Friday, July 1, 2011

inspired...

kesibukan IB betul-betul mampu drag seorang hamba jauh dari pencipta..
kami x terkecuali..
sehinggalah..
terjumpa quotation ini..

‎"Aku tahu rezekiku takkan diambil org lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah memerhatikan aku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sdg bermaksiat. Dan aku tahu kematian itu sdg menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal utk hari pertemuanku dgn Allah."

- Imam Hasan al-Banna-

saya nak jadi macam al-banna..
face the test,
cause it is one of the tarbiyyah from khaliq..
insyaAllah..
semoga diberi kekuatan untuk terus tsabat di jalan ini..
:)

Tuesday, June 28, 2011

medan dah kat depan mata..

siapa cakap kita kuat..
kita kan hamba Dia je..
kita lemah, unless Dia bagi kekuatan kat kita..
sekarang kita rasa lemah walaupun perjuangan baru bermula..
senang je nak claim macam tu..
tapi kenapa kita x cuba claim dengan diri sendiri,
"dah kuat sangat ke ikatan kita dengan Allah?"

just nak reflect diri sendiri.
kalau hati kita betul-betul diisi dengan Allah,
kalau setiap langkah kita betul-betul dipenuhi keazaman untuk menjadi hizbullah
insyaAllah xkan rasa lemah
sebab Dia ada dengan kita kat mane-mane je kita melangkah..
:)
du'at!
bangun!
bergerak sepantas kuda perang!
mara menuju Allah!

Friday, June 10, 2011

Kita semua...

Assalamualaikum semua.. (ok, mungkin bunyi macam bajet-awak-ada ramai-readers.. heee :p )


Lama sudah jari-jari ciptaan Allah ini tidak menari-nari di atas keyboard, lama sudak hati ini tidak mengalunkan bicara-bicara tulisan di dalam blog picisan ini, lama sudah diri ini tidak mampu mencari masa sesuai mengupadate blog ini... ya, lama sudah... lama sudah ini mungkin tidak berbisa.. mungkin.. tinggallah lama sudah itu sebagai rahsia aku dan Dia..


Alhamdulillah Dia masih memberi setiap molekul oksigen untuk diffuse dalam haemoglobin kita.. tanpa kuasaNya, masakan kita masih bernafas di muka bumi ini.. muka bumi yang indah ini juga milikNya.. kita milikNya.. setiap zarah milikNya.. semua benda milikNya.. jika ada benda yang kalian fikir bukan milikNya, PM saya... pastinya tiada yang bukan milikNya kerana Dia Pencipta Yang Maha Agung.. Dia berkuasa menjadikan segala sesuatu.. Dia juga mampu hapuskan setiap sesuatu termasuk molekul-molekul udara yang dihirup dan dihembus saban hari.. tapi, kenapa masih kita bergantung kepada udara-udara itu untuk hidup? Kenapa kita masih bergantung pada harta kekayaan untuk bahagia? Bukankah Dia pemilik semua benda? Bagaimana mungkin cendekiawan era globalisasi bergantung kepada sesuatu yang sementara sedangkan Pemiliknya itu pasti lebih indah untuk dicintai? Tidak perlu bercakap banyak tentang hal ini, setiap di antara kita mampu berfikir perkara-perkara sedemikian, mampu membezakan antara kaca dan berlian dan pastinya mampu memilih cinta Pencipta atau cinta yang dicipta.. tiada kebahaiaan yang boleh dibanggakan di atas dunia milik Allah jika kita tidak mampu meletakkan Allah sebagai pemilik hati-hati kita, jika kita tidak mampu hadirkan cinta sepenuhnya kepada Allah, jika kita tidak mampu bermujahadah dan berusaha menegakkan syahadah di tempat yang sepatutnya di puncak sana.. kerana itulah cinta hakiki dan sejati yang didamba oleh setiap daripada kita yang bergelar HAMBA ALLAH..


Sekadar sekejap jari-jari ini mahu menari, kerana hambatan hati untuk muhasabah diri dan keinginan diri untuk berubah.. kerana kata-kata yang tidak diikuti kefahaman dan amalan pasti sia-sia.. kita hidup kerana Dia, dan pasti Dia tempat kita kembali.. jika kita hanya mampu hidup seperti biasa, tanpa meniatkan segala perbuatan kerana Dia, maka pastinya setiap aktiviti yang kita lakukan seperti sarang labah-labah yang rapuh (refer 29:41), bukankah kita semua HAMBA ALLAH?


SALAM MUJAHADAH SAHABAT SAYANG..


Much love,

Dr + da'ie..... J

Friday, May 6, 2011

quick post

salam 'alaik..
alhamdulilllah rasa tergerak untuk update blog yg dah bersarang kut.. =)
sem 2 exam dah makin dekat..
study x habis2 lagi.
proposal2 event2 akan datang pun bertambun lagi..
oleh itu, makin busy lah lebih kurang..

somehow, tertanya diri yang lemah ini, "awak busy untuk ape sebenarnya?"
ye, untuk ape sebenarnya?
saya HAMBA ALLAH..
so, kalau busy pun, sepatutnya untuk Dia la kan..
tapi..
saya apply x?
atau sekadar teori yang meniti di bibir..
Ya Allah, takutnye...
bukan Allah larang study atau buat benda-benda lain selagi x langgar larangan Dia..
tapi..
sejauh mana kita letak Dia dalam hati in anything we do? (rethorical question)
Allah Pencipta Yang Agung..
walaupun kita selalu tersombong dengan Dia..
Dia x pernah lepaskan ikatan tarbiyah Dia dengan kita..
selalu je tarik-tarik kita..
cume kite ni yang jarang nak memahami bahasa-bahasa tarbiyah Alah yang berseni, halus dan sangat indah..
insyaAllah, lepas ni..
jom lah sama-sama bermujahadah untuk sentiasa letak Allah dalam hati kita..
sebab Dia pemilik sebenar hati-hati HAMBA-NYA yang BERTAKWA...

MUJAHADAH JOM!
JOM BERNAFAS DALAM JIWA SEORANG HAMBA! =)

Sunday, April 10, 2011

jawapan untukmu wahai teman

salam 'alaik readers.. =)
post ni khas untuk kwn-kwn aero yg saya sangat sayang dan rinduuuuu!! =p (tlg terharu ek)
masa cuti midsem lepas, kami pergi celebrate birthday dua sahabat sejak kecil tu..
then, mereka bertanya kepada saya dan seorang kawan saya yang sngt sukeeee jangung tu..

"kenapa pakai handsock? sock?"

kami terpaku. sahabat sayang, bukan saya tak nak jawab.. mungkin lost of word bile ditanye tibe-tibe sambil beratur membeli makanan..
maafkan saya sebab tak terus jawab ye sahabat.. =)

ni jawapan saya la.. nanti korang pergi mintak jawapan dengan cik ayu sukee jagung tu eh.. =)

i wear them.. for me, it's not about handsock, sock or tudung.. but it's about me, about us.. bile masuk KMB, saya macam baru tersedar, KITA SEMUA HAMBA ALLAH... ALLAH TU TUHAN KITA.. ALLAH YANG CIPTA KITA.. TAPI, KENAPA BEFORE NI MACAM TAK KENAL SANGAT ALLAH... ok, kenal la skit-skit, tu pun mase exam, tak pun mase susah, mase senang tak ingat pun Allah.. selama ni selalu sebut Allah Maha Penyanyang.. tapi sejauh mana diri ini faham yang Allah Maha Penyayang?

lepas masuk KMB, akak-akak ajak usrah.. tak pernah terfikir pun nak pergi usrah sebab tak kenal pun ape tu usrah.. but then it was my turning point to realize that I have Allah to be worshipped, because He is our creator.. If I didn't turn to Him, to whom then??

ingat tak, dulu kita semua selalu berlumba-lumba nak habiskan Al-Quran bulan Ramadhan? Tak pun berlumba-lumba nak dapat 100% PAI.. tapi kita semua macam robot? terlalu ikutkan arus sampai lupa nak fikir kenapa saya buat semua tu? dulu, senang je cakap CINTA SAYA UNTUK ALLAH.. tapi, sekadar berkata tanpa faham.. dulu, dengan senang hati tulis jawapan "sebab nak dapat redha Allah" masa exam PAI.. tapi tu semua macam dah diprogramkan dalam otak kita, tak ubah macam robot.. so, bila saya realize THE EXISTANCE OF ALLAH, I made up my mind, by hook or by crook, I must change for Allah, insya-Allah..

seriouly, it's not easy... selalu je nangis dalam bilik sorang-sorang bila terasa macam susah, tak pun bila terima perception negatif dari orang lain.. but, for Allah, I have to be strong.. kadang-kadang tergelincir, Alhamdulillah Allah hantar akak-akak untuk tarik balik.. nak satu verse yang sangat inspired me untuk berubah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya" (84:6)

bila baca ayat ni, rasa Allah always be on our side to help us.. and yang sangat best, Allah dah janjikan untuk berjumpa dengan Dia kalau kita betul-betul berusaha menuju Cinta Dia.. Allah tak tengok achievement kita, tapi Allah tengok usaha kita.. so, no matter what, we must make a move.. it's ok to be slow, but must make a move towards Him.. =)

so, conclusion: I wear all those stuffs because of Allah, and He is our creator. so, He always knows what are the best for us.. that's why, Al-Quran is the best guidance for us..

it's just my experience.. everyone will have turning point.. the difference is, to take it or to leave it.. only that.. we decide for ourselves to be HAMBA ALLAH or to be "ORANG-ORANG BIASA"

btw, sahabat-sahabat syang, kalau tak faham apa yang saya tulis ni, text me k.. call pun xpe.. rinduuuuu!!!! nanti cuti kite jumpe lagi eh, ukhwah fillah abadan abada.. =)


p/s: thanks to cik ayu yang suke jagung, ur gift sangat comelllll (terharu)
p/s: thanks to 2 of my classmates, for ur gift.. i love the tudung much!!
p/s: thanks to pemilik broadband.. bagi pinjam nak update blog, broadband saya rosak, kena tunggu cuti baru boleh repair.. so, no more post till the next college hols! =p