oh, tibe-tibe menggatal nak menulis
banyak sangat benda nak share
nak share Saya nak Jadi Supemurobbi!, nak share Saya nak Jadi 'Abidurrahman!, nak share Kisah Kami Yang Best!, banyak lah senang cerita.. cuma tangan ni je kurang rajin nak menaip-naip.. kang tibe-tibe stuck plak kat tengah-tengah bile tulis sana sini.. yang penting, fokus! (seems like takde kaitan disitu, hee)
anda kenal tak para sahabat? kalau betul anda kenal, cepat list kan 10 nama sahabat dalam masa 15 seconds..
1. Abu Bakar
2. Ali Bin Abi Talib
3. Umar al-khattab
4. Mus'ab Umai
5. Zubair al-awwam
6. Abu Ubaidah Al-jarrah
7. Saad Bin Abi Waqash
8. Talhah Bin Ubaidillah
9. Said Bin Zaid
10. Abu Dzar
mampu tak list kan nama sahabat dalam 15 saat? ke terkial-kial tanye kawan pa nama-nama sahabat? see, nama sahabat yang simple-simple pun kita susah nak ingat, apatah lagi kisah perjuangan mereka, apatah lagi kita nak berjuang macam mereka, kan? *erk, DUSH!*
did you know, para sahabat ni sangat hebat? If u didn't, now you know.. mereka semua ni sangat hebat! sebut je segala jenis ujian, semua pass with flying colours, sebut je nama perang, mereka ni lah orang yang sama-sama dengan Rasulullah S.A.W perjuangkan Islam di muka bumi.. tidak berhenti kat situ je kehebatan dieorang, sebab mereka-mereka inilah yang berteleku bertahajjud di atas sejadah cinta, bertawajjuh kepada Yang Esa pada setiap satu pertiga malam.. hebat kan mereka! mereka inilah pemuda islam, mereka inilah yang sanggup berkorban pape je demi menegakkan syahadah Allah di muka bumi, mereka ini lah yang sangat berkilau-kilau di pandangan Allah *wah! nak jugak!*
did you know, kenapa para sahabat ni sangat berani dan sanggup berjuang pertahankan islam walaupun tiada gaji mahupun hadiah lumayan disediakan? if u didn't, let me tell you...
OBSESSION
yes, obsession is the answer.. any objection, people?
kerana obses mendapat cinta Allah, kerana obses sayangkan kekasih Allah, kerana obses untuk melihat kebangkitan islam, para sahabat sanggup berkorban apa-apa sahaja demi Allah, termasuk sanggup syahid fi sabilillah..
KITA? KITA juga pemuda islam seperti mereka, KITA juga memakai tag nama islam seperti mereka, KITA juga sepatutnya seperti mereka, kan?
Tapi sekarang ni, adakah KITA seperti MEREKA?
kalau tak nak berkorban, tak payah susah-susah claim diri as ansarullah macam mereka
kalau malas bekerja on the path of DnT, jangan pernah mengharap automatik dapat jadi macam mereka
kalau berat nak tinggalkan jahiliyyah, betul ke kita OBSES cari redha Allah?
kepada diri,
redha lah ke mana sahaja Allah campakkan kamu,
Allah knows best kan :)
hidup ni bukan nak satisfy manusia-manusia lain
tapi, hiduplah untuk satisfy kan Allah semata
Allah tahu tempat terbaik,
for the sake of me and DnT
Ya Allah,
campakkanlah aku ke mana sahaja yang terbaik dalam pertimbanganMu
kalau itu yang terbaik,
aku rela tinggalkan impian waktu kecilku,
kerana aku sudah berjumpa dengan impian terbesarku,
iaitu redha Mu Ya Allah :)
Aku OBSES mengejar mardhatillah!
ya, aku ekstrem, ekstrem mencari cinta Dia..
d'ya have any problem?