Sunday, January 13, 2013

Light of Guidance

Assalamualaikum :)

Allahu, lama menghilang mencari hati yang dibawa pergi entah ke mana, mencari diri yang larut dalam realiti dunia, mencari makna dan erti untuk mengisi teko hati.. Hilang dalam pencarian, semoga redha Allah bersama denganku, tiada yang lebih bererti untuk diharapkan

Pertembungan dengan tarbiyyah satu masa dahulu telah merubah hati ini 180 darjah nautika, ke arah satu jalan yang tidak pernah ada dalam kamus hidupku. Aku merasakan satu kebetulan untuk aku berdiri di atas jalan tarbiyyah setelah merelakan diri untuk dibina memjadi seorang muslim. Tapi, siapa aku untuk megertikannya sebagai kebetulan sedangkan segala-galanya telah disusun olehNya pada satu tempoh masa yang aku juga tidak ada pengetahuan tentang nya.

Realiti dunia memilih aku untuk menyambung perjuangan di satu tempat asing dan Allah memilih aku untuk diletakkan di negeri gabus, Ireland. Aku datang dengan membawa hati yang penuh himmah untuk berjuang di tempat yang sangat baru dari pelbagai aspek. Hati kecil ini gementar sebenarnya untuk menerima sebuah perubahan. Hati kecil ini berdebar, risau jika tidak dapat mematangkan diri melalui perubahan ini. Itulah hati kecilku yang tidak pernah berhenti berkata-kata.

Aku sudah jangkakan, pasti ada perubahan, pasti ada. Masakan semuanya sama sedangkan cuaca nya juga lain! Segala-galanya bagaikan terlalu pantas berlaku. Tidak perlu disebutkan apa, apatah lagi bagaimana kerana aku sendiri bingung. Yang aku tahu, hati kecil itu memilih untuk pergi mengikut arus (read: go with the flow)

Aku hanyut dalam dunia yang aku gelarkan 'dunia dakwah versi aku'

hanyut mengikut arus.

sampai satu saat, mata aku terbuka. Aku sedar yang aku sedang lemas dalam complexity dunia dakwah dan tarbiyyah. Hati kecilku statik, tidak mahu cuba memahami dunia baru ini, mahu tetap berada dan belajar benda yang sama diajar sewaktu di KMB dulu. Tika aku menyatakan aku tension, aku benar-benar memaknainya. Aku menangis, kerana letih dalam memahami dunia dakwah yang baru ini. Menangis kerana gagal menemukan jawapan, kerana buntu, kerana aku letih hidup dalam 'dunia dakwah versi aku'

Tiba-tiba aku tersentap.

Dalam keletihan, otak aku memulakan proses logik akal untuk mencari jalan keluar dari 'complexity' ini. Sebenarnya, logik akal aku mencari sesuatu untuk meyakinkan hati kecil supaya kembali bangkit. Dan kotak memori pantas sahaja memberi respons kepada permintaan otak kurniaanNya itu, alhamdulillah.

Sewaktu aku berumur 5 tahun, aku mengenal ABC. Pada tahun yang sama, rakan-rakan senior di tadika yang sama mula pandai membaca. Mereka bercerita tentang buku yang dibaca tentang kisah cinderella, snow white, red riding hood dan segala macam kegembiraan dunia kanak-kanak. Aku masih ingat tangisan kecilku kerana cemburu melihat peningkatan tahapan mereka. Ummi mengajarkan aku ilmu membaca. Aku tahu ia tidak senang. Aku menangis berkali-kali kerana gagal. Pada waktu itu, aku sanggup korbankan masa bermain, masa menonton cerita cartoon, masa tidur petangku untuk belajar membaca. Dan akhirnya, aku pandai membaca. Aku masih mampu melihat kembali rakaman kegembiraanku saat bisa membaca buku-buku cerita.

2 tahun di kolej persediaan, rupa-rupanya aku belajar ABC tarbiyyah dan ABC dakwah (read: basic stuffs). Apabila sampai satu tahap, aku perlu melangkah untuk belajar sesuatu yang lebih besar tentang dakwah dan tarbiyyah. Sejujurnya, aku juga tidak pasti apa yang Dia mahu ajarkan kepadaku pada masa ini dan masa hadapan. Tapi, aku menemukan satu solusi untuk memahami dunia baru ini, iaitu 'Waktu dan Kesabaran' di samping kehendak yang besar untuk melangkah ke dalam satu dunia baru yang aku yakini kebenarannya, yang aku yakin matlamatnya adalah mardhatillah.

Teringat kisah di dalam perang Napoleon. Di saat Rusia di bawah Jeneral Kutuzov dikalahkan oleh Batalion dari Perancis. Kegagalan tidak mematikan pengharapan, sebaliknya Jeneral Kutuzov mengulang-ulang 'waktu dan kesabaran...' pada setiap hari. Kata Ustaz Salim A. Fillah, Kutuzov sujud syukur di saat Perancis memutuskan untuk pulang memandangkan tiada sisa yang tinggal di Rusia dan musin dingin yang mencengkam bakal menghantui mereka jika terus tinggal di Rusia.

Aku menulis untuk mengajarkan hati kecilku tentang keyakinan jalan yang aku sedang lalui ini. Jalan ini bagaikan 'highway' menuju mardhatillah. Langkahlah ke tahapan yang seterusnya, jangan berhenti dan mengalah, sekali-kali jangan! Teruslah melangkah in any means dan bersabarlah dalam setiap hayunan langkah tidak kira laju atau perlahan. Dalam satu waktu yang sudah disusun oleh Dia, aku yakin Dia akan berikan kefaham ini. Dia, Allah Yang Maha Penyayang, Maha Teliti dan Maha Mengetahui.


Hati, bangkit dan maju. :D


p/s: tajuk ada kaitan tapi perlu fikir kaitannya :p