar malaikat bertanda untuk tolong each of us berjihad di medan peperiksaan"

"hanya Allah yang berkuasa menentukan segala-galanya"

Jadilah seperti Maryam. Di saat kandungan sarat, berseorangan di tengah padang pasir yang tandus,Jibril datang lantas berkata "Dan goyangkanlah pangkal kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepada mu (19:25)". Kerana yakinnya kepada Allah Yang Satu, Maryam goyangkan pokok kurma itu walau pada logik akal pasti tidak mampu perempuan mengandung menggoyangkan pokok kurma yang besar dan sangat kukuh mencengkam bumi. Tapi siapa tahu rezeki itu turun sebaik sahaja Maryam menggoyangkan pokok kurma itu. hanya Allah yang tahu

kita juga berada di situasi itu. ketika tiada siapa yang boleh membantu, ketika masa hampir sedikit yang tinggal, ketika  terasa tidak logik mahu menghabiskan kesemua silibus pelajaran, goyanglah (berusalah)! Jadilah seperti Maryam, keyakinan yang tinggi kepada Allah sepatutnya membuahkan usaha yang berterusan. terus hingga ke saat terakhir.

 Bukan tugas kita untuk mengira panpanjang atau pendek masa yang tinggal, tapi tugas kita untuk berusaha sehabis baik kerana kita yakin Dia bersama kita.

teringat pesan murobbi:
"setiap perkara yang boleh membantu awak melaksanakn dakwah wajib dilaksanakan. jika belajar rajin-rajin bakal membantu continuity dakwah di medan itu, awak wajib untuk belajar bersungguh-sungguh"

Allah, ketaatan kepadaMu adalah alasan yang paling kuat untuk kami terus berusaha

GOYANG!!!! :D
Give Your Best Last Shot...

2 comments:

Syarafina Sabri said...

All the best Kak Dayah ! :)

aero8 said...

selamat bergoyang yah! semoga berjaya! ;D