Friday, October 26, 2012

salam aidil adha, salam keimanan

Assalamualaikum semua :D

ini kali pertama aku beraya tanpa keluarga tersayang, kalau tidak salah percaturanku. Bila berkumpul di Surau Victoria Lodge semalam, terasa sayu. Sayu dengan makna ungkapan takbir itu, walaupun hanya dipasang di youtube. Sangat terasa di hati.

"Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Alllah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah"


Aku tidak tahu kenapa. Mungkin kerana sebelum ini aku tidak pernah menghargainya, mungkin.. Yelah, setiap tahun tertunggu-tunggu raya untuk berkumpul dengan family, untuk makan daging korban, untuk cuti sekolah. Tapi, manakan ada semua tu di bumi Shamrock ini. Kehilangan itu bukan penyeksaan, tapi kehilangan itu menyedarkan. 

Raya yang dipenuhi pelbagai rasa.

Rindu. Sebak. Gembira. [dan penat sebab habis kelas lambat :p]

Ditambah pula dengan mesej ummi di malam raya (waktu malaysia)

" Esok semua umat Islam menyambut hari raya haji. Semoga kehadiran zulhijjah menyinari iman dalam jiwa setiap ahli keluarga kita. Umi doakan kakak dalam kesejahteraan jua. Amin"

Haihh, ayat ummi never fail untuk menjadikan aku sebak.

Bukan kerana homesick. tapi kerana iman. ya, IMAN.

Bagi aku, aidil adha kali ini betul-betul me-recharge iman. Iman kepada Allah, Dia sahaja. Iman itu ibarat generator kehidupan kita. Dengan generator iman sahaja kita mampu melihat dunia mengikut neraca Allah. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Cekalnya hati mereka menerima segala perintah Allah tanpa sedikit bantahan, dek iman yang menggunung kepada pencipta Yang Satu. Benar, aidil adha mengajar kita erti pengorbanan, tapi value pengorbanan itu memerlukan iman itu dahulu!

Masakan ada orang yang mahu berkorban tanpa ada iman. Kerana iman itu adalah keyakinan.

Sebagai contoh, jika Pak Cik Ali tidak yakin (beriman) bahawa buah rambutan yang dijual di pasar itu manis, takkan sanggup dia berkorban wang, masa dan tenaga untuk ke pasar-pasar membeli buah rambutan tersebut. Hanya iman yang mendalam mampu menggerakkan sesuatu pengorbanan itu.

Jangan dilihat pada pengorbanan itu sahaja, lantas kita mahu sembelih lembu (korban). Tapi lihatlah pada iman kita, ayuh baikinya! Moga semakin sihat pada saat-saat mendatang.

Iman kepada Allah. Fullstop.


"Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Alllah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah"

Salam perantauan dari UCC :D




nota kaki: terima kasih kepada semua pengunjung istimewa ke blog cikai serba kekurangan ini, hasil jemputan kakak comel yang tinggal di Wilton :p 

No comments: