Monday, July 9, 2012

memaknai erti syukur

Assalamualaikum hati-hati yang sentiasa mencari kemanisan iman :)

      Jika anda IB student, pasti sudah tahu bahawa result IB exam sudah memunculkan diri. Jika anda bukan IB student, anda pasti sudah tahu sekarang sebab saya dah bagitahu. Tidak hairanlah status-status di muka buku dipenuhi dengan perkataan "alhamdulillah". Seriously penuh! Betapa ramai yang menjadikan "alhamdulillah" sebagai status di mukabuku mereka.

"Alhamdulillah, Allah bagi solat lagi" :D


Teringat perbualan dengan seseorang semalam di status beliau;

"Tahniah! Result semua orang mantap-mantap!"
"erk.. anda tahu overall result ke? *sayataktahuapeape* "
"eh, takdelah tahu semua.. tapi tengok banyak alhamdulillah kat news feed tu hah"
:O

Apabila syukur hanya dikaitkan dengan result cantik

     Sedikit terkilan apabila syukur hanya dilafazkan apabila mendapat berita gembira. Perkataan alhamdulillah ertinya segala puji bagi Allah. Bila mana kata syukur itu dilafazkan, tiada yang lain, hanya Allah yang berkuasa meletakkan kita dalam situasi itu. Ya, apa-apa sahaja situasi, sama ada baik mahupun buruk. 

     Bila sahaja berita gembira dikhabarkan, lafaz ini gunanya untuk menyingkirkan rasa ria', takbur dan segala macam penyakit hati dengan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang memberikan nikmat sedemikian untuk hamba yang hina ini. Begitu juga apabila ditimpa kesedihan, kepayahan mahupun mehnah di depan mata. Dari mana ia datang, pastinya dari Allah! Inilah masanya untuk kita memuji Allah lantas mengingatkan diri yang pelupa agar menerima dengan hati terbuka susunan Maha Hebat dari Allah yang Maha Besar.

Memaknai erti syukur

    Syukur itu tidak datang dalam bentuk kata-kata sahaja.. Senanglah adik kakak oi kalau setakat post status alhamdulillah di facebook untuk melambangkan rasa syukur, sedangkan diri terlompat-lompat meraikan kejayaan di part-party yang serba 'fun'. Sudah diberitahu di dalam al-quran:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur akan kamu tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah pedih" (Ibrahim: 7)

Orang yang bersyukur dijanjikan dengan nikmat yang berlipat ganda. Salah satu nikmat yang diimpikan oleh setiap muslim ialah nikmat syurga. Yalah, erti syukur itu amat besar sehingga Allah mahu menjanjikan nikmat yang berlipat ganda! Bagaimana mahu ganjaran hebat dari Sang Pencipta jika hanya menulis 'alhamdulillah' di facebook, tapi pada amalnya tidak tersinar rasa kesyukuran itu! Syurga itu mahal, masakan mahu dibeli dengan satu status di facebook tanpa penghayatan sedikitpun! 

"Segala Puji Bagi Allah"

Marilah memaknai erti syukur. Hayati dengan hati, pasti nadi iman akan meningkat naik untuk menggerakkan amal tanpa sempadan. Hanya Allah yang layak mendapat pujian, tiada yang lain, hanya Dia. 

By: Dr. Yumi

footnote: sudah lama tercoret di dalam draf, terasa mahu berkongsi dengan anda yang membacanya.. :)

Sunday, July 1, 2012

utusan hati

Ada akhawat cakap saya selau say something randomly. mungkin.

Tadi, semasa syuro online, kerinduan menyelinap terhadap akhawat-akhawat seperjuangan. Rindu untuk syuro di alam nyata, rindu untuk berbulatan gembira di alam nyata. Rindu.

Seorang demi seorang menyinggah minda. Saya sayang anda semua tahu! [walaupun tak express]

"Ya Allah, satukan hati-hati kami di jalan dakwah dan tarbiyyah ini."

sampaikan salamku buat pejuang islam  di luar sana
moga terus kuat
:D

Bila lagi..??

       Saya baru sahaja membaca post yang tak baru sangat di blog Inche Gabbana. Oh tiba-tiba tersentuh dengan pengalaman tarbiyyah beliau. Bagi saya, itulah kesan tarbiyyah pada diri seorang individu muslim. Sampaikan sanggup mengalir air mata mengenangkan tahap pembinaan diri sendiri. Anda ada..?? *dush!*

       Ini bukan kali pertama saya mendengar cerita manusia-manusia hebat hasil tarbiyyah ini. Mantap amat! Diceritakan kisah seorang ukhti H. Salah seorang mad'u bernama S memberi feedback menyatakan ketidak-tsiqahan beliau terhadap ukhti H. Begitu direct dan jujur lagi bagus luahan hati cik S kerana merasakan ia masalah biasa-biasa sahaja. Kesannya ukhti H itu tidak tidur 1 malam dan 1 hari berikutnya  memikirkan penyelesaian yang tarbawiy lagi menyegarkan. Itulah kesan tarbiyyah yang mengalir sehingga menggerakkan seorang muslim untuk melakukan dakwah dengan all-out! Bukan sekadar aci buat sahaja. Kecekalan ukhti H mengisi hati-hati yang kosong pasti sahaja dilihat Dia, oh! dan akhirnya cik S jatuh tsiqah dan sayang pada ukhti tersebut :D

       Oh, tiba-tiba teringat kisah segerombolan akhawat yang berkejar-kejaran menuju ke medan tarbiyyah walaupun sebenarnya mereka kepenantan. Ketika menunggu bas awam, tiba-tiba kedai makanan yang berdekatan terbakar. Siapa sangka mereka semuanya bersegera menolong memadamkan api. Ada juga yang menelefon bomba. Belum sempat ahli bomba sampai,dengan pertolongan Allah, api sudah berjaya dipadamkan. Ahah! Bagi saya yang melihat dari jauh (jangan tanya dimana saya berada), sungguh teruja melihat keberanian dan kegagahan (erk?) mereka mengangkut timbunan pasir demi menolong mak cik penjual kedai bersama anak-anaknya yang masih sangat kecil itu. Inilah hasil tarbiyyah! Di mana-mana sahaja mereka berada, di rumah, di medan dakwah mahupun di atas jalanraya, mereka pasti cuba sedaya upaya melengkapkan muwasofat tarbiyyah! [for this case, tarbiyyah menyediakan gerombolan ini untuk bermanfaat pada orang lain] :) *peace*

      Bukan itu sahaja, seorang akhawat pernah mencaritakan kisah seorang akhawat yang travel selama 10 jam semata-mata mahu berdakwah! Adik kakak, 10 jam tu bukan sekejap.. Hanya manusia-manusia yang merelakan dirinya untuk ditarbiyyah sahaja sanggup melakukan kerja-kerja yang haybat di mata Allah ini.. :D

      Jangan risau, kita juga mampu menjadi seperti mereka. Alirkan kejernihan tarbiyyah di dalam dirimu hingga basah hati itu, pasti keimanan akan terbina lantas melahirkan supersaiya seperti mereka! :D Lainlah kalau anda menyekat aliran tarbiyyah dengan menggunakan keegoan, kemalasan mahupun drama-drama korea (jahiliyyah stuff) yang tidak berkesudahan. Erk..??


footnote: Bila lagi.. mahu menjadi muslim supersaiya seperti mereka? *talk to myself*


"Biarkan cahaya tarbiyyah bersinar di dalam diri kalian! Pasti masyarakat sana teruja untuk turut ditarbiyyah dek sinaran gilang gemilang itu.. :) "

Tuesday, June 26, 2012

kembara tauhid

     
Indahnya tarbiyyah.

Jangan tanya bagaimana keindahan tarbiyyah kerana hanya orang yang pernah merelakan dirinya untuk ditarbiyyah sahaja boleh merasai keindahan ini. Serba sedikit, dunia tarbiyyah diselangi pengorbanan dan kasih sayang.

Bertambah syukur apabila Allah tidak pernah berhenti mentarbiyyah kita pada setiap saat. Cuma, kita perlukan mata hati yang tidak rabun dan tidak buta, untuk merasai dan menghayati tarbiyyah direct dari sang pencipta.

Teringat tarbiyyah halus dari Allah semasa jaulah ke Penang minggu lepas...

Saya dan seorang akhawat sepatutnya menaiki bas ke Penang pada pukul 11 malam, hari rabu. Tiket sudah tersedia di genggaman kami, planning yang rapi juga tersemat di minda kami. Weehhooo, sangat excited nak bertemu mata dengan akhawat tercinta (especially usrahmates ~sila terharu ye usrahmates~ :p ). Oleh itu, kami berada di stesen bas agak awal (45 minutes earlier). We wait, wait and wait.. sampaikan adik-adik saya yang comel montel pun dah tertidur dalam kereta. I was like..

"Ya Allah, tak layakkah aku untuk bersama mereka mengejar cintaMu?"

"Nope! Semua orang layak.. Cuma.. yes, niat!"

Seriously tak terkata. Tapi orang kate, stay cool, stay firm. Tajdid niat. Allah, kalau tak kerana tarbiyyah dariMu, dah lama kami tersedu sedan menunggu bas.. :p Sabar je la... That's the only thing yang boleh buat, SABAR.. 

"Kata nak cari tarbiyyah kan.. ambik nah, tak gerak lagi pun Allah dah mentarbiyyah.. 
See, Allah love us! "
:D

30 minutes. 1 hour. 1 hour and half. 2 hours. Still waiting 
*jazakillah khai ummi dan ayah tunggu kami untuk naik bas*

It was 2 a.m. Dan bas masih tiada. And I decide,

"ummi, jomlah kita balik.. I don't think bas akan datang pukul 2.15 pagi ke ape.. "

Ya Allah, alhamdulillah untuk tarbiyyahMu ini. Tarbiyyah yang mengajar kami untuk sabar, untuk mentajdid niat. Balik tidur rumah.

Keesokan harinya, ayah bawak pergi stesen bas dan beli tiket baru. :D Tapi, masih tak terlepas dari ditarbiyyah. Naik bas pukul 8 pagi dan sepatutnya sampai Penang pukul 1 petang, unfortunately sampai Penang pukul 6 petang. Many-many problems along the journey, this is what we called as tarbiyyah. :D

Oh saya bukan saje-saje nak bercerita okay! :)

Y'know what, Allah tak sayang saya sorang je, but He loves us ALL. 

Premise 1: Allah mentarbiyyah hamba yang Dia sayang
Premise 2: Allah loves us ALL.
Conclusion: Allah tidak pernah berhenti mentarbiyyah KITA SEMUA.

Cuma kita yang membutakan hati kita untuk melihat setiap benda yang berlaku di sekeliling sebagai tarbiyyah dariNya.

 "Have they not travelled through the land, and have they hearts wherewith to understand and ears wherewith to hear? Verily, it is not the eyes that grow blind, but it is the hearts which are in the breasts that grow blind. " (Al-Quran:22:46)

Buka mata hati. Lihat tarbiyyah di sekeliling. Dan rasalah Allah sangat dekat dengan KITA. :)


Saturday, June 2, 2012

Ain't a crime, aite?

"akak senanglah.. dulu sekolah agama, budak-budak baik" (adikcomel: 2011)

aiseh! sejak bila saya sekolah agama? tergelak lucu bila seorang adik di kolej menganggap saya dari sekolah agama. saya anti bahasa arab masa zaman sekolah rendah, takkan nak masuk sekolah agama kot! (asyik meniru je time exam bahasa arab) 

Saya yang dulu? pernah membuka cerita yang tersemat di dada dengan orang tertentu, tak banyak, cerita one-third of my past life je.. reaction mereka:

"serius kau macam tu dulu? macam tak blh nak percaya je weh!"
-_-"

hell yeah! past is past.. benci untuk mengingat kembali..
the rest is history
oh, saya bukan nak menjaja jahiliyyah dulu kala pada satu dunia ye.. 

I'd just finished reading Versus by Hlovate (this is not the first, second or third time..) one word to summarize everything..
CHANGING

each of us ada jahiliyyah masing-masing.. bila dah dapat tarbiyyah, join usrah, pergi daurah, many people changed.. kalau tak banyak pun, sikit lah kan.. at least, CHANGE.. start pakai baju labuh skit, tudung besar skit, beli stokin banyak-banyak etc, etc.. and me too.. simply said, many people change physically..

but then again, changing is not at the first point we knew tarbiyyah only. It should happen all the time because we will never reach for perfection as there will always be the room for improvement.

while reading versus for this time, I felt like striving and struggling harder to change.

sepatutnya, tarbiyyah itu mengubah. Kalau dulu masa cuti asyik tengok Merlin series, mungkin kali ini kita boleh dengar recording pengisian by Nouman Ali Khan atau mane-mane ustaz lah. Kalau dulu masa cuti asyik duk stalk orang, mungkin cuti kali ini kita boleh isi masa dengan hafaz quran. Kalau dulu syok menampal poster Christiano Ronaldo bagai, mungkin kali ini cuti kita boleh dipenuhi dengan menampal list mutaba'ah amal sebagai peringatan untuk diri sendiri.

"ingat senang ke adik kakak oi?"

ada ke saya menyebut kerja-kerja ini senang? Meninggalkan jahiliyyah itu menyeksakan. It torns you inside and out!

kan dah cakap.. [kredit]
TAPI, He is upthere, watching our steps to get away from all the jahiliyyah we used to do before this. Kalau Allah sedang tengok KITA, ada lagi ke yang KITA nak sebagai motivasi untuk membuang karat-karat jahiliyyah tu?

one more thing, don't have to feel so lonely lah! many-many people are trying hard to run away from jahiliyyah. They are working on the same thing too, okay? :D




footnote: sorry adik kakak saya tak sempat siapkan vid in given time -_-'


Dr. Yumi say:
mampu! mampu! mampu! minggu ni saya nak lancarkan Kempen Membuang Tummuhat (obsesi) Terhadap Perkara Jahiliyyah. Aktivitinya sila ikut kreativiti masing-masing. Antara cadangan yang dekat dengan diri saya ialah, membuang poster-poster yang tak sesuai di dalam bilik, menjauhkan buku-buku yang tidak berfaedah dari diri anda, mengikis penyakit-penyakit hati seprti dengaki, marah, dendam kesumat dll, dan menghidari aktiviti lepak-lepak yang tidak berfaedah. =p  JOM!