Alhamdulillah thumma alhamduillah atas nikmat bernafas sebagai seorang muslim, yang masih menyedari kewujudan Allah sebagai satu-satunya tuhan, yang masih menggenggam erat tugas hamba dan khalifah, yang masih bermujahadah melawan nafsu dan tarikan dunia dan aku paling mensyukuri nikmat tarbiyah yang membawa aku menyelusuri kisah Sang Nabi, dan kini aku juga sedang membawa dan cuba mengembangkan risalah yang sama seperti kekasih Allah itu.
Astaghfirulla hal azim atas kelemahan sendiri yang menyebabkan aku tersasar sendirian dari landasan yang betul, dari manhaj islam yang satu, dari kefahaman manhaj dakwah dan tarbiyah. Semoga Allah mengampuni aku dan dengan sepenuh pengharapan aku berharap setiap kekhilafan aku tidak melambatkan lagi gerabak dakwah ini.
2 hari lepas aku mengira-ngira sendiri tahun tarbiyah aku. Aku bermula di KMB, tahun 1, walaupun itu tahun main-main bagi aku. Bila fikir semula sebenarnya itu tahun yang paling bermakna sebab pada tahun itu aku mula belajar berinteraksi dengan Allah, dalam solat, dalam doa dan dalam tilawah dan tadabbur aku. Kalau dicongak secara kasar, sudah 5 tahun aku ditarbiyah, tidaklah terlalu lama, tapi tempoh masa yang cukup untuk mematangkan seseorang.
Sejak awal, aku rasa kisah aku seperti roller coster. Bukanlah kerana ujian yang sangat berat, tapi aku maksudkan perjalanan emosi yang membesarkan aku itu seperti gerakan roller coster, naik dan turun dan naik dan turun dan turun, dan.. Ah! Seperti roller coster! Akhawat yang membesar bersama aku pasti tahu turning point hidup aku, yang menyebabkan aku commit, iaitu saat aku confess pada Tuhan bahawa hidup aku ini untuk dakwah dan tarbiyah.
Dulu aku ingatkan cukuplah satu turning point sebab di saat itu aku sudah menyerahkan segalnya untuk Dia. Tapi aku silap sebab Allah takkan pernah berhenti menguji setiap hamba yang mengaku beriman padaNya, seperti janjiNya di dalam surah al-ankabut ayat 2 dan 3.
Itu kisah dulu, dan perjalanan mencabar ini tidak pernah berhenti membentuk aku.
Sepanjang daurah hujung minggu ini, cukup memberi aku peluang bermuhasabah lagi. Aku melihat ramainya ikhwah dan akhawat dalam dewan itu. Aku bermonolog sendiri, "smooth nya perjalanan tarbiyah semua orang". Aku sendiri confuse monolog itu berbaur jealousy atau sekadar statement biasa sebenarnya. Dan aku tidak dapat lari dari memikirkan "kenapa perjalanan aku macam roller coster, penuh dengan konflik dan emosi?"
Bukan aku yang memilih perjalanan sebegini. Di setiap persimpangan aku cuba memilih yang terbaik untuk dakwah ini, untuk tarbiyah aku juga. Dan disebabkan semua decisions itulah aku berada di atas roller coster ini. Aku cuba untuk tidak mengimbau ke belakang, terutamanya tahun-tahun aku di bumi Ireland. Sejujurnya aku sendiri lemas, terutamanya bila aku tahu aku perlu menanggung kesemua kesan decisions aku, kesan konflik luaran yang aku cipta (secara tidak sengaja dan tidak berniat).
Hingga satu saat pada hari ini aku tertanya sendiri,
"kenapa aku perlu faham manhaj ini? Kalau aku tak faham mesti aku tak perjuangkan. Kalau aku tak perjuangkan mesti aku tak perlu berada di atas roller coster ini. Aku yakin hidup aku akan lebih dilapisi bunga-bunga ukhwah, seperti mereka. Aku tak perlu rasa seperti aku ini kambing hitam di dalam dewan ini. Aku tidak perlu terperosok ke belakang, mesti aku masih boleh bersama mereka planning tarbiyah kami semua. Kenapa mesti aku faham? Kenapa mesti aku ada prinsip hidup 'siapa faham lebih kena buat lebih'? Kenapa mesti aku berada di mana aku berada sekarang?"
Dan untuk setiap persoalan itu, aku tiada jawapan, dan aku tahu aku tiada sesiapa untuk menagih satu jawapan. Jadi aku hanya menyimpan sendiri persoalan itu, dan hamba yang kerdil dan sombong ini langsung lupa meminta jawapan dari Sang Tuhan.
Langsung saja tadi Allah menjawab persoalan di benak fikiran aku, melalui penyampaian daurah itu. Hanya satu perkataan
GHAYAH
Ya, hanya kerana Allah ghayah hidup aku.
Astaghfirullah wa astaghfirullah.. Aku sudah lama tak diingatkan hal yang satu ini. Aku patutnya bergembira dengan setiap kefahaman yang diberi Allah, kefahaman memahami manhaj islam dan dakwah ini. Kefahaman itu adalah nikmat, bukan ujian. Aku patutnya berbahagia atas ujian-ujian selepas setiap confession keimanan aku, kerana itu tanda aku masih punya Tuhan yang concern pasal aku. Aku patutnya bersyukur dengan nikmat kefahaman ini, kerana kefahaman ini akan menyebabkan aku all out dalam beramal, all out membuktikan pada Dia bahawa hanya Dia ghayah aku.
Tapi, sifat lupa ini menyebabkan aku terlupa ghayah aku, Allah.
Aku terasa ingin menangis di situ saja, di atas syuur yang Allah hadiahkan pada hari ini. Seperti perasaan pertama kali aku memahat Allah sebagai ghayah aku, satu-satunya dulu. Dan hari ini aku merasakan perasaan yang sama. Masha Allah sukar untuk dicerita hal hati dengan kata-kata, tapi aku mahu tulis supaya aku tidak lupa lagi, ghayah aku hanya Dia semata.
Ya Allah, berikan aku waktu lagi untuk beramal dengan sebaik-baik amal. Semoga aku dapat persembahkan ahsanu 'amala di saat pertemuan kita kelak.
Dan kerana ghayah itu, aku akan terus menaiki roller coster ini.
1 comment:
Moga Allah terus menerus menghadirkan ghayah itu seperti langkah2 pertama kita bermula dahulu.
(:
Post a Comment