Saturday, March 24, 2012

Allah knows best, kan..

assalamualaikum semua.. :D
ap khabar iman? apa khabar diri?
salam ukhwah fillah kepada saudara-saudaraku yang bertebaran di bumi-Nya ini...
tanpa Dia, takkan mampu kita hidup walau sesaat..
hanya satu yang dipinta-Nya, iaitu ketaatan yang tidak berkesudahan..

IB exam dah dekat, another 39 days left to revise everything.. semakin dekat dengan exam bermakna sudah tidak lama lagi saya akan berdiri di bumi tarbiyyah ini, tidak lama lagi akan meninggalkan adik-adik dan akhawat yang disayangi fillah, dan tidak lama untuk mula berjuang di bumi asing dengan tarbiyyah.. oh yes, cuak dengan last statement sendiri, berjuang di bumi asing dengan tarbiyyah.. hanya bekalan yang dikumpul selama 2 tahun di sini yang mampu memastikan generator iman untuk sentiasa hidup untuk menerangi dunia yang kelam dengan jahiliyyah moden.. cukupkah bekalan? hal itu yang sangat menjadi main concern saya sekarang ini.. Allah knows best, kan.. I will just give my best effort for He will always guide me wherever, whenever I am.. :D

di jalan ini, saya mengumpul bekalan.. bukan sekadar bekalan untuk berjuang di bumi asing dengan tarbiyyah, tapi bekalan untuk berjumpa dengan Dia.. Dia Yang Maha Berkuasa atas segala aku, Dia yang mencipta bumi ini, Dia yang menghidupkan cell-cell di dalam bandanku dan Dia lah segalanya.. kekadang, hati ini tertanta-tanya, mahukah Dia berjumpa denganku kelak? jawapannya dijawab sendiri, cukuplah aku yakin dengan janjiNya untuk menemui orang-orang yang berusaha untuk menemuiNya.. Just give your best effort, Allah knows best.. Ya Allah, aku rindukanmu...

semalam, rasa rindu itu datang lagi, menyelinap dalam hati kecilku.. aku kaget seketika, perasaan apakah ini? rupa-rupanya perasaan ini dihantar-Nya untuk dekatkan saya dengan Dia.. Allah, aku rindukanmu.. jauhnya saya berjalan, sampaikan terlupa untuk mengingatiNya.. Ya Allah, ampunkan kekhilafan ini kerana saya manusia biasa, saya hambaMu semata, dan saya sentiasa mendambakan cinta dariMu.. biarlah mereka menganggap saya lambat di atas jalan ini, kerana saya hanya mengharapkan perhatian dariMu.. saya juga manusia yang mahukan recognization, dan saya hanya mahukan racognization dariMu, Ya Allah...

Ya Allah, perjalanan ini masih panjang, saya sendiri tak pasti apa lagi mehnah yang menanti di hadapan.. cuma satu yang kupinta, semoga Kau tsabatkan aku di jalan ini untuk terus melangkah mencari redha-mu.. aku tidak malu untuk terus melangkah in any means, even merangkak sekalipun kerana aku yakin susunan-Mu pasti yang terbaik.. Allah knows best, kann..

derap kaki ku sedang menujuMu, Ya Allah :D
semoga derap kaki ini hanya berhenti apabila sampai saatnya untuk aku dipilih sebagai syuhada dalam perjuangan suci ini...

much love to my only God, Allah...

Sunday, March 11, 2012

kembali menulis...

assalamualaikum.. :)
alhamdulillah jari-jari kurniaan Allah ini masih mampu mengetuk papan keyboard
siapa sangka Allah masih memilih hamba yang marhaen ini untuk menulis di sebalik keheninangan malam ini
ye, siapa sangka..kerana kita hanya mampu merancang, tapi langsung tak mampu menentukan
hanya Dia, yang mampu mengatur segalanya dengan sangat indah dan sempurna

begitu juga hidup aku..
semuanya disusun tanpa ada cacat cela
there were so many things happened on me..
happy, sedih, semangat, lemah, semua ada..
[macam-macam ada]

ujian Allah untuk menguatkan, bukan melemahkan..
Aku ingatkan diri aku tentang hakikat itu. supaya aku terus melangkah walau dalam kepayahan
aku ingat, aku dah kuat untuk menghadapi segalanya..
Allah timpakan dengan lambakan kerja, letih, sakit..
aku masih mampu tersenyum
aku terasa aku dah kuat bergantung pada-Nya..

satu saat, Allah khabarkan berita kematian insan yang dekat denganku sedari kecil..
aku cuba terima dengan tenang..
ye, aku tenang pada awalnya
tapi, siapa sangka air mata ini menitis jua..
setiap masa aku teringat pesan arwah Ki, suara Ki selalu terngiang-ngiang di telinga

       "nanti kakak terbang tinggi, jangan lupa pandang bawah"

nasihat terakhir yang diberikan pada aku
Ki, kakak tak sempat terbang pun lagi, tapi Ki dah tinggalkan kakak.. ;(

tapi Allah Maha Penyayang,
di saat aku hilang arah tujuan,
Dia datang dengan ayat-ayat cintaNya
Dia kembali ingatkan aku tentang diri-Nya
Dia menarik aku untuk terus bergantung pada-Nya
Aku sayang Allah sangat-sangat... :D

dengan bantuan Dia, aku kuat kembali..
agar orang sekeliling aku juga kuat..
kuat bukan kerana aku yang menguatkan, tapi kerana Dia yang memberi kekuatan itu..
aku bersyukur kepada-Nya, alhamdulillah..

ketika kekalutan masih bersisa,
aku didatangi seruan untuk ber-daurah
Ya Allah, aku mahu pergi
Aku mahu mencari-Mu
aku mahu mengenali-Mu dengan lebih dekat..

tapi, merka memerlukan aku di sini
di persimpangan, aku memilih untuk terus tinggal
sebak di hati tatkala mengatakan,
 "takpelah umi, kakak tak pergilah proram kalau kakak kena tolong banyak benda kat rumah Tok"

setiap masa aku terfikir tentang aktiviti akhawat lain sepanjang daurah
bila mana aku merasakan mereka sedang membaca ma'thurat, aku turut membacanya
takpelah jauh pun, semoga Allah menyatukan hati-hati kita dalam bacaan doa rabitah
itu yang aku harapkan pada-Nya

tapi, aku terlupa lagi..
tarbiyyah itu di mana-mana
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
selagi mana kita rasa kita dah buat all out demi Allah, itulah jalannya..

alhamdulillah, Allah meletakkan aku di bumi yang asing dengan tarbiyyah
Allah mempersiapkan aku dengan hamba-hamba Nya yang masih belum disentuh tarbiyyah
aku belajar banyak benda

kali ini aku terasa sangat bersyukur pada-Nya
yang sentiasa menyusun hidupku dengan sempurna
ye, mungkin ada masa aku terlupakan Dia
tapi, Dia sentiasa menarik aku kembali
terasa mahu lebih mendekati-Nya..

Allah, kau susunlah hidupku, jangan biarkan aku menetukan hidupku sendiri walau untuk sedetik cuma..


footnote: jzkk untuk semua yg merindui saya (akhawat, M10Gers, etc).. saya tahu anda semua pasti merindui saya, hihi [ok, sangat poyo, abaikan je, hee ;) ] tak kisah lah, serius rindu korang tahu.. mintak maaf tinggalkan KMB tak cakap.. anyway, saya cuti 2 minggu *senyum comel*