Wednesday, February 1, 2017

email

dulu tahap benci tengok notification emails kat ipad and phone
takde kerja lain asyik bersihkan inbox

haha
tapi tu dulu

tadi bersihkan inbox, selepas setahun dan beribu emails tak penting tersimpan

terjumpa satu email penting dari seorang kakak yang sangat aku hormati

aku ingat aku dapat email tu
tapi tak ingat membaca dengan penuh perasaan

so I decided to read it, again..
baca dengan perlahan
sebab aku yakin ada sebab setiap ayat ditulis

hehs

lepas baca taktahu nak ada perasaan apa

tapi itulah pandangan manusia pada aku rupanya

merasakan diri tahu banyak
takmahu menunggu dan berjalan bersama dengan yang lain
meninggalkan ukhwah kerana ego
lari dari masalah dan tak mahu bersama menyelesaikan

and the list goes on...

Allahu..
banyak khilaf aku sebagai seorang hamba
mungkin sebab aku jarang meluahkan perasaan aku yang sebenar

siapa sahaja yang tahu
aku takut saat perlu membuat keputusan
aku takut andai tersalah memilih jalan
aku takut memulakan langkah baru

sebab manusia hanya melihat
aku sebagai orang yang kuat, lantang, tak kisah manusia sekeliling

siapa sahaja yang tahu
setiap perasaan yang perlu dikorbankan
setiap rindu yang terpaksa dipendam
setiap sayang yang tidak terluah

kerana ku lah manusia yang paling lemah
aku lah hamba yang paling tak mengetahui
aku lah yang tak punya hikmah, kefahaman mahupun pengalaman

kerana aku tidak punya apa

aku pernah cuba mengambil semua yang aku perlu
tapi aku kira satu sifat dunia, kita tak mampu memiliki semua yang kita mahu

tapi kita perlu memilih

dan segalanya terserah kepada Allah
untuk mengizinkan setiap pilihan yang dibuat



dearest future-self,
stay strong
sikit je lagi perjuangan dekat dunia
nak balik jumpa Allah dengan ada ahsanu 'amala kan..


dearest you (whoever you are),
moga Allah sentiasa tautkan hati kita di atas perjuangan aqidah ini
walau banyak khilaf seorang aku
yang mungkin saja membebankan harakah dakwah ini

moga Allah ampunkan khilaf aku
tiada daya dan upaya seorang hamba
melainkan dengan penuh harap dan takut
memohon agar Alla sentiasa mendekatkan kebaikan buat kita
dan menjauhkan al-hawa' yang menyimpangkan hati ini

hati ini milikmu ya Allah..

No comments: