Saturday, November 28, 2015

syurga

obsesi syurga
dah lama hilang obsesi terhadap syurga

hari ini
bila bersembang dnegan adik0adik di seberang laut sana
mereka menyebabkan aku bercerita tentang syurga
walaupun aku ragu pada mulanya

bukan kerana syurga itu
tetapi kerana aku tak yakin untuk menyampaikan tentang syurga
sedang dalam hati aku tidak ada obsesi itu
aku rindu, obsesi syurga

tapi aku bercerita juga akhirnya
sebab aku sayang mereka kerana Allah
aku mahu mereka juga mengenal syurga
dan aku mahu mereka menanam impian untuk berada di syurga


hampir menangis bercerita tentang syurga
Ya Allah, tak pernah sangka dengan cara ini Allah mahu hadirkan kembali obsesi itu
semakin aku bercerita, semakin terasa perasaan obsesi itu

Ya, aku mahu ke syurga-Mu ya Allah


aku bercerita tentang manusia di sekeliling ku
dan obsesi melangit mereka terhadap syurga

ada yang mahu ke syurga
untuk dapatkan sungai yang penuh dengan ayam goreng

ada yang mahukan istana kristal

ada yang mahukan bidadari cantik

ada yang mahukan dunia penuh dengan rama-rama

ya, minta sahaja!
kerana Allah janji untuk makbulkan segalanya di syurga nanti

minta dan minta!

tapi, pertamanya kaki keduanya harus menapak ke dalam syurga
dan Dia pasti makbulkan segalanya!


Akhawat,
ayuh tanam impian,
minta lah apa-apa sahaja untukmu di syurga kelak
moga ia jadi daya penolak di muka bumi ini
untuk terus beramal dan bekerja



hingga bertemu di syurga, mungkin? :)

insyaAllah

Saturday, November 7, 2015

survive

weekend ni Allah berikan kelapangan masa, dan ketika
It has been a while since tak buat kerja-kerja throwback hehs

bila buka folder gambar kmb
tersenyum sendiri
I have no idea how I could survive IB tho haha


hari-hari awal with innocent face

somehow, we actually have no power over everything kan?

Dulu rasa IB tu sangat susah menyeksakan
tapi Allah bagi survived jugak
walaupun diri sendiri memang tak berusaha sangat pun.

ingat lagi buat EE asal siap
math portfolio last minute
study biology last minute (tak habis study pun by IB final exam tu)

hmm, pergi interview pun tak prepare sangat

tapi kalau Allah nak bagi fly tu, fly jugak

hadiah. precious. irreplaceable

hehe, bukan nak deny tak perlu berusaha

cuma,
kadang-kadang aku terlupa
Allah yang berkuasa to let everything happen

kadang-kadang aku terlupa
dan aku bergantung pada usaha sendiri

kadang-kandang aku terlupa
dan aku menyesakkan diri

simple stuff. tapi aku selalu terlupa.


happy bunch

dan dulu
aku tiada idea bagaimana rasanya survived IB


dan kini
aku masih tiada idea
bagaimana rasanya dapat survive kehidupan dunia

and eventually dapat jumpa Dia

I hope He is always here, to help me survive this world.

Friday, October 2, 2015



i rarely spending weekend in my room
i will be everywhere i want to be

but now i have nothing to do
and i have to spend my weekend here in cork
the downside is the feeling of 'aku futur ke?'
cause i do nothing, right now...

i miss all the  hard times tho
even i never appreciate it in the past
because I can be honest with God
and I can tell Him I did something for His deen

Added to the worriness
now staying in single room
less muayashah, less qadhaya
and more 'me-time'

so more kiasu, haihh...






padahal semua benda depend on diri sendiri kan
gotta find something to do very soon
not going to rotten in duvet
and get older doing nothing aite.

Sunday, September 27, 2015

roller coster

Alhamdulillah thumma alhamduillah atas nikmat bernafas sebagai seorang muslim, yang masih menyedari kewujudan Allah sebagai satu-satunya tuhan, yang masih menggenggam erat tugas hamba dan khalifah, yang masih bermujahadah melawan nafsu dan tarikan dunia dan aku paling mensyukuri nikmat tarbiyah yang membawa aku menyelusuri kisah Sang Nabi, dan kini aku juga sedang membawa dan cuba mengembangkan risalah yang sama seperti kekasih Allah itu. 

Astaghfirulla hal azim atas kelemahan sendiri yang menyebabkan aku tersasar sendirian dari landasan yang betul, dari manhaj islam yang satu, dari kefahaman manhaj dakwah dan tarbiyah. Semoga Allah mengampuni aku dan dengan sepenuh pengharapan aku berharap setiap kekhilafan aku tidak melambatkan lagi gerabak dakwah ini. 

2 hari lepas aku mengira-ngira sendiri tahun tarbiyah aku. Aku bermula di KMB, tahun 1, walaupun itu tahun main-main bagi aku. Bila fikir semula sebenarnya itu tahun yang paling bermakna sebab pada tahun itu aku mula belajar berinteraksi dengan Allah, dalam solat, dalam doa dan dalam tilawah dan tadabbur aku. Kalau dicongak secara kasar, sudah 5 tahun aku ditarbiyah, tidaklah terlalu lama, tapi tempoh masa yang cukup untuk mematangkan seseorang. 

Sejak awal, aku rasa kisah aku seperti roller coster. Bukanlah kerana ujian yang sangat berat, tapi aku maksudkan perjalanan emosi yang membesarkan aku itu seperti gerakan roller coster, naik dan turun dan naik dan turun dan turun, dan.. Ah! Seperti roller coster! Akhawat yang membesar bersama aku pasti tahu turning point hidup aku, yang menyebabkan aku commit, iaitu saat aku confess pada Tuhan bahawa hidup aku ini untuk dakwah dan tarbiyah. 

Dulu aku ingatkan cukuplah satu turning point sebab di saat itu aku sudah menyerahkan segalnya untuk Dia. Tapi aku silap sebab Allah takkan pernah berhenti menguji setiap hamba yang mengaku beriman padaNya, seperti janjiNya di dalam surah al-ankabut ayat 2 dan 3. 

Itu kisah dulu, dan perjalanan mencabar ini tidak pernah berhenti membentuk aku. 

Sepanjang daurah hujung minggu ini, cukup memberi aku peluang bermuhasabah lagi. Aku melihat ramainya ikhwah dan akhawat dalam dewan itu. Aku bermonolog sendiri, "smooth nya perjalanan tarbiyah semua orang". Aku sendiri confuse monolog itu berbaur jealousy atau sekadar statement biasa sebenarnya. Dan aku tidak dapat lari dari memikirkan "kenapa perjalanan aku macam roller coster, penuh dengan konflik dan emosi?"

Bukan aku yang memilih perjalanan sebegini. Di setiap persimpangan aku cuba memilih yang terbaik untuk dakwah ini, untuk tarbiyah aku juga. Dan disebabkan semua decisions itulah aku berada di atas roller coster ini. Aku cuba untuk tidak mengimbau ke belakang, terutamanya tahun-tahun aku di bumi Ireland. Sejujurnya aku sendiri lemas, terutamanya bila aku tahu aku perlu menanggung kesemua kesan decisions aku, kesan konflik luaran yang aku cipta (secara tidak sengaja dan tidak berniat). 

Hingga satu saat pada hari ini aku tertanya sendiri,
 "kenapa aku perlu faham manhaj ini? Kalau aku tak faham mesti aku tak perjuangkan. Kalau aku tak perjuangkan mesti aku tak perlu berada di atas roller coster ini. Aku yakin hidup aku akan lebih dilapisi bunga-bunga ukhwah, seperti mereka. Aku tak perlu rasa seperti aku ini kambing hitam di dalam dewan ini. Aku tidak perlu terperosok ke belakang, mesti aku masih boleh bersama mereka planning tarbiyah kami semua. Kenapa mesti aku faham? Kenapa mesti aku ada prinsip hidup 'siapa faham lebih kena buat lebih'? Kenapa mesti aku berada di mana aku berada sekarang?"

Dan untuk setiap persoalan itu, aku tiada jawapan, dan aku tahu aku tiada sesiapa untuk menagih satu jawapan. Jadi aku hanya menyimpan sendiri persoalan itu, dan hamba yang kerdil dan sombong ini langsung lupa meminta jawapan dari Sang Tuhan.

Langsung saja tadi Allah menjawab persoalan di benak fikiran aku, melalui penyampaian daurah itu. Hanya satu perkataan

GHAYAH

Ya, hanya kerana Allah ghayah hidup aku. 

Astaghfirullah wa astaghfirullah.. Aku sudah lama tak diingatkan hal yang satu ini. Aku patutnya bergembira dengan setiap kefahaman yang diberi Allah, kefahaman memahami manhaj islam dan dakwah ini. Kefahaman itu adalah nikmat, bukan ujian. Aku patutnya berbahagia atas ujian-ujian selepas setiap confession keimanan aku, kerana itu tanda aku masih punya Tuhan yang concern pasal aku. Aku patutnya bersyukur dengan nikmat kefahaman ini, kerana kefahaman ini akan menyebabkan aku all out dalam beramal, all out membuktikan pada Dia bahawa hanya Dia ghayah aku.

Tapi, sifat lupa ini menyebabkan aku terlupa ghayah aku, Allah.

Aku terasa ingin menangis di situ saja, di atas syuur yang Allah hadiahkan pada hari ini. Seperti perasaan pertama kali aku memahat Allah sebagai ghayah aku, satu-satunya dulu. Dan hari ini aku merasakan perasaan yang sama. Masha Allah sukar untuk dicerita hal hati dengan kata-kata, tapi aku mahu tulis supaya aku tidak lupa lagi, ghayah aku hanya Dia semata.

Ya Allah, berikan aku waktu lagi untuk beramal dengan sebaik-baik amal. Semoga aku dapat persembahkan ahsanu 'amala di saat pertemuan kita kelak.

Dan kerana ghayah itu, aku akan terus menaiki roller coster ini.






Thursday, September 10, 2015

tak pernah diuji dengan perasaan homesick berlebih

first time. here. this year. this week.

jalan pergi kelas boleh nangis.
tengah dengar tutorial boleh sebak.
even bila ada patient depan mata air mata bertakung.

aku rasa sebab mereka comfort zone aku.

especially bila start sakit.

ayah sanggup cuti bebila untuk hantar hospital
umi yang bangun every morning check if I can stand on my own
adik2 yang banyak tolerate dengan org sakit ni
even kucing2 pun part of the comfort

haa rindu. nangis seminggu belum tentu hilang.


dulu,
tarbiyah pernah menarik aku keluar dari comfort zone ini
hanya dengan satu ayat

tapi syuur yg datang bersama ayat tu dah hilang
sedar- sedar dah masuk balik dalam comfort zone.

may Allah guide us all the way through

indeed, this is a long journey

Friday, August 7, 2015

that weird moment

bila bangun pukul 4 pagi

dengar lagu prahara menjadi anugrah


bagitahu diri sendiri,
"kobarkan semangat di dalam jiwa!"

sambil terbayang saat pertama nyanyi lagu ni
dengan orang yang selayaknya baca lirik lagu ni

aku apa ada
prahara tak seberapa orang kata

moga Allah kuatkan langkah aku
impian itu terlalu besar
tapi tak mustahil kan?



Sunday, May 31, 2015

musim panas

musim panas baru bermula,
dan sudah hampir 2 minggu aku menjejakkan kaki
di atas bumi Malaysia

rasanya Malaysia makin panas..
cukuplah membuatkan aku tak senang duduk haha
panas literally, dan sesuatu yang membuatkannya makin panas

aku cemburu melihat mereka yang bekerja di bumi Malaysia
despite kepanasan dan ketidak selesaan
tak pernah berhenti menjala dan mentakwin

aku rasa hidup di bumi sejuk tu
sedikit sebanyak membekukan juga amal aku
manja, malas berusaha, tidak muntij, banyak beralasan

dan aku selalu bagi sebab
'Brain Freeze'
LOLS

semoga Bumi Malaysia mengajarkan aku benda baru
lagi, dan lagi.. hehe

at least aku nak belajar defrost brain sendiri
sebab yakin sangat akan jadi brain freeze kat sana nanti
new skills, new mujahadah kot

Monday, April 27, 2015

hmm
sekarang rasa insecure plak nak menulis
sebab ada orang baca, walaupun sikit
haila..

sapa lah yang cakap saya depress
tak langsung, serius
roomate saya boleh buktikan
sebab gelak 24/7, entah-entah masa tido pun boleh gelak

"Depression is a mood disorder that causes a persistent feeling of sadness and loss of interest. Also called major depression, major depressive disorder or clinical depression, it affects how you feel, think and behave and can lead to a variety of emotional and physical problems. You may have trouble doing normal day-to-day activities, and depression may make you feel as if life isn't worth living."

saje paste kan article mayo clinic
so you know I'm not depressed


less than a month
untuk naik flight balik Malaysia
insyaAllah

hmm, appx seminggu lagi nak exam
semoga lulus semuanya
serius in need of more times kat Malaysia
taknak balik ireland awal for autumn exam
ie taknak repeat langsung, please...

rasanya hati memang tak betul sekarang
asyik berhujah ikut emosi je
aiyok, u're not gonna decide something sebab kesian
atau sebab tak sampai hati kat orang je okay

hujah dalam dirimu itu,
perlu didasar pada Quran
pada sunnah juga
bukan emosi kamu semata

haa, nampak tak in need of taujihat sekarang ni
semoga tak terbuat keputusan besar lagi
dalam keadaan tak mampu berhujah atas kebenaran
at this moment.

Malaysia, moga ketemu!

bukan sekadar rindu yang membawa aku pulang
tapi kebenaran yang lebih menarik aku

Thursday, April 23, 2015

23 years 2 days



current age

people said
age is just numbers
I said
age is wise level

hehs.

Kalau boleh mintak hadiah ngan Allah, nak hadiah birthday apa?
kefahaman islam, islamuna, dakwatuna..
memang boleh mintak pun kan..
dan akan selalu meminta yang satu ini..

aku dah besar
walaupun selalu in denial haha
tapi dah kena start terima hakikat kot
dan maksudnya dah start kena fikir ahead

satu soalan penting yang aku kena jawab sendiri

In which part of ummah you want contribute to?

jawapan still pending sebenarnya
taktahu nak pilih part mana
sebab nak sembahkan ahsanu amala bila jumpa Allah
jadi kena pilih amal yg terbaik kita mampu buat lah kan?

ahsanu amala
amal muntij
amal ikhlas
mastato'tum

insyaAllah
moga Allah makbulkan permintaan hadiah birthday tu
*senyum*





p/s: tak mampu lagi nak naik tangga haha..

Friday, April 17, 2015

ada sejenis golongan manusia
yang hanya menulis bila down
sebenarnya bila dah rasa helpless
dan rasa taknak buat pape

maksudnya dia tak suka pun menulis
tapi jenis yang tak suka nak bercakap
reti menulis je untuk luahkan
so pahit semua dalam blog

aku rasa yang happy jarang ada
dalam blog lah..

haa dah banyak tu signs aku letak
untuk sejenis penyakit yang tak ada nama

but i diagnose myself with that kind of illness

Wednesday, April 15, 2015

dulu
zaman ada bestfriend
selalu mengadu sebab sensitif sangat
ceh takpayah mengadu pun aku yakin dia faham
sebab asyik nak terasa hati je..
nangis tu takpayah cakap lah
merajuk adelah dalam seminggu

perangai sendiri sebabkan aku lebih berhati-hati
dalam memilih kata, memilih orang utk bercakap dengan
supaya orang lain tak terasa hati dengan aku kot
sebab terasa hati tu sakit --"

bila dah makin besar
makin kenal dunia luar
mula faham dan bekerja dengan manusia
sampai satu tahap penat nak terasa hati
bekukan hati baru kuat sikit kan..
i thought it was a good thing..

sampailah..

aku rasa perangai makin berubah pulak --"
negatively unfortunately

honestly dah jadi tak kisah
dengan apa yg org rasa..
main cakap lepas je
bad bad thing!

dan
aku pun dah tak dapat nak cari balik
jalan ke hati sendiri haha

bila orang tanya
"tak ada masalah ke dalam hidup?"
mungkin  sebab selalu gelak..
aku takde jawapan

aku ada banyak sangat masalah
tapi taktahu kenapa boleh tipu diri sendiri
tak reti pun nak honest dengan hati
aku rasa hati tu dah jadi cirrhosis

hilang rasa...

aku cuma yakin satu perkara
Dia sentiasa faham diri aku
walaupun aku selalu fail nak faham diri sendiri
Dia itu Allah





-penat jugak hidup seharian dengan sarcasme dan sinisme sebenarnya.. which make me realize ade lagi portion hati yang tak kena cirrhosis...

Friday, March 13, 2015

ada yang bertanya,
"sampai bila mahu begini?"

aku hanya mampu tersenyum
tiada jawapan
aku tak tahu


yang aku cari
hanya satu kebenaran

kadang tergelak sendiri
3 tahun ini penuh drama
ya libatkan hati yang lain juga
tapi aku terpaksa memilih yang begini

bukan best pun jadi macam ni

bila di luar tersenyum
dan bibir sentiasa ketawa
tak bermaksud
hati ini setenang yang dilihat

hehs.


"sampai aku benar yang jalan pilihan aku adalah kebenaran"


sampai saat itu
aku akan kembali kepada aku yang dulu


yang kepenatan
aku.