Thursday, November 15, 2012


When you feel like giving out,
To whom you gonna turn to?



Deep inside your heart,
please say,

Allah

The Only Allah

Thursday, November 8, 2012

Satu langkah, bersama

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

       1 hari yang penuh makna, di Kota Dublin, jauh dari Desa Cork.

       "Perjalanan yang paling baik ialah perjalanan yang diniatkan untuk menziarahi sahabat" [quoted]

       Minggu ini, travel lagi, untuk melihat kekuasaan Allah dan yang lebih penting untuk mencari secallit tarbiyyah (melalui usrah) buat pembinaan diri. Alhamdulillah, Allah masih memilih diri ini untuk berada di tempat aku berada sekarang. Setiap kali peluang berusrah tiba, setinggi syukur buat Yang Maha Besar kuluakan. Susunan Allah yang menempatkan aku di sini, untuk terus mencari cintaNya. 

       Peluang yang datang bergolek ini, aku sambut dengan jiwa positif. 

       Allah, aku rindukan mereka, nun jauh di Kota Dublin, mereka yang bersama bertatih denganku suatu masa dahulu. Aku risaukan keadaan mereka di sana, risau jika ada yang tersalah dalam memilih. Allah mengubat kerisaunku dengan memberi peluang menziarahi mereka, alhamdulillah.

      Pada mulanya aku takut untuk berjumpa, takut andai ada hati yang terluka tika aku terpaksa menolak pelawaan reunion pada minggu lepas. Maafkan aku, tarbiyyah yang aku pilih ini mengajarkan aku untuk prioritize. Bukan tidak mahu, tapi ada yang lebih penting disini.

       Terima kasih buat sisters yang menyokong aku untuk terus gagah menemui mereka, satu demi satu.

      Aku takkan lupa saat ini. Ketika aku melangkah ke bilik seorang sister susah senangku. (Selepas berjaya meng-surprise kan beliau dengan kedatangan mengejut tiba-tiba muncul di depan pintu, heheh)

     Mutaba'ah Amal bersusun. Ayat Cinta dari Allah merata. Alhamdulillah.
     Aku menangis di dalam hati, tanda kesyukuran.
    We are still in the same boat, walaupun jarak memisahkan.
    Terima kasih Allah. Satu motivasi untuk terus berada di dalam bot itu, walau ombak setinggi gunung menanti di depan sana. Terima Kasih for the inspiration.

    Seperti biasa, sesi lepak melepak, heheh, seperti satu masa dulu. Cuma, kali ini berbeza, kerana isinya berbeza.

        A: Aku terlepas usrah semalam sebab balik lambat -.-
        B: Apelah.. Aku pergi usrah semalam, besttt
        A: -.- Kau pergi ISK x minggu lepas?
       B: tak, hehe :p
       C: Aku dah pergi, besttt!! :D *mata bersinar-sinar*

Sila tutup mulut dan percaya. Hahah. Kami dalam bot yang sama.

Tidak cukup dengan itu, Allah beri lagi peluang melawat classmate ditengah kota Dublin. Sunnguh comel nama rumah mereka, Rumah Izzah. Allah, aku saksikan keizzahan mereka dengan islam yang dipegang kukuh. Walaupun diu sekeliling mereka adalah tempat-tempat maksiat, mereka vberdiri teguh dengan memakai tag islam pada diri mereka. Terasa damai hati ketika berjemaah bersama mereka, dan terasa mahu menangis mendengar kisah Umar semasa sesi 'alkisah' usai solat maghrib.

Terharu.

Kita berada di dalam bot yang sama.

Buat sisters ku, teruskan melangkah. Biar lambat, destinasi kita pasti ada di sepan sana. Syurga bakal menjadi rumah kita. Dan Allah sebagai saksi kepada susah payah mujahadah di atas dunia ini. Teruskan melangkah, in any means :') Kalau dulu kita berukhwah kerana kelasmate (M10G), kali ini kita mulakan ukhwah yang baru, ukhwah fillah :D

Allah, jagakan mereka untukku.




Nota Kaki: Ini adalah post tertunggak tapi nk post jugak, hahah


Friday, October 26, 2012

salam aidil adha, salam keimanan

Assalamualaikum semua :D

ini kali pertama aku beraya tanpa keluarga tersayang, kalau tidak salah percaturanku. Bila berkumpul di Surau Victoria Lodge semalam, terasa sayu. Sayu dengan makna ungkapan takbir itu, walaupun hanya dipasang di youtube. Sangat terasa di hati.

"Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Alllah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah"


Aku tidak tahu kenapa. Mungkin kerana sebelum ini aku tidak pernah menghargainya, mungkin.. Yelah, setiap tahun tertunggu-tunggu raya untuk berkumpul dengan family, untuk makan daging korban, untuk cuti sekolah. Tapi, manakan ada semua tu di bumi Shamrock ini. Kehilangan itu bukan penyeksaan, tapi kehilangan itu menyedarkan. 

Raya yang dipenuhi pelbagai rasa.

Rindu. Sebak. Gembira. [dan penat sebab habis kelas lambat :p]

Ditambah pula dengan mesej ummi di malam raya (waktu malaysia)

" Esok semua umat Islam menyambut hari raya haji. Semoga kehadiran zulhijjah menyinari iman dalam jiwa setiap ahli keluarga kita. Umi doakan kakak dalam kesejahteraan jua. Amin"

Haihh, ayat ummi never fail untuk menjadikan aku sebak.

Bukan kerana homesick. tapi kerana iman. ya, IMAN.

Bagi aku, aidil adha kali ini betul-betul me-recharge iman. Iman kepada Allah, Dia sahaja. Iman itu ibarat generator kehidupan kita. Dengan generator iman sahaja kita mampu melihat dunia mengikut neraca Allah. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Cekalnya hati mereka menerima segala perintah Allah tanpa sedikit bantahan, dek iman yang menggunung kepada pencipta Yang Satu. Benar, aidil adha mengajar kita erti pengorbanan, tapi value pengorbanan itu memerlukan iman itu dahulu!

Masakan ada orang yang mahu berkorban tanpa ada iman. Kerana iman itu adalah keyakinan.

Sebagai contoh, jika Pak Cik Ali tidak yakin (beriman) bahawa buah rambutan yang dijual di pasar itu manis, takkan sanggup dia berkorban wang, masa dan tenaga untuk ke pasar-pasar membeli buah rambutan tersebut. Hanya iman yang mendalam mampu menggerakkan sesuatu pengorbanan itu.

Jangan dilihat pada pengorbanan itu sahaja, lantas kita mahu sembelih lembu (korban). Tapi lihatlah pada iman kita, ayuh baikinya! Moga semakin sihat pada saat-saat mendatang.

Iman kepada Allah. Fullstop.


"Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Alllah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah"

Salam perantauan dari UCC :D




nota kaki: terima kasih kepada semua pengunjung istimewa ke blog cikai serba kekurangan ini, hasil jemputan kakak comel yang tinggal di Wilton :p 

Thursday, October 18, 2012

cetusan rasa

            aku masih berada disini.. mungkin terlalu tiba-tiba untuk aku masuk menulis tanpa sedikit pun introduction.. Haha.. Perasaan menulis itu datang dengan pelbagai benda untuk dikongsi.. tapi, aku tak mahu mengambil kesempatan ini untuk menulis tentang perjalanan hidupku yang aku kira baru sahaja bermula.. 

             Jangan mual dengan bahasaku, biarkan aku keluarkan segala isi hati dengan bahasa ibundaku ini.. Teringin sekali menulis dalam bahasa syurga yang aku idam-idamkan, tapi apakan daya, sepatah perkataan pun aku tidak tahu.. haihh :p

             Sudah lama blog ini bersamaku, sangat lama.. sejak aku berada di tingkatan 4 lagi.. Kalau dulu, aku ingin menulis blog kerana sudah menjadi trend dalam kalangan batch-mate ku untuk mempunyai blog.. terasa menarik, lantas aku juga mahu berblog! Agak kelakar pada mulanya sebab aku ber-blog kerana suka mengubah-ubah template yang terbaru dan elegan, suka menambah gadget-gadget di dalam blog dan menjadikan dunia ini dunia aku.. siapa tahu, aku mula suka menulis di dalam blog.. erk, every single piece of my life, aku cuba nukilkan di dalam blog.. kelakar jika diingatkan kembali, satu masa dulu, setiap kali pulang bercuti pada hujung minggu, blog inilah yang aku jaga rapi dan terurus..

            Zaman berubah. Suasana juga. Even harga barang makin meningkat. Eh? :p

            Aku ditemukan dengan tarbiyyah. dengan dakwah.

            Dan persepsi aku terhadap blog ini juga berubah. Aku mahu nukilkan sesuatu untuk motivasi sendiri. Aku mahu catit setiap langkah di atas jalan Dakwah dan tarbiyyah ini. Itu azamku!

            Semakin aku membesar di atas jalan ini, aku memberi harapan tinggi pada blog ini. Tanggal 21 April 2012 (Hari ulang tahun ke-20) , aku nekad. Aku hadiahkan blog usang ini untuk ummah.

            Aku cuba. cuba. cuba. untuk menulis kepada ummah.
            Heheh, walaupun seringkali gagal dengan membiarkan blog ini kosong tanpa isi.
            Tapi, azam itu masih ada, cuba juga untuk menulis kepada ummat.

Bila tiba satu (beberapa sebenarnya) soalan,

"Kemana awak nak bawak orang dengan blog itu?"
"Siapa target awak?"
"Mengikut manhajkah isi-isi penulisan itu?"

AHH! Aku tak tahu. Aku buntu!

Aku mengharapkan blog ini untuk menjadi tiketku ke syurga.
Itu sahaja yang aku tahu.

Seperti tajuk yang tertera, penulisan ini sekadar cetusan rasa kepada duniaku yang sudah lama aku tinggalkan. Boleh tak nak ambil balik blog ni? *buruk siku*

Heheh.. :p

"Ya Allah, aku mahukan tiket ke syurgaMu untuk bertemuMu, in any means. Show me the path, O Allah"


aku seperti cardinal ini. Yang berhenti seketika untuk kembali
mencari arah tujuanku.


Friday, October 5, 2012

seikhlas daun luruh

              Assalamualaikum :) Alhamdulillah, masih mampu bernafas di negara sejuk ini, walaupun kesihatan mula terjejas.. Mungkin terasa hilang satu nikmat kesihatan yang sangat precious, tapi masih mampu mengucapkan alhamdulillah, kerana kehilangan itu pasti satu tarbiyyah dari Dia :) dan peluang untuk diuji walaupun dengan ujian yang sangat sedikit, pasti satu kelebihan bagi seorang muslim kerana Allah yang memilih dirinya untuk diuji 

              Daun-daun mula berguguran jatuh, dan kedai-kedai pakaian mula menaikkan banner 'Autumn Fashion', cukup memberi gambaran kedatangan musim luruh (autumn). Erk, saya bukan mahu menceritakan sale sale yang baru sahaja bermula. Saya hanya ingin berhikayat tentang satu tarbiyyah; Allah sedang mengajarkan saya tentang satu perkataan, IKHLAS.

            Jika anda sedang mengembara di benua Eropah seperti saya, anda pasti lali dengan suasana daun-daun yang mula menjatuhkan dirinya. Daun-daun itu ikhlas dalam menjatuhkan dirinya saban tahun, mengikut susunan dan aturan Allah. Saya malu pada mereka. Bukannya daun-daun itu tidak tahu, sebaik sahaja mereka jatuh di atas muka bumi, mereka akan dipijak, mereka tak akan dihargai dan saya sendiri tidak pasti jika ada yang sudi memandang mereka setelah lunyai dipijak sana-sini. Tapi, mereka tidak pernah berhenti luruh. Sebenarnya, mereka tidak pernah berhenti mengikut arahan Allah. Tanpa sedikit pun rungutan. Allah, sucinya keikhlasan daun-daun berwarna kekuningan itu.

             

             Saya juga mahu menjadi seperti mereka. Ikhlas, mengikut setiap arahan dan nasihat Allah.

             Malu sendiri melihatkan never-ending monolog dan rungutan dan mintak itu ini dan mengada habis.            


Kita, hamba Allah juga. Sama seperti mereka, daun-daun yang kecil molek itu. Kesucian ikhlas yang dipamerkan merupakan satu inspirasi yang Allah hantarkan untuk kita menanam ikhlas dalam diri. Ikhlas dalam berdakwah. Ikhlas dalam belajar. Ikhlas dalam segala bentuk arahan Allah :)



Bagi saya, satu perkataan itu membawa maksud yang sangat besar, mampu mengubah hidup. Sebagaimana besarnya ikhlas daun kecil itu mampu membawa masuk satu musim baru di atas muka bumi. Begitu juga dengan keikhlasan. Mampu melahirkan muslim yang boleh mengubah trend dunia masa kini.

Fullstop. 

Mode: Working on 'Ikhlas' 

Moga Allah redha. InsyaAllah :)

p/s: takde gambar, sila google sendiri, heheh