Sunday, March 10, 2013

Hamba terus sujud

Satu malam menahan diri dari menulis, takut andai terbawa-bawa dengan emosi, takut andai empangan air mata pecah, takut andai tidak mampu untuk redha

Sekarang, memilih untuk menulis, entah kenapa tersangat rasa ingin menulis..
Kali ini bukanlah untuk berkongsi pengalaman, mungkin sekadar berkongsi perasaan dengan sisters yang berada di seluruh pelosok dunia tika ini, mungkin juga satu hint agar sisters yang bersama mengenal tarbiyyah dan dakwah bersama aku satu ketika dulu tidak lupa untuk menitipkan doa buat aku dan akhawat lain..

Minggu ini, minggu yang sangat meletihkan
Letih Fizikal, Letih Emosi, Letih..
Sampaikan mudah sangat mengalirkan air mata
Sampaikan rasa mahu lari ke tempat lain, entah ke mana..

Bilamana kisah penyeksaan para sahabat dibaca
Sungguh hebat keimanan mereka, ketaqwaan mereka
Aku yang biasanya senyum bila bercerita dalam usrah,
tak mampu senyum kerana gerun dengan keimanan itu

Para sahabat Rasulullah yang hebat itu
Bilamana ujian menjengah, penyeksaan menyapa,
Hati mereka tunduk sebagai hamba
Himmah mereka meninggi tak kenal putus asa
Langkah mereka melaju membuktikan cinta pada Sang Pencipta

Aku, yang mendakwa diri sebagai da'ie ilallah
Bilamana keletihan yang sedikit datang mencuit
Bilamana kepayahan yang amat sedikit menghimpit
Mudah saja lupa pada Dia!
Cepat benar 'give up' dalam kerja ini
Terus berhenti mengatur langkah

Di posisi mana kita meletakkan diri sebagai da'ie ilallah?

Menangis dalam hati
Biarlah dikatakan kita ini syadid, atau qawiy
bukan itu yang aku maksudkan pada diri sahabat
Aku maksudkan tingginya sifat kehambaan pada diri mereka

Benarlah, iman itu bukan sekadar lafaz
Usai dilafazkan, pasti ada ujian, 'confirmation test'
Benarkah iman itu dalam dirimu atau sekadar dilafazkan?

Aku yang baru sahaja berazam mahu menjadi seperti sahabat ini,
Terus sahaja Allah berikan medan manifestasi cintaku pada Dia
Aku menolak, benar-benar menolak
Kerana tidak layaknya aku untuk berada di atas medan itu

Di mana sifat kehambaan itu?
Hamba itu patutnya tunduk menerima taklif(tanggung jawab) dari Dia
Hamba itu patutnya redha dengan pemilihan Dia
Hamba itu patutnya terus berlari ke arahNya bila sahaja Dia memberikan medan
Hamba itu patutnya terus sujud dalam menegakkan islam dalam diri dan masyarakat

Di mana sifat kehambaan itu dalam dirimu?
Sedangkan kamu hanyalah hamba kepada Sang Pencipta, Allah

Kata murobbiku,

"Bukanlah dengan mampu menjawab soalan itu bermakna sudah jelas fikrah kita, tapi fikrah yang jelas terzahir pada amal"

menangis lagi..

Mari menjadi hamba
menerima tugas sebagai da'ie ilallah dengan penuh kehambaan
Terus kuatkan langkah sebagai hamba
untuk pulang kepada Dia sebagai hamba

Kerana di atas jalan cinta para pejuang ini,
Allah memberikan kita medan yang luas,
sebagai manifestasi cinta kita pada Dia

No comments: