Thursday, February 11, 2016

lowest point

so far, this is my lowest point

hehs.


hujan lebat diluar hanya mampu dipandang dengan linangan air mata. Tubuh kaku terbaring. Tidak bergerak walu seinci. "Ah, mungkin saja dunia ini juga tengah sedih dengan aku", monolog aku sendirian.

hidup di bumi asing. kau hanya mampu bermonolog sendirian. kadang-kadang secara luaran, kadang-kadang dalaman, sebab takkan mampu nak pendam semua rasa hati seorang diri, kan? paling kurang, aku akan mendengus kuat atau melepaskan nafas berat bila ujian menghentak. Bila dah terbuat baru teringat pesan umi, "Nabi tak ajar mendengus macam tu bila ada masalah. Istighfar, ambil wudhu', solat sunat, doa kat Allah. banyak cara orang islam lepaskan rasa hati tahu?"

air mata makin lebat mengalir. walhal air hujan sudah pun berhenti beberapa minit lalu.

Aku bangkit, masih menyelubungi diri di dalam duvet. Aku 'facetime' umi.

Nasib baik umi angkat. Mahu merana anakmu yang jauh di perantauan ini jika tak diangkat.

"Eh, tak pergi sekolah ke kak?"

"Umi, demam. Dah 3 hari tak pergi sekolah. tak makan, tak minum"

mula-mula boleh lah control macho. lepas tu bila ayah dan adik-adik join the call, basah lah pipi.

dan aku dengan perangai buruk suka mengomel, sememangnya menguasai keseluruhan call. eheh.

"Umi, penat umi. sakit lagi. nak exam lagi. geram dgn org lagi (LOLS)"

"Haihh. sabar lah. kenapa tak pergi klinik? tak cukup tu makan panadol je. umi pun baru baik selsema, dalam 11 hari jugaklah duk sakit macamm tu. sebelum tu ayah yang tak sihat. tapi kenalah pergi klinik tu"

banyak lagi lah nasihat umi. sampai habis air mata nak ditumpahkan. nasib baik dah masuk waktu maghrib di tanah sana. Kalau tak mungkin aku akan lagi banyak mengomel. silap hari bulan ayah datang sini bawak aku balik malaysia.

lepas facetime, haruslah sambung baring sampai tertidur. sebelum tu adalah cuba digest nasihat-nasihat umi. sambil fikir bila nak sihat. hehs

masuk waktu zuhur, aku bangun. rasa kuat sikit. walaupun jalan macam orang mabuk. sebab dah 3 hari tak makan. tapi yang paling penting aku rasa aku takdelah down sangat dah kot, hehs.


usai zuhur. aku termenung sekejap. tersenyum sendiri. aku tak pernah lepas ujian sakit yang Allah bagi.

Aku kurang sihat sejak 2 minggu lepas. ups and down, biasalah get infected kat hospital, agak berisiko untuk manusia yang immunedepressed macam aku. Tapi sampai satu tahap, aku mesej kawan baik.

"i want to quit usrah. dakwah. i'm tired"

"*shocked* why so sudden?"

"i'm too tired. i need some space to catch up with my studies"

"ukhti, dekatkan diri dgn Allah. it might be bisikan syaitan"


the first time ever i feel like quitting the TnD stuffs.

walaupun keesokan harinya, ketika aku terbaca post fb seorang ukhti (puisi mungkin) bercerita tentang berpergian kerana merasakan dakwah berat, makin menebal ego aku.

geram.
aku jerit kuat (dalam hati jelah)

"Kau tak pernah tahu apa yang berlaku dalam hidup aku. sedangkan kau di sana masih mampu tersyum di saat ada ukhti yang mengejutkan qiam mu. Kau tak faham jadual hidup aku untuk kau buat general statement macam tu"

sebelum, aku tersedar.

Ah, satu lagi bisikan syaitan...

dan aku sakit lagi...


tapi aku belajar banyak.

aku belajar
ujian akan makin berat, mahu atau tidak aku harus makin kuat
syaitan tak pernah berhenti berusaha, kau yang kena lawan, tapi hati yang dekat dengan Tuhan je mampu lawan


:)

moga Allah masih memilih aku untuk berada dalam kafilah Muhammad ini



p/s: satu lagi yang aku belajar, bestnya takpayah pergi sekolah lols

p/s 2: definitely not my story. sdgn berusaha mengasah bakat menulis. sekrang ni bnyk production baru bukak, bila lagi nak jadi penulis buku kan?

p/s 3: tinggi cita-cita i olls, doakan plis. tapi cita-cita tertinggi haruslah dapat berjumpa dengan Allah dlm keadaan di redhai dan meredhai

1 comment:

the wayfarer said...

Amazingly, I feel like this is my story, and someone putting them into words for me. Just called home, and just texted 'kawan baik' with the exact same point. What a coincidence! The only difference is that, I still haven't get back up till the end. Can't I stop? Can't I leave all this behind?