Friday, January 21, 2011

mujahidah itu..

salam 'alaik..
dah lame x update blog, mungkin kerana hati ini kdg2 terdissolve in IB
sehingga lupa hati yang dahagakan iman..
dan roh yang merintih makanan dari Ilahi
sedangkan jasad ini sering menjadi seperti robot yang terlupa dengan tujuan hidup..
*istighfar*
alhamdulillah.. Allah campakkan balik getaran iman yang sedikit ini
Allah hentakkan hati yang kosong ini dengan pelbagai ujian..
dan alhamdulillah.. minggu ni, week of learning..

kalau sebelum ni, tahu tujuan hidup..
tetapi jarang sekali meng'appply' dalam hidup..
walau hajat di hati ingin berubah 180 degree..
tetapi, tak boleh salahkan takdir..
because He always know what's the best for us..
apa yang penting?
bukan kerjasama..
tetapi istiqamah mencari mardhaatillah
insya-Allah diri ini juga sedang mencuba..
dan alhamdulillah, tak keseorangan di jalan dan di bawah naungan cinta-Nya
alhamdulillah, Allah menjadikan kawan-kawan sekeliling sebagai golongan yang saling ingat-mengingati..

betapa banyak word Alhamdulillah in this post..
betapa Allah tu Maha Pemurah..
campakkan segala nikmat kepada kita..
dan juga ujian-ujian untuk kuatkan hati-hati kita..
Alhamdulillah Ya Allah..

seriously, jalan mujahidah itu pahit..
tangis menjadi teman..
godaan dunia sering menghambat diri
tapi yakinlah bahawa..
mujahidah ini sangat manis pada penghujungnya..
insya-Allah

minggu ni terasa minggu pembelajaran yang agak tough
bukan academically
but I mean what i've learned from Allah

Allah tak ajar kita secara direct..
tetapi kita yang mesti memahami bahasa-bahasa Alah dalam mendidik hati kita
Dia kan pencipta kita, so Dia lah yang terbaik untuk mendidik hati-hati kita..
ujian adalah salah satu medium nya..
ingatlah, jika kita memandang semua yang berlaku kepada kita, datangnya dari Allah..
insya-Allah kita akan dapat menerima dengan senyuman dan tangis gembira..

minggu ni, Allah timbulkan dalam hati-hati saya dan classmates saya untuk buat sedikit pengisian rohani..
dan alhamdulillah Allah yang mencampakkan semua idea utk saya share dengan kawan-kawan
mungkin sounds biase-iase je..
tapi saya betul-betul rasa Allah sedang ajar saya berdakwah dengan Hati
sangat happy bila ingat balik cara Allah nak didik hamba-Nya

then, pergi daurah
tajuk: syahadatul haq
terasa berat beban di bahu
tapi alhamdulillah.. Allah pilih saya dan kawan0kawan untuk tahu pasal semua ni
Allah bagi tanggunjawab yang sangat besar di kepada saya..
dan insya-Allah, program sehari yang menitiskan air mata kami
mampu mengajar kami
dan menarik hati kami untuk lebih dekat dengan Allah
=)

and hari ni kene conduct usrah umum
sememangya saya rasa tak mampu..
tapi alhamdulillah Allah hantar kawan saya untuk pujuk hati yang confuse ni
masih ingat kata-kata sahabat saya ni
"Hidayah mesti mampu buat.. kalau x, xde lah Allah bagi tugas ni kat Dayah.. lagipun, mungkin Allah nak ajar berdakwah in broader scope.. take this as a chance because Allah put trust in u"
(lebih kurang macam ni kata-katanya)
dan saya akhirnya terima tugas tu..
sedangkan Rasulullah pun tak terus berjaya menarik hati-hati manusia ke arah Allah,
apatah lagi saya yang lemah ni kan
ya, memang sedih dan menangis bagai nak rak
sebab terasa lemah sangat, dan sangat kesian melihat audience yang x dapat faham apa yang ingin cuba disampaikan..
takpe, ini hanyalah permulaan..
jalan dakwah tidak hanya berhenti di sini
insya-Allah akan ku ayun langkah menuju cinta-Nya dengan lebih kuat..

dan, saya nak lahirkan rasa syukur kepada-Nya
Alahamdulillah
kerana meletakkan hati saya di jalan dakwah
yang dahulu tak pernah saya termimpi untuk berada di jalan ini
alhamdulillah Ya Allah..
=D

Thursday, January 6, 2011

comes hell or high water



alhamdulillah, dah semakin rajin blogging (lepas deactivate fb)
review test week had gone..
alhamdulillah again, i perfectly endure it without tears
alhamdulillah, sebab Allah still sayangkan kita dengan menghantar pelbagai ujian (result gitu-gitu je)

"Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu dia dalam kesibukan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai golongan jin dan manusia" (55:29-31)

kan dah cakap.. Allah sayang kita, sebab tu banyak sangat nikmat yang Allah bagikan.. so, kalau dapat ujian tu, bukan sebab Allah tak nak makbulkan doa kita saj
e-saje je.. tapi mesti ada sebab kan..

"... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

betul kan.. Dia dah bagitahu semua ni dalam Quran.. semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.. so, terima lah semuanya dengan hati yang terbuka, insya-Allah..




so, come hell or high water, Put our faith to Allah because He is our creator.. and PROUD TO BE MUSLIM.. =)


IB hanyalah persinggahan sementara dalam hidup dan boleh menjadi satu alat yang sangat penting dan bermakna dalam bejihad di jalan Allah.. so, let's strive for the best! =)

Monday, January 3, 2011

hati ini..

salam 'alaik
=)
alhamdulillah dah sampai KMB..

tiba-tiba teringat doa rabitah
paling suka part..
"Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya."

hati-hati kita selalu berubah kan..
ada je yang tak puas hati
kadang-kadang bila terima musibah sikit je..
tapi mesti dalam hati tu duk mengeluh je.. (experience penulis-always)

ada sekali tu. terkena musibah..
sikit je pun Allah uji
tapi hati ni dah startmarah, mengeluh..
tiba-tiba..
dapat message
"jika kita lihat sesuatu dari Allah, mesti semua yang berlaku dalam hidup kelihatan indah semuanya"

alhamdulillah, masih ada rakan yang sudi mengimgatkan diri ini..
=)

hati kita mudah berubah
apa yang perlu untuk meneguhkan hati di jalan Allah
ialah..
mujahadah yang berterusan
"1 istiqamah lebih baik dari 1000 qaramah"

oh, teringat plak 1 ayat cinta dari Allah.
"... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (2:216)

so, jom sama-sama bermujahadah, jaga hati dan terima semua yang terjadi dengan hati yang tebuka..
=)

p/s: sedang prepare hati untuk tawakkal dengan result yang akan keluar tak lama lagi =)