kegelapan menyelubungi
membawa aku kepada kenangan silam
dari dulu
kenangan itu disimpan kemas
tidak pernah tidak aku membuangnya
kenangan itu menguatkan
siang hari cerah
dipancar matahari bersinar
kegelapan malam menghampiri
satu putaran yang pasti
aku melikat kehidupan dalam putaran itu
dalam hidup
ada kala pelangi mewarnai
ada kalanya hujan membasahi
dan mungkin juga kilat menyambar
itulah resmi hidup
tidak selalu di atas
tapi tidak selalu di bawah
sentiasa berputar, seperti putaran alam
kuselak kenangan silam
putaran itu ada
aku rindukan pelangi hidupku
dan aku hargai adanya kilat
mereka itu menguatkan,
kuatkan aku untuk terus melangkah
berjalan mencapai matlamat yang satu,
mardhatillah
hari ini aku dipertengahan jalan
mungkin baru sahaja suku jalan
Pelangi ada datang menyapa
walau ribut memukul diri
lewat petang
ketakutan mendakap aku
Ya, aku takut pada kejatuhan
aku takut pada kegagalan
aku takut pada ribut itu
lewat petang
ketakutan membuang hilang pelangi yang ada
entah kenapa
mata ini buta untuk melihat warna ceria itu
lewat petang ini
bukan lewat petang sebelumnya
lewat petang ini
aku mendakap erat cita-citaku
lewat petang ini
dilempar jauh perasaan takut itu
lewat petang ini
aku ingin bangkit semula
lewat petang ini
Inilah aku, kembali berdiri
punya cita tinggi
mahu berjumpa Dia
lewat petang menjadi saksi
bangunnya aku dari lembah kejatuhan
Alhamdulillah
lewat petang..
selagi ada masa...
merindui lewat petang di Kolej Mara Banting (KMB) lewat petang yang menenangkan :') sentiasa dalam ingatan |
No comments:
Post a Comment