tangis yang keluar hanya biasa sahaja
mujahadahnya untuk tinggalkan yang hitam
yang jelas kepekatan hitamnya
dan mencelupkan diri kedalam yang putih
hehs. itu dulu
aku panggil ia zaman riang ria
bila mana melompat bila tadabbur ayat best
pada masa itu juga tersenyum memeluk akhawat
tidak sabar menunggu daurah saban bulan
oh usrah itu yang paling dicintai
zaman aku memanggil diri aku sebagai snail
dan masih ada yang menidakkan
zaman aku bersusah hati taktahu nak faham apa
masih ada yang setia menjelaskan satu persatu
hehs, itu dulu
dan aku rasai benar lainnya sekarang
aku kira sekarang ini sudah masuk zaman kedua
cabarannya beza benar
yang harus ditinggalkan tidak jelas
tapi yang pasti ia melambatkan
aku tahu ia sangat kelabu, ah susah mahu bercerita
jika kamu terasa vibes, itulah dia
perlawanan yang besar dengan EGO
dan ia melibatkan semuanya
kadang terasa benci dengan semua yang datang bersama jalan ini
ujian, perbezaan ijtihadi, virus ukhwah, hipokrit, judgement
penuh satu blog jika mahu di list kan disini
dan mereka itu membuat aku benci untuk menoleh
tapi, aku yakin itu adalah check point seterusnya
point pembersihan yang setulusnya
jika kita benar melakukan kerana Allah
perkara-perkara itu hanya picisan buat kita
kerana sungguh Allah lebih besar dalam hati kita
khalas!
senang berkata kan?
cuba lihat di saat kita tengah marah
marah kerana mereka disekeliling tidak membantu
malah menjatuhkan kita
adakah kita mampu merasakan Allah segalanya?
hehs. susah bukan
aku selalu gagal
semalam sehaja aku baru gagal T.T *nangis dalam hati*
semalam tika terlambat datang usrah
aku rasa ia tidak disengajakan
aku rasa usaha aku sudah bersungguh,
berlari dalam hujan menarik kaki yang sakit
dalam kepala aku sudah mengagak respons sesetengahnya (negative)
jadi aku sudah berkira dalam hati untuk diam sahaja
ialah, sesuai dengan seruan Rasulullah kesayangan, "La Taghdab!"
dalam hati, "its okay Allah tahu your struggle and your effort"
tapi bila sahaja aku sampai
dan benar seperti tekaan aku, respons negatif itu ada
automatik, terbalas dengan kasar
ya aku tahu itu 'rude'
sungguh mahu menangis kerana gagal lagi
aku gagal lagi T.T
jadi sebenarnya aku tidak pantas menulis ini untuk kamu
dan aku betul-betul menulis ini untuk aku
aku mahu melakar ia sebagai kenangan dan peringatan
kerana aku yakin ini check point kedua DnT aku
dan aku tidak mahu jatuh lagi
Bagaimana mahu melepasinya?
kamu dan aku tahu caranya
berbuatlah sebenar-benarnya kerana Allah
agar tidak tersungkur disebabkan yang lain
bila marah pada manusia, ingat Allah
bila rasa tidak dihargai, ingat Allah
bila rasa jauh dengan yang lain, ingat Allah
ya, ingat sahaja yang kita berbuat untuk bertemu dia
jerit kuat pada dirimu, "I'm here just because I want to meet Allah soon, real soon!"
itu sahaja solusinya!
di atas rekahan itu, kamu yang harus memulakan kesuburannya, pastilah dengan pertolongan Allah! |
ukhtikum fillah,
snhidayahz
corcaigh
No comments:
Post a Comment