Friday, September 9, 2011

filter funnel or filter paper?


assalamualaikum..

*naknangistapisegandenganDiasebabsalahsendiripun*

tika mana hati mula mengembang indah..
bila mana Sang Pencipta menghadirkan tarbiyyah..
selepas hati kontang tidak disimbah
selepas roh kelaparan menanti binasa
dihantar akhowat sebagai perantara
perantara yang menyuburkan kasih.
bukan kasih biasa..
tetapi..
kasih ilahi yang tiada tandingan..
(muqaddimah: sekadar luahan rasa seorang hamba)

jalan tarbiyyah sangat indah..
masakan tidak, Si A datang memberi sokongan, Si B datang menyuap kasih..
ramai lagi yang sentiasa berdampingan..
kerana Allah kita menyulam kasih..

namun, hari ini..
Aku takut..
takut andai TERTAPIS
tapisan Allah bukan sekadar filter funnel,
mahupun filter paper..
kerana..
tapisan Allah itu sangat halus..
kerana Dia lebih mengetahui segala sesuatu..

Ya Allah..
Aku insan yang lemah. Bercita tinggi menyambung perjuangan Rasulullah, mengangkat syahadah di muka bumi..
kelemahan aku jangan dijadikan tabir di dalam dakwah, jangan dijadikan sebab untuk aku tertapis..
Kekuatanku milikmu, kerana aku hambamu yang hina..


find Alah, and everything gona be fine..


No comments: