Sunday, November 16, 2014

cerita cinta

aku harus sedar
yang sedang kulakar ini
adalah ceritera cinta
bukan hanya khayalan

bicara cinta takkan pernah mudah
benar cinta itu membahagiakan
tapi pasti cinta pernah buat kita terduduk
kerana cinta payah dimiliki

apatah lagi cinta tuhan

sering merungut dalam diam sebenarnya
kenapa payah benar sampaikan cinta
hati aku menjerit gugup
"Tuhan aku berbuat untuk cintaMu!"

namun kini aku belajar sesuatu
bukan Tuhan tidak faham bahasa melayu
bukan Tuhan taktahu jerih hati batinmu
tapi Tuhan sedang menguji benarkah kesungguhanmu itu

benarkah, kamu cinta sama Tuhan?

lantas Dia membalas bahasa cinta itu
bukan dengan bahasa melayu persis bicaramu
tapi dengan kepayahan, keraguan, ujian..
maka, dapatkah kamu mendengarnya?

hanya bisa didengari oleh yang benar kesungguhannya

itulah rijal siddiq, rijal yang benar

kenapa kamu menangis dalam langkahan?
tidak dengar bicara sang Tuhan, ya?
usah khuatir, usah sedih, usah putus asa
masamu masih ada, usaha!

usaha hingga Dia menjemputmu
berjumpa dengan Dia
yang kamu cintai itu, sepenuh hati :)




keep moving on 💪

No comments: