obsesi syurga
dah lama hilang obsesi terhadap syurga
hari ini
bila bersembang dnegan adik0adik di seberang laut sana
mereka menyebabkan aku bercerita tentang syurga
walaupun aku ragu pada mulanya
bukan kerana syurga itu
tetapi kerana aku tak yakin untuk menyampaikan tentang syurga
sedang dalam hati aku tidak ada obsesi itu
aku rindu, obsesi syurga
tapi aku bercerita juga akhirnya
sebab aku sayang mereka kerana Allah
aku mahu mereka juga mengenal syurga
dan aku mahu mereka menanam impian untuk berada di syurga
hampir menangis bercerita tentang syurga
Ya Allah, tak pernah sangka dengan cara ini Allah mahu hadirkan kembali obsesi itu
semakin aku bercerita, semakin terasa perasaan obsesi itu
Ya, aku mahu ke syurga-Mu ya Allah
aku bercerita tentang manusia di sekeliling ku
dan obsesi melangit mereka terhadap syurga
ada yang mahu ke syurga
untuk dapatkan sungai yang penuh dengan ayam goreng
ada yang mahukan istana kristal
ada yang mahukan bidadari cantik
ada yang mahukan dunia penuh dengan rama-rama
ya, minta sahaja!
kerana Allah janji untuk makbulkan segalanya di syurga nanti
minta dan minta!
tapi, pertamanya kaki keduanya harus menapak ke dalam syurga
dan Dia pasti makbulkan segalanya!
Akhawat,
ayuh tanam impian,
minta lah apa-apa sahaja untukmu di syurga kelak
moga ia jadi daya penolak di muka bumi ini
untuk terus beramal dan bekerja
hingga bertemu di syurga, mungkin? :)
insyaAllah
No comments:
Post a Comment