Sunday, May 27, 2012

selamat tinggal sayang....

"wah anda nangis? first time kowt!"

"anda senyap lah.. sedih tahu... sob-sob-sob"

siapa tahu 2 tahun sudah berlalu dan kita berjaya mengharunginya.. satu masa dahulu, ada yang terfikir tidak mampu untuk buat CAS 180 hours, EE berjela-jela, IA yang tak pernah surut, segala jenis oral yg tidak pernah berhenti kunjung tiba.. Dan pada masa yang sama, mahu commit usrah, daurah dan semua wasilah tarbiyyah.. Dan kene buat dakwah jugak!

Dengan izin Allah, kita telah melepasi fasa itu...

"Kamu takkan mampu laksanakan dakwah dengan keadaan hidup yang sangat sibuk ni.. Tapi, dengan adanya Allah bersama kamu, kamu PASTI akan berjaya melalui kesibukan dakwah dan kesibukan study"
(murobbi saya)

dan tibalah saat-saat perpisahan...

walau sebanyak mana pun konflik yang muncul, walau tak banyak masa yang sempat dihabiskan bersama, walau tak cukup taaruf pun lagi, perpisahan ini pasti membuat anda dan anda menangis kan? *sayamachotaknangis* =p

hanya kerana aqidah yang sama dan kukuh mengikat hati kita semua....

akhawat yg disayangi fillah,
walaupun kita jauh, jika hati saya mengingati Allah dan hati awak mengingati Allah, pada masa itu, kita adalah satu kerana kita bertuhankan Allah yang Satu dan kita menyembah Allah yang satu, tiada yang lain dari itu.. :D *megonnamissyou*

teringat pesanan sang murobbi:

"sekarang semua dah balik ke tempat masing-masing.. sepatutnya dah boleh conquer
 satu malaysia nih.."
(murobbi: FATEH: 27 May 2012)

akhawat fillah, jom teruskan perjuangan.. :D
Kita adalah Satu, walau jauh di mata tapi kita dekat di hati ye..
ana uhibbuki fillah :)


we strive for mardhatillah, we strive for jannah :')
if not in this dunya, let Allah let us meet again in his jannah









Thursday, May 17, 2012

happy.suka.gembira.seronok.. ke?

Alhamdulillah walhamdulillah walhamdulillah..
IB exam had came to its end..
many-many people out there sangat happy.seronok.bagai.. (ye lah, habis IB exam kowt!)


tiba-tiba terfikir,
selepas habis perang Rasulullah dan para sahabat happy ke tak eh?

Oh tak tahu lah.. :'(

As for me, seorang muslim tu tak pernah rasa terlalu gembira kerana perasaan gembira itu disimpan untuk dikeluarkan bila berada di jannah firdausi kelak.. dan seorang muslim itu tidak pernah bersedih kerana setiap saat hidupnya telah disusun oleh Allah..

"Maka apabila engkau telah selesai sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk 
urusan yang lain"(94:7)

Ya Allah, petang ini aku akan terus mengembara di atas bumimu..
Aku mencari jawapan untuk persoalanku..
Aku mencari cintaMu yang telah hilang dari hatiku..
Aku mencariMu Allah..
temukan aku dengan cintaMu..

*petang ni jaulah kelas, dengan nama Allah kami melangkah* :')

Sunday, May 13, 2012

tenanglah di sana

"balik minggu ni awak buat essay.. saya nak awak masuk pertandingan.. ni syarat-syarat penyertaan" (Cg. Normi, 2009)

Tak akan aku lupa jasa seorang guru yang mengajar aku.. Dia lah yang memberi semangat untuk aku terus bangkit.. Dia juga yang mengasah bakat aku (walaupun sebenarnya bakat penulisan aku tak seberapa) Dia juga yang Allah hantar untuk mengajar aku bercakap di hadapan public sehingga aku berani melangkah ke pertandingan forum remaja.. Hari ini, aku berbicara di dalam usrah dan pengisian-pengisian rohani lain, kerana jasamu aku mampu berbicara di hadapan khalayak ramai.. Dialah insan mulia yang Allah hantarkan ke dalam hidupku satu masa dahulu untuk mengajarkan aku erti kehidupan, erti survival, erti segala-galanya..

itulah dia guruku, Puan Normi Hassan yang baru sahaja meninggalkan kami sebentar tadi..

terasa berat ujian ini bagi kami bekas pelajar-pelajarnya.. Guruku yang sangat kuat ini sering mengingatkan kami tentang Allah, mengingatkan kami tentang hidup sebagai bekalan ke akhirat.. aku sering tersenyum melihat wall facebooknya (saya selalu stalk facebook arwah kerana sangat rindu pada dia), sungguh tabah dia menghadapi ujian dan penderitaan hidup.. kesakitan tidak menjadi penghalang untuk dia terus menyinari hidup orang-orang disekelilingnya.. 

Ya Allah, jadikan aku sekuat dirinya untuk aku terus melangkah menerima ujian kehilangan ini..

sebelum IB exam tempoh hari, aku berjanji untuk berjumpa dengannya selepas IB exam.. takdir ilahi, Allah tidak memberi peluang untuk aku berjumpa dengan dirinya.. Ketentuan Allah yang terbaik kerana Dia lebih tahu segal-galanya.. 

"Cikgu, kita tak sempat berjumpa di dunia, nantikan saya di jannah ya.."

saya masih ingat cikgu tersenyum melihatkan saya terketar-ketar sampai menangis bila bercakap di hadapan kelas, saya masih ingat cikgu memanggil saya sewaktu saya menyorok di bawah meja sebab taknak membaca sajak di dalam kelas, saya masih ingat memori-memori itu.. untuk itu, hanya terima kasih mampu kuluahkan padamu.. semoga setiap usahamu membawa kami mengenali dunia dibalas oleh Allah dengan syurga firdaus.. Alhamdulillah, cikgu, sekarang saya dah tak terketar-ketar sewaktu berbicara di dalam usrah, sewaktu berbicara di dalam pengisian-pengisian.. Diri saya sekarang hasil tunjuk ajarmu cikgu..

Ya Allah, terima kasih meminjamkan insan setabah ini untuk mengajarkan kami erti kehidupan.. Kami redha menerima pemergiannya kerana kami tahu dia berbahagia di sampingmu..

"Kami sayang cikgu normi kerana Allah"
:')

"ayuh rakan-rakan! cikgu kita dah pergi berjumpa Yang Esa.. esok lusa mungkin masa kita pulak.. ayuh usaha! Kita juga mahu meninggal dengan cinta kepada Allah penuh di dalam hati, kan?"