Jika anda IB student, pasti sudah tahu bahawa result IB exam sudah memunculkan diri. Jika anda bukan IB student, anda pasti sudah tahu sekarang sebab saya dah bagitahu. Tidak hairanlah status-status di muka buku dipenuhi dengan perkataan "alhamdulillah". Seriously penuh! Betapa ramai yang menjadikan "alhamdulillah" sebagai status di mukabuku mereka.
"Alhamdulillah, Allah bagi solat lagi" :D |
Teringat perbualan dengan seseorang semalam di status beliau;
"Tahniah! Result semua orang mantap-mantap!"
"erk.. anda tahu overall result ke? *sayataktahuapeape* "
"eh, takdelah tahu semua.. tapi tengok banyak alhamdulillah kat news feed tu hah"
:O
Apabila syukur hanya dikaitkan dengan result cantik
Sedikit terkilan apabila syukur hanya dilafazkan apabila mendapat berita gembira. Perkataan alhamdulillah ertinya segala puji bagi Allah. Bila mana kata syukur itu dilafazkan, tiada yang lain, hanya Allah yang berkuasa meletakkan kita dalam situasi itu. Ya, apa-apa sahaja situasi, sama ada baik mahupun buruk.
Bila sahaja berita gembira dikhabarkan, lafaz ini gunanya untuk menyingkirkan rasa ria', takbur dan segala macam penyakit hati dengan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang memberikan nikmat sedemikian untuk hamba yang hina ini. Begitu juga apabila ditimpa kesedihan, kepayahan mahupun mehnah di depan mata. Dari mana ia datang, pastinya dari Allah! Inilah masanya untuk kita memuji Allah lantas mengingatkan diri yang pelupa agar menerima dengan hati terbuka susunan Maha Hebat dari Allah yang Maha Besar.
Memaknai erti syukur
Syukur itu tidak datang dalam bentuk kata-kata sahaja.. Senanglah adik kakak oi kalau setakat post status alhamdulillah di facebook untuk melambangkan rasa syukur, sedangkan diri terlompat-lompat meraikan kejayaan di part-party yang serba 'fun'. Sudah diberitahu di dalam al-quran:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur akan kamu tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah pedih" (Ibrahim: 7)
Orang yang bersyukur dijanjikan dengan nikmat yang berlipat ganda. Salah satu nikmat yang diimpikan oleh setiap muslim ialah nikmat syurga. Yalah, erti syukur itu amat besar sehingga Allah mahu menjanjikan nikmat yang berlipat ganda! Bagaimana mahu ganjaran hebat dari Sang Pencipta jika hanya menulis 'alhamdulillah' di facebook, tapi pada amalnya tidak tersinar rasa kesyukuran itu! Syurga itu mahal, masakan mahu dibeli dengan satu status di facebook tanpa penghayatan sedikitpun!
"Segala Puji Bagi Allah"
Marilah memaknai erti syukur. Hayati dengan hati, pasti nadi iman akan meningkat naik untuk menggerakkan amal tanpa sempadan. Hanya Allah yang layak mendapat pujian, tiada yang lain, hanya Dia.
By: Dr. Yumi
footnote: sudah lama tercoret di dalam draf, terasa mahu berkongsi dengan anda yang membacanya.. :)