"balik minggu ni awak buat essay.. saya nak awak masuk pertandingan.. ni syarat-syarat penyertaan" (Cg. Normi, 2009)
Tak akan aku lupa jasa seorang guru yang mengajar aku.. Dia lah yang memberi semangat untuk aku terus bangkit.. Dia juga yang mengasah bakat aku (walaupun sebenarnya bakat penulisan aku tak seberapa) Dia juga yang Allah hantar untuk mengajar aku bercakap di hadapan public sehingga aku berani melangkah ke pertandingan forum remaja.. Hari ini, aku berbicara di dalam usrah dan pengisian-pengisian rohani lain, kerana jasamu aku mampu berbicara di hadapan khalayak ramai.. Dialah insan mulia yang Allah hantarkan ke dalam hidupku satu masa dahulu untuk mengajarkan aku erti kehidupan, erti survival, erti segala-galanya..
itulah dia guruku, Puan Normi Hassan yang baru sahaja meninggalkan kami sebentar tadi..
terasa berat ujian ini bagi kami bekas pelajar-pelajarnya.. Guruku yang sangat kuat ini sering mengingatkan kami tentang Allah, mengingatkan kami tentang hidup sebagai bekalan ke akhirat.. aku sering tersenyum melihat wall facebooknya (saya selalu stalk facebook arwah kerana sangat rindu pada dia), sungguh tabah dia menghadapi ujian dan penderitaan hidup.. kesakitan tidak menjadi penghalang untuk dia terus menyinari hidup orang-orang disekelilingnya..
Ya Allah, jadikan aku sekuat dirinya untuk aku terus melangkah menerima ujian kehilangan ini..
sebelum IB exam tempoh hari, aku berjanji untuk berjumpa dengannya selepas IB exam.. takdir ilahi, Allah tidak memberi peluang untuk aku berjumpa dengan dirinya.. Ketentuan Allah yang terbaik kerana Dia lebih tahu segal-galanya..
"Cikgu, kita tak sempat berjumpa di dunia, nantikan saya di jannah ya.."
saya masih ingat cikgu tersenyum melihatkan saya terketar-ketar sampai menangis bila bercakap di hadapan kelas, saya masih ingat cikgu memanggil saya sewaktu saya menyorok di bawah meja sebab taknak membaca sajak di dalam kelas, saya masih ingat memori-memori itu.. untuk itu, hanya terima kasih mampu kuluahkan padamu.. semoga setiap usahamu membawa kami mengenali dunia dibalas oleh Allah dengan syurga firdaus.. Alhamdulillah, cikgu, sekarang saya dah tak terketar-ketar sewaktu berbicara di dalam usrah, sewaktu berbicara di dalam pengisian-pengisian.. Diri saya sekarang hasil tunjuk ajarmu cikgu..
Ya Allah, terima kasih meminjamkan insan setabah ini untuk mengajarkan kami erti kehidupan.. Kami redha menerima pemergiannya kerana kami tahu dia berbahagia di sampingmu..
"Kami sayang cikgu normi kerana Allah"
:')
"ayuh rakan-rakan! cikgu kita dah pergi berjumpa Yang Esa.. esok lusa mungkin masa kita pulak.. ayuh usaha! Kita juga mahu meninggal dengan cinta kepada Allah penuh di dalam hati, kan?"
3 comments:
*kesat air mata
serius sedih bila tgok gmbr cikgu.:'(
ME TOO.. ;) takpe, dia bahagia di sana.. just keep praying for her..
:'(
Post a Comment