Jalan cinta ini,
Jalan Dakwah dan Tarbiyyah,
jalan menuju mardhatilah,
jalan cinta para pejuang,
saai lepas dan saat ini.
itulah, jalan cinta para pejuang
Di atas jalan ini, bukan hanya seorang watak yang berlari di atasnya. Jalan ini menemukan ramai manusia, yang pastinya berbeza latar belakang, tetapi punyai impian yang sama. Benar, persamaan aqidah yang mengikat ukhwah antara para pejuang di atas jalan cinta ini.
Pada awalnya, aku bagaikan tidak percaya dengan kekuatan ikatan ini. Mana mungkin manusia yang mempunyai minat, sifat, latar belakang, pekerjaan, dan perwatakan berbeza mahu bersatu mendokong satu matlamat! Yelah, mana mungkin! Dari kecil, pasti kita akan berkawan dengan mereka yang 'satu kepala' dengan kita. Alasannya, kalau tak 'satu kepala' susah nak masuk. Aku juga begitu.
Namun, jalan cinta ini mengajar aku untuk 'masuk' dengan semua orang. Dengan menukar 'kepala'. :p Maksud aku, fikrah islam yang dibentuk dalam diri setiap individu muslim menyatukan semua pejuang fi sabilillah di atas satu saff. Tidak boleh tidak, perwatakan setiap orang masih berbeza. Logam (kelebihan) yang ada masih kekal. Cuma, islam mendidik logam-logam ini untuk digunakan di atas jalan cinta ini.
Para pejuang ini punyai 'satu kepala' iaitu fikrah islamiyyah, Tapi mereka tidak sama (Yelah, mereka ini bukannya robot mahu dibina sama tanpa sedikit perbezaan, kan? ) Logam yang ada mencipta variasi di atas jalan ini. Variasi ini memberi warna pada jalan cinta ini.
Pernah, dalam satu tempoh yang panjang, aku mengalami dilema yang sangat teruk. simptomnya adalah 'inferiority' dalam kelangan muharikah(penggerak) di atas jalan ini. Aku hanya insan biasa yang tiada kelebihan langsung, itulah aku dari pandangan sendiri. Aku tidak hebat berpidato untuk digunakan dalam daurah, aku bukannya peramah untuk keluar DF (Dakwah Fardiyyah) rakan-rakanku, aku juga bukan lah 'think tanker' yang bisa saja berfikir menyelesaikan masalah dalam amal jama'ie. Pendek kata, aku tidak punya apa-apa.
Dalam tempoh yang sangat lama, aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Aku cuba menjadi orang lain. Aku cuba itu dan ini. Dan dalam tempoh yang lama itu, aku mula menyalahkan diri kerana ketiadaan logam untuk digunakan di atas jalan ini. Mereka lihat aku yakin berkata-kata, memberi pendapat, membina manusia, tapi deep inside my heart, aku dibayangi kekurangan diri sendiri.
Sampai satu saat, aku terpana. Malu sendiri mendengar kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. ENtah berapa ratus tahun yang lampau, pasukan itu berjaya menawan semula Kota Konstantinople. Bukan kerana kehebatan al-fateh itu keseorangan, tapi kerana kekuatan tentera-tenteranya juga. Sama jugan dengan kes aku sekarang, kalau semua mahu menjadi Al-fateh, siapa yang mahu menjadi tentera-tentera yang hebat itu? Fikirlah untuk menjadi sehebat Al-fateh tapi tak perlu berasa lemah andai tidak mampu kerana ia tidak bermakna anda kalah.
Kalau semua menjadi pemimpin, siapa yang mahu menjadi pengikutnya? Kalau semua mahu bawa kereta, siapa yang mahu menjadi penumpangnya? Jika semua mahu memasak, siapa yang mahu makan?
Kesimpulannya, untuk berada di atas jalan cinta ini, tidak perlukan kekuatan (logam) yang obvious. Yang paling penting adalah pakaian taqwa yang akan menentukan kerberadaan pejuang di atas jalan cinta ini. Dan yakinlah, logam itu ada dalam diri anda, mungkin kita yang tidak diberi kelebihan untuk melihat logam sendiri, ya, mungkin :)
Kerana kamulah logam wahai pejuang, yang akan mewarnakan jalan cinta ini.
Kalau kamu warnakan jalan ini dengan warna biru, biarkan aku warnakan ia dengan warna hijau dan biarkan sahabat perjuangan kita yang lain mewarnakan ia dengan warna-warna yang lain.
Sungguh, jalan cinta ini benar-benar memukau dengan keindahan warna-warni setiap pejuang yang tekad di atasnya.
itulah jalan cinta para pejuang... :)