assalamualaikum semua.. :D
ap khabar iman? apa khabar diri?
salam ukhwah fillah kepada saudara-saudaraku yang bertebaran di bumi-Nya ini...
tanpa Dia, takkan mampu kita hidup walau sesaat..
hanya satu yang dipinta-Nya, iaitu ketaatan yang tidak berkesudahan..
IB exam dah dekat, another 39 days left to revise everything.. semakin dekat dengan exam bermakna sudah tidak lama lagi saya akan berdiri di bumi tarbiyyah ini, tidak lama lagi akan meninggalkan adik-adik dan akhawat yang disayangi fillah, dan tidak lama untuk mula berjuang di bumi asing dengan tarbiyyah.. oh yes, cuak dengan last statement sendiri, berjuang di bumi asing dengan tarbiyyah.. hanya bekalan yang dikumpul selama 2 tahun di sini yang mampu memastikan generator iman untuk sentiasa hidup untuk menerangi dunia yang kelam dengan jahiliyyah moden.. cukupkah bekalan? hal itu yang sangat menjadi main concern saya sekarang ini.. Allah knows best, kan.. I will just give my best effort for He will always guide me wherever, whenever I am.. :D
di jalan ini, saya mengumpul bekalan.. bukan sekadar bekalan untuk berjuang di bumi asing dengan tarbiyyah, tapi bekalan untuk berjumpa dengan Dia.. Dia Yang Maha Berkuasa atas segala aku, Dia yang mencipta bumi ini, Dia yang menghidupkan cell-cell di dalam bandanku dan Dia lah segalanya.. kekadang, hati ini tertanta-tanya, mahukah Dia berjumpa denganku kelak? jawapannya dijawab sendiri, cukuplah aku yakin dengan janjiNya untuk menemui orang-orang yang berusaha untuk menemuiNya.. Just give your best effort, Allah knows best.. Ya Allah, aku rindukanmu...
semalam, rasa rindu itu datang lagi, menyelinap dalam hati kecilku.. aku kaget seketika, perasaan apakah ini? rupa-rupanya perasaan ini dihantar-Nya untuk dekatkan saya dengan Dia.. Allah, aku rindukanmu.. jauhnya saya berjalan, sampaikan terlupa untuk mengingatiNya.. Ya Allah, ampunkan kekhilafan ini kerana saya manusia biasa, saya hambaMu semata, dan saya sentiasa mendambakan cinta dariMu.. biarlah mereka menganggap saya lambat di atas jalan ini, kerana saya hanya mengharapkan perhatian dariMu.. saya juga manusia yang mahukan recognization, dan saya hanya mahukan racognization dariMu, Ya Allah...
Ya Allah, perjalanan ini masih panjang, saya sendiri tak pasti apa lagi mehnah yang menanti di hadapan.. cuma satu yang kupinta, semoga Kau tsabatkan aku di jalan ini untuk terus melangkah mencari redha-mu.. aku tidak malu untuk terus melangkah in any means, even merangkak sekalipun kerana aku yakin susunan-Mu pasti yang terbaik.. Allah knows best, kann..
derap kaki ku sedang menujuMu, Ya Allah :D
semoga derap kaki ini hanya berhenti apabila sampai saatnya untuk aku dipilih sebagai syuhada dalam perjuangan suci ini...
much love to my only God, Allah...
No comments:
Post a Comment