"Allahu.. Apa yang Dia mahu aku belajar dari surah ini sebenarnya"
Sangat terasa asakan tarbiyyah melalui surah ini, tapi aku bingung.
"Bahagian mana yang Dia mahu aku belajar? Lompong mana yang aku boleh tutup melalui surah ini"
Sekali lagi, aku membelek terjemahan surah 'Abasa. Diteliti dari satu ayat ke ayat yang seterusnya, Cuba memahami mengikut konteks keadaan diri sendiri. Pasti ada sesuatu, apa yang berlaku bukan kebetulan tetapi semestinya susunan Allah. Keimanan terhadap qadar Allah menolak diri untuk terus mencari 'the hidden meaning' disebalik keindahan kalamullah itu.
Tiba-tiba teringatkan satu perkataan yang disebut oleh murobbi kool bergaya;
NERACA
Aku bermonolog lagi, seperti biasa.
"mungkin part itu yang Allah mahu aku tutup. Lompong pencarian erti kehidupan yang sebenar"
Aku sangat tidak tahu makna neraca dari segi bahasa. Melalui apa yang aku faham, neraca merupakan satu elemen penting, yang mampu memberi erti pada kehidupan. Neraca akan membawa perbezaan dalam melihat kehidupan ini. Erti hidup yang sebenar, bila hidup dengan neraca ilahi. Fullstop, tiada yang selainnya.
*pandang lantai, kuis kaki, malu sendiri*
Betullah. Kalau betul kita hidup atas neraca ilahi, kita akan buat everything ikut apa yang Allah suruh, dan kita akan automaticallu menolak apa yang Allah larang. Praktikalnya, fikirkan sebelum berbuat sesuatu, adkah ia merupakan tuntutan islam? Apabila membuat pilihan, adakah pilihan kita mengikut kepentingan kepada ad-deen?
Fahami neraca ilahi,
Break the ice
And
See the world
Kerana hanya dengan neraca ilahi kita mampu melihat dunia
dunia pemuda, dunia dakwah, dunia tarbiyyah, dunia perubatan
Dunia keseluruhanyya.
Atas neraca apa kita hidup?