Thursday, January 22, 2009

????

Hari ini bila ia datang,
jangan biarkan ia berlalu pergi

Esok kalau ia masih bertandang,
jangan harap ia akan datang kembali

Semalam kalau ia tak datang
mungkin ia tak akan pergi

seterusnya ia tak akan kembali
Kerana hari ini baru kau sedar
bahawa semalam kau biarkan ia datang
dan esok ia akan pergi

dan seterusnya tak akan datang kembali

Hari ini, esok, semalam dan seterusnya
kau harus sedari bahawa

pertemuan dan perpisahan
adalah lumrah perkenalan…

Hari ini akan berlalu pergi bagai angin lalu...
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita...
Semalam tak mungkin akan berulang kembali seperti sejarah…
Seterusnya beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang

No comments: