Ini bukan kali pertama saya mendengar cerita manusia-manusia hebat hasil tarbiyyah ini. Mantap amat! Diceritakan kisah seorang ukhti H. Salah seorang mad'u bernama S memberi feedback menyatakan ketidak-tsiqahan beliau terhadap ukhti H. Begitu direct dan jujur lagi bagus luahan hati cik S kerana merasakan ia masalah biasa-biasa sahaja. Kesannya ukhti H itu tidak tidur 1 malam dan 1 hari berikutnya memikirkan penyelesaian yang tarbawiy lagi menyegarkan. Itulah kesan tarbiyyah yang mengalir sehingga menggerakkan seorang muslim untuk melakukan dakwah dengan all-out! Bukan sekadar aci buat sahaja. Kecekalan ukhti H mengisi hati-hati yang kosong pasti sahaja dilihat Dia, oh! dan akhirnya cik S jatuh tsiqah dan sayang pada ukhti tersebut :D
Oh, tiba-tiba teringat kisah segerombolan akhawat yang berkejar-kejaran menuju ke medan tarbiyyah walaupun sebenarnya mereka kepenantan. Ketika menunggu bas awam, tiba-tiba kedai makanan yang berdekatan terbakar. Siapa sangka mereka semuanya bersegera menolong memadamkan api. Ada juga yang menelefon bomba. Belum sempat ahli bomba sampai,dengan pertolongan Allah, api sudah berjaya dipadamkan. Ahah! Bagi saya yang melihat dari jauh (jangan tanya dimana saya berada), sungguh teruja melihat keberanian dan kegagahan (erk?) mereka mengangkut timbunan pasir demi menolong mak cik penjual kedai bersama anak-anaknya yang masih sangat kecil itu. Inilah hasil tarbiyyah! Di mana-mana sahaja mereka berada, di rumah, di medan dakwah mahupun di atas jalanraya, mereka pasti cuba sedaya upaya melengkapkan muwasofat tarbiyyah! [for this case, tarbiyyah menyediakan gerombolan ini untuk bermanfaat pada orang lain] :) *peace*
Bukan itu sahaja, seorang akhawat pernah mencaritakan kisah seorang akhawat yang travel selama 10 jam semata-mata mahu berdakwah! Adik kakak, 10 jam tu bukan sekejap.. Hanya manusia-manusia yang merelakan dirinya untuk ditarbiyyah sahaja sanggup melakukan kerja-kerja yang haybat di mata Allah ini.. :D
Jangan risau, kita juga mampu menjadi seperti mereka. Alirkan kejernihan tarbiyyah di dalam dirimu hingga basah hati itu, pasti keimanan akan terbina lantas melahirkan supersaiya seperti mereka! :D Lainlah kalau anda menyekat aliran tarbiyyah dengan menggunakan keegoan, kemalasan mahupun drama-drama korea (jahiliyyah stuff) yang tidak berkesudahan. Erk..??
footnote: Bila lagi.. mahu menjadi muslim supersaiya seperti mereka? *talk to myself*
"Biarkan cahaya tarbiyyah bersinar di dalam diri kalian! Pasti masyarakat sana teruja untuk turut ditarbiyyah dek sinaran gilang gemilang itu.. :) "
1 comment:
Naise :)
Post a Comment