Tuesday, March 19, 2013

membunuh atau terbunuh..


Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai sudah satu exam 'Anatomy Spot Test FM1003'

Terus berkejaran balik ke bilik, tiada mood untuk stay back. Dalam kepala aku sudah sisipkan dalam jadual hari ini untuk menulis. Tidak boleh tidak aku mesti menulis.

Aku tidak mahu bercakap tentang exam, walau ada beberapa soalan yang tak dapat dijawab dengan sempurna. Biarlah, aku hanya mohon yang terbaik untuk diri aku dan ummah. Aku serahkan pada Dia untuk keputusannya.

Aku mahu menulis tentang kisah Akh Iman Syafiq. Hehs, aku tahu semua orang jga menulis tentang beliau. Biarlah, manakan sama tulisan mereka dengan lukisan hati sendiri. Sudah beberapa hari aku menyimpan angan untuk menulis. Apakan daya, dunia perubatan memaksa aku priority kan sesuatu yang lebih penting.

Siapakah beliau, tak perlulah bertanya saya kerana saya bukan orang yang selayaknya untuk bercerita. Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah mendengar walau secubit tentang seorang da'ie supersaiya, Akh Iman Syafiq.

Jumaat lepas, ketika usrah sudah hampir ke penghujungnya, usrahmates aku sibuk bertanya naqibah aku (yg sudah bergelar doktor) tentang kerosakan hati (liver problem). Aku sibuk mengemas barang, mahu pulang untuk mempersiapkan barang keperluan sebelum ke program awal pagi esok. Mereka sibuk bercerita tentang seorang akh yang kemalangan dan sibuk menanya tentang possible treatment untuk akh itu. Malas nak ambil pusing. Aku dengar, kotak ingatan sibuk proses ilmu anatomy dan aku sendiri memilih untuk mengambil masa sejemput cuma itu untuk revise lecture anatomy (setakat yang mana ada dalam kepala).

Al-asr dan tasbih kafarah dibaca. Aku bergegas pulang. Meneruskan hidup seperti biasa.

Di dalam bas, terdengar perbualan akhawat tentang Akh Iman Syafiq. Mendengar condition beliau yang sangat tenat. Blood pressure amat rendah. Kata ukti itu,

" Kalau dia ditakdirkan meninggal, mesti dikira syahid. Hebatnya dia jika dipilih untuk syahid."

Sentap. Kali ini aku benar-benar ambil pusing tentang apa yang berlaku terhadap Akh Iman Syafiq. Hati aku meronta untuk cepat sampai supaya dapat access internet. Aku mahu tahu keadaannya yang sebenar. Aku mahu tahu da'ie hebat itu yang dipilih Allah untuk diuji dengan dahsyat itu. Aku benar-benar mahu tahu.

Sampai sahaja di tempat program, rupa-rupanya tiada wi-fi di hostel itu. Lemas sendiri dalam kemahuan yang hebat untuk mengetahui kisah da'ie hebat itu. Tidak lama melayan perasaan, cepat-cepat mencari tempat untuk solat dhuha. Biarlah aku tidak tahu tentang dia, aku juga mahu menembakkan doa untuk dia.

Turun tangga, muwajih sudah mahu mula menyampaikan taujihnya. Tiba-tiba datang seorang ukhti mengkhabarkan bahawa Akh Iman Syafiq sudah tiada.

Terasa melayang-layang.

"Allah pilih dia untuk syahid"

Frasa itu kedengaran diulang-ulang. Hampir menangis.

Allahu, hebatnya perjuangan dia sehingga dipilih untuk syahid.

Bagaikan tersedar dari lena yang panjang, itulah aku.

Aku yang baru mula melangkah ini, sudah sibuk mengeluh. Sibuk mencari alasan untuk tidak berjuang. Sibuk melatah bila binaan tak menjadi. Sibuk kata penat sedangkan kerja satu apa pun tak jalan. Menangis lagi...

Sudah sampai masanya untuk dia berehat. Berapa ramai yang menjadi saksi bahawa Akh Iman sudah menjalankan syahadatul haqnya. Ratusan ikhwah dan akhawat terbangun selepas kesyahidannya, termasuk aku. Dalam hati, aku juga bermonolog dengan Allah.

"Dia sudah selesai menjalankan tugas syahadatul haqnya di atas muka bumimu Ya Allah"

Ah, hebatnya dia. Sehinggakan semangat perjuangannya terus mengalir selepas ketiadaannya. Hebatnya si syahid itu.



********************************************

Akhawat yang disayangi kerana Allah,
hari ini kita masih disini,
berpijak diatas bumi Allah yang nyata,
nama kita masih belum dipanggil untuk menghadapnya,

Untuk masa-masa yang tinggal ini,
Allah masih memberikan kita peluang,
untk terus berjuang jalankan syahadatul haq,
untuk terus menerus membina individu muslim.

Gunalah masa yang ada dengan sebaiknya,

Aku yakin,
dalam hatimu dan hatiku,
tersimpan angan yang tinggi untuk syahid.
untuk bersama para syuhada' di jannah nanti

Dakap erat impian kita itu,
teruslah bekerja mencari mardhatillah,
satu masa nanti,
pasti sampai masa kita pula,'untuk pulang kepada Dia.

Akhawat yang disayangi kerana Allah,
semoga berjumpa di jannah firdausi nanti.

:')


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka. Mereka berperang dijalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam taurat, injil dan Al-quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"
(AT-taubah: 111)



Thursday, March 14, 2013

untittled

akhir-akhir ini di mana-mana
aku lihat para pejuang jalan cinta ini
letih, mengah, penat..

Allahu.
aku tidak keseorangan

Entah takat mana keletihan ini
jika sahabat yang dijadikan bandingan
entah takat mana kepenatan ini
bila ikhwah dan akhawat lain lebih penat

Entah takat mana,
bukan kerja aku untuk mengiranya

bagi aku,
cukuplah mereka menjadi inspirasiku
untuk terus mengejar mardhatillah
aku juga mahu mencintai Allah seperti mereka

Aku mahu dicintai Dia

biar kau kata citaku tinggi
aku ingin tanam azam ini

walau hari ini bukan tahun baru
aku masih mahu bina azam baru

azamku hanya satu
mahu jadi ansarullah
mahu jumpa Dia
hatiku butuhkan cinta Sang Pencipta




nota kaki: omelan 5 minit >< 

Sunday, March 10, 2013

Hamba terus sujud

Satu malam menahan diri dari menulis, takut andai terbawa-bawa dengan emosi, takut andai empangan air mata pecah, takut andai tidak mampu untuk redha

Sekarang, memilih untuk menulis, entah kenapa tersangat rasa ingin menulis..
Kali ini bukanlah untuk berkongsi pengalaman, mungkin sekadar berkongsi perasaan dengan sisters yang berada di seluruh pelosok dunia tika ini, mungkin juga satu hint agar sisters yang bersama mengenal tarbiyyah dan dakwah bersama aku satu ketika dulu tidak lupa untuk menitipkan doa buat aku dan akhawat lain..

Minggu ini, minggu yang sangat meletihkan
Letih Fizikal, Letih Emosi, Letih..
Sampaikan mudah sangat mengalirkan air mata
Sampaikan rasa mahu lari ke tempat lain, entah ke mana..

Bilamana kisah penyeksaan para sahabat dibaca
Sungguh hebat keimanan mereka, ketaqwaan mereka
Aku yang biasanya senyum bila bercerita dalam usrah,
tak mampu senyum kerana gerun dengan keimanan itu

Para sahabat Rasulullah yang hebat itu
Bilamana ujian menjengah, penyeksaan menyapa,
Hati mereka tunduk sebagai hamba
Himmah mereka meninggi tak kenal putus asa
Langkah mereka melaju membuktikan cinta pada Sang Pencipta

Aku, yang mendakwa diri sebagai da'ie ilallah
Bilamana keletihan yang sedikit datang mencuit
Bilamana kepayahan yang amat sedikit menghimpit
Mudah saja lupa pada Dia!
Cepat benar 'give up' dalam kerja ini
Terus berhenti mengatur langkah

Di posisi mana kita meletakkan diri sebagai da'ie ilallah?

Menangis dalam hati
Biarlah dikatakan kita ini syadid, atau qawiy
bukan itu yang aku maksudkan pada diri sahabat
Aku maksudkan tingginya sifat kehambaan pada diri mereka

Benarlah, iman itu bukan sekadar lafaz
Usai dilafazkan, pasti ada ujian, 'confirmation test'
Benarkah iman itu dalam dirimu atau sekadar dilafazkan?

Aku yang baru sahaja berazam mahu menjadi seperti sahabat ini,
Terus sahaja Allah berikan medan manifestasi cintaku pada Dia
Aku menolak, benar-benar menolak
Kerana tidak layaknya aku untuk berada di atas medan itu

Di mana sifat kehambaan itu?
Hamba itu patutnya tunduk menerima taklif(tanggung jawab) dari Dia
Hamba itu patutnya redha dengan pemilihan Dia
Hamba itu patutnya terus berlari ke arahNya bila sahaja Dia memberikan medan
Hamba itu patutnya terus sujud dalam menegakkan islam dalam diri dan masyarakat

Di mana sifat kehambaan itu dalam dirimu?
Sedangkan kamu hanyalah hamba kepada Sang Pencipta, Allah

Kata murobbiku,

"Bukanlah dengan mampu menjawab soalan itu bermakna sudah jelas fikrah kita, tapi fikrah yang jelas terzahir pada amal"

menangis lagi..

Mari menjadi hamba
menerima tugas sebagai da'ie ilallah dengan penuh kehambaan
Terus kuatkan langkah sebagai hamba
untuk pulang kepada Dia sebagai hamba

Kerana di atas jalan cinta para pejuang ini,
Allah memberikan kita medan yang luas,
sebagai manifestasi cinta kita pada Dia

Saturday, March 2, 2013

masih panjang

Semalam
Allah bagi satu lagi peluang
berjumpa dengan naqibah kepada naqibah aku
yang aku kira seorang qiyadah UKEIRE yang sangat hebat

Pergi dalam keadaan tak ada perasaan
terlupa untuk menzahirkan rasa syukur
mungkin kerana insiden (ke?) di raudhah sebelum melangkah
Ah! Mudah dibuai emosi!

Seperti biasa,
keluar makan
jadi hanya makan
sambil mendengar bicara orang lain

Entah kenapa
hati langsung tak tertarik untuk involve dalam perbincangan (ke?)
Masih muhasabah kekhilafan diri sebelum melangkah tadi
masih cuba mencari jalan keluar

Tiba-tiba
seorang sister yang qawiy keluarkan soalan
kepada qayidah tersebut tentunya (takkan kepada saya :p )
"What is your favourite thing about jalan ni?"
Soalan tentang jalan dakwah dan tarbiyyah lagi

Soalan yang berjaya menarik aku mendengar
meneliti setiap butir jawapan yang keluar
aku terpana, lantas senyum
Benar, itulah yang memberi keindahan kepada jalan ini

Kalian mahu tahu jawapannya?

Biarkan saya menulis jawapannya, maaf tak dapat menulis the exact words yang diutarakan oleh beliau

" Jalan ini ada banyak phases. Kadang-kadang kita semangat, kadang-kadang rasa down, kadang-kadang rasa letih, kadang-kadang rasa penuh bertenaga mengejar mad'u. Macam belajar medic, kadang-kadang rasa sangat curious dan semangat nak belajar physiology, tapi pernah juga kita rasa malas dan letih nak belajar ilmu perubatan ini. Itulah yang paling disukai tentang jalan ini"

Hehs, mulanya aku pening mendengar jawapannya.

I was like, "ada ke orang suka rasa susah?"

Terus berfikir. Dan berfikir.

Benar, tabiat jalan ini yang penuh dengan ups and down menjadikan ia istimewa. Kalau tidak kerana kesusahan yang diberikan, nescaya tiada kesyukuran yang keluar dari mulut para muharik/ah di atas muka bumi ini apabila beroleh kegembiraan. Kerana kepayahan itu, kita belajar menghargai nikmat kesenangan. Kerana rasa senang itu, kita menanam semangat untuk terus maju kehadapan.

Masuk ke kotak memori lagi.

Betul, fasa-fasa itu yang menambah perisa di atas jalan juang ini.

Wahai para pejuang,
teruslah maju kehadapan,
Tidak kira fasa mana kamu berjalan saat ini,
itulah yang terbaik buatmu, dan aku juga




Special words:
Ingin sekali melayangkan salam rindu dan sayang kerana Allah, buat akhawat yang sibuk menggerakkan isi tempatnya diseluruh muka bumi.

Akhawatku,
walau benua memisahkan kita,
tali ikatan aqidah itu masih kuat,
teruslah bekerja dan membina,
Doakan juga aku disini

:)