Friday, January 21, 2011

mujahidah itu..

salam 'alaik..
dah lame x update blog, mungkin kerana hati ini kdg2 terdissolve in IB
sehingga lupa hati yang dahagakan iman..
dan roh yang merintih makanan dari Ilahi
sedangkan jasad ini sering menjadi seperti robot yang terlupa dengan tujuan hidup..
*istighfar*
alhamdulillah.. Allah campakkan balik getaran iman yang sedikit ini
Allah hentakkan hati yang kosong ini dengan pelbagai ujian..
dan alhamdulillah.. minggu ni, week of learning..

kalau sebelum ni, tahu tujuan hidup..
tetapi jarang sekali meng'appply' dalam hidup..
walau hajat di hati ingin berubah 180 degree..
tetapi, tak boleh salahkan takdir..
because He always know what's the best for us..
apa yang penting?
bukan kerjasama..
tetapi istiqamah mencari mardhaatillah
insya-Allah diri ini juga sedang mencuba..
dan alhamdulillah, tak keseorangan di jalan dan di bawah naungan cinta-Nya
alhamdulillah, Allah menjadikan kawan-kawan sekeliling sebagai golongan yang saling ingat-mengingati..

betapa banyak word Alhamdulillah in this post..
betapa Allah tu Maha Pemurah..
campakkan segala nikmat kepada kita..
dan juga ujian-ujian untuk kuatkan hati-hati kita..
Alhamdulillah Ya Allah..

seriously, jalan mujahidah itu pahit..
tangis menjadi teman..
godaan dunia sering menghambat diri
tapi yakinlah bahawa..
mujahidah ini sangat manis pada penghujungnya..
insya-Allah

minggu ni terasa minggu pembelajaran yang agak tough
bukan academically
but I mean what i've learned from Allah

Allah tak ajar kita secara direct..
tetapi kita yang mesti memahami bahasa-bahasa Alah dalam mendidik hati kita
Dia kan pencipta kita, so Dia lah yang terbaik untuk mendidik hati-hati kita..
ujian adalah salah satu medium nya..
ingatlah, jika kita memandang semua yang berlaku kepada kita, datangnya dari Allah..
insya-Allah kita akan dapat menerima dengan senyuman dan tangis gembira..

minggu ni, Allah timbulkan dalam hati-hati saya dan classmates saya untuk buat sedikit pengisian rohani..
dan alhamdulillah Allah yang mencampakkan semua idea utk saya share dengan kawan-kawan
mungkin sounds biase-iase je..
tapi saya betul-betul rasa Allah sedang ajar saya berdakwah dengan Hati
sangat happy bila ingat balik cara Allah nak didik hamba-Nya

then, pergi daurah
tajuk: syahadatul haq
terasa berat beban di bahu
tapi alhamdulillah.. Allah pilih saya dan kawan0kawan untuk tahu pasal semua ni
Allah bagi tanggunjawab yang sangat besar di kepada saya..
dan insya-Allah, program sehari yang menitiskan air mata kami
mampu mengajar kami
dan menarik hati kami untuk lebih dekat dengan Allah
=)

and hari ni kene conduct usrah umum
sememangya saya rasa tak mampu..
tapi alhamdulillah Allah hantar kawan saya untuk pujuk hati yang confuse ni
masih ingat kata-kata sahabat saya ni
"Hidayah mesti mampu buat.. kalau x, xde lah Allah bagi tugas ni kat Dayah.. lagipun, mungkin Allah nak ajar berdakwah in broader scope.. take this as a chance because Allah put trust in u"
(lebih kurang macam ni kata-katanya)
dan saya akhirnya terima tugas tu..
sedangkan Rasulullah pun tak terus berjaya menarik hati-hati manusia ke arah Allah,
apatah lagi saya yang lemah ni kan
ya, memang sedih dan menangis bagai nak rak
sebab terasa lemah sangat, dan sangat kesian melihat audience yang x dapat faham apa yang ingin cuba disampaikan..
takpe, ini hanyalah permulaan..
jalan dakwah tidak hanya berhenti di sini
insya-Allah akan ku ayun langkah menuju cinta-Nya dengan lebih kuat..

dan, saya nak lahirkan rasa syukur kepada-Nya
Alahamdulillah
kerana meletakkan hati saya di jalan dakwah
yang dahulu tak pernah saya termimpi untuk berada di jalan ini
alhamdulillah Ya Allah..
=D

Thursday, January 6, 2011

comes hell or high water



alhamdulillah, dah semakin rajin blogging (lepas deactivate fb)
review test week had gone..
alhamdulillah again, i perfectly endure it without tears
alhamdulillah, sebab Allah still sayangkan kita dengan menghantar pelbagai ujian (result gitu-gitu je)

"Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu dia dalam kesibukan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai golongan jin dan manusia" (55:29-31)

kan dah cakap.. Allah sayang kita, sebab tu banyak sangat nikmat yang Allah bagikan.. so, kalau dapat ujian tu, bukan sebab Allah tak nak makbulkan doa kita saj
e-saje je.. tapi mesti ada sebab kan..

"... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

betul kan.. Dia dah bagitahu semua ni dalam Quran.. semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.. so, terima lah semuanya dengan hati yang terbuka, insya-Allah..




so, come hell or high water, Put our faith to Allah because He is our creator.. and PROUD TO BE MUSLIM.. =)


IB hanyalah persinggahan sementara dalam hidup dan boleh menjadi satu alat yang sangat penting dan bermakna dalam bejihad di jalan Allah.. so, let's strive for the best! =)

Monday, January 3, 2011

hati ini..

salam 'alaik
=)
alhamdulillah dah sampai KMB..

tiba-tiba teringat doa rabitah
paling suka part..
"Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya."

hati-hati kita selalu berubah kan..
ada je yang tak puas hati
kadang-kadang bila terima musibah sikit je..
tapi mesti dalam hati tu duk mengeluh je.. (experience penulis-always)

ada sekali tu. terkena musibah..
sikit je pun Allah uji
tapi hati ni dah startmarah, mengeluh..
tiba-tiba..
dapat message
"jika kita lihat sesuatu dari Allah, mesti semua yang berlaku dalam hidup kelihatan indah semuanya"

alhamdulillah, masih ada rakan yang sudi mengimgatkan diri ini..
=)

hati kita mudah berubah
apa yang perlu untuk meneguhkan hati di jalan Allah
ialah..
mujahadah yang berterusan
"1 istiqamah lebih baik dari 1000 qaramah"

oh, teringat plak 1 ayat cinta dari Allah.
"... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (2:216)

so, jom sama-sama bermujahadah, jaga hati dan terima semua yang terjadi dengan hati yang tebuka..
=)

p/s: sedang prepare hati untuk tawakkal dengan result yang akan keluar tak lama lagi =)

Thursday, December 30, 2010

mesti cuba!

salam 'alaik..

siapa saya untuk sedih, sedangkan semua yang Allah buat pasti ada sebab?

and still, knp saya x blh trime semua yang berlaku?

that's another think to be ponder upon


p/s: mood still takut.. takut untuk terima kenyataan bila dapat result nanti.. takut bila kwn2 ex-school dapat result power2.. takut bila tengok semua orang rajin.. ye, saya rase dh hilang diri saya.. saya dah tak 'kiasu' lagi.. dan saya makin leka..


Hidayah, awak x confirm dapat fly lagi.. ye, saya takut dengan cabaran dunia.. saya dh hilang semangat saya yang dulu.. sekarang ni tengah prepare diri untuk tidak takut, except takut kepada Allah..

saya sering terfikir, ke mana semangat study saya? mana saya buang?kenapa saya mudah sangat tertido bila study skrg ni.. ye, saya lemah

oh, need to go

************************************************************

longed for sem 1 result

*****************loading*********************************

prepare diri dan hati

*************************************************************

insyaAllah cuba bertawakkal.. siapa saya untuk melawan apa yang diputuskan Dia?

***********finding His redha********************************

salam..

i think i rarely talked to you in class. you always seem to be "kiasu", but so does everyone else. what i like about you is that you always try your best in whatever you do. you are also a very(-very) nice person...err... i dunno what else to write...lalala~ good luck there! :) -fren's wish dat i really appreciate- ( dat's y i can't ever forget lebest, n never able to be replaced with KMB)

Monday, December 27, 2010

write the past...

salam 'alaik...
saya muncul kembali..
setelah lama hilang dalam kealpaan dan tipu daya dunia..
ada ketika iman di atas..
tapi..
moment iman di bawah tetap ada.. (x suke)

kali ni saya nak ceritakan
PERKEMBANGAN MINDA SAYA SELEPAS MUMAIYYIZ...

7 tahun a.k.a darjah 1
saya suka tonton tv..
so, saya mula kenal word wartawan..
em, menarik je word tu..
lepas tu, saya terdengar umi ngan ayh ada menyebut word jutawan..
eh, macam sama ngan wartawan je, sebab -wan kat belakang tu..
haa, samalah tu..
bila ada orang tanya saya nak jadi apa..
kadang-kadang saya jawab wartawan..
kadang-kadang saya jawab jutawan.. hehehe

**********

9 tahun a.k.a darjah 3
saya mula berfikir, nanti besar nak jadi apa ek?
em..
cikgu mungkin..
eh, tak!! xnak jadi cikgu sebab umi ngan ayah dah jadi cikgu
fikir lagi... emm.. emm..
haa!!
dah ada idea
saya nak jadi scientist =)
sebab nak cipta alat-alat teknologi..
mesti best kan
yeayyyy!!!
saya nak jadi ahli sains..

*********

12 tahun a.k.a darjah 6
saya sangat lemah math, takut sangat sebab tahun ni nak ambik UPSR
UPSR= exam besar kut..
then, saya dapat cikgu math yang garang..
ohh, takut!
cikgu selalu bawak rotan
tiba-tiba..
saya dapat A math 1st time exam darjah 6
wallawehh!! siap dapat 94% tuu..
saya mula suka math
score 100% satu kepastian
terima kasih cikgu...
so, saya mula terfikir untuk menjadi pegawai bank (ada kaitan ngan math)
saya cakap kat ayah..
em.. sedih... sangat..
ayah tak bagi..
ayah cakap, pegawai bank terdedah ngan rasuah..
oh, ayah nak jaga anak ayah rupanya..
kakak faham ayah..
kakak tak nak jadi pegawai bank lagi..
emm, stay ngan cita-cita as scientist la nampaknya....

*********

16 tahun a.k.a tingkatan 4
ouch, lamanya memegang cita-cita as scientist..
tak goyah langsung eh..
em, saya telah join science camp semasa form 4
best lah!!
apply science term in life jekkkk
eheh, nama group kami ialah IBNU SINA Jr.
hehe, sebab terpegun dengan kebijakan dan kehebatan Ibnu Sina
at last ISJ group dapt 1st place in overall event..
happyyy!!! =)
lepas tu kan, niat dah berubah..
saya nak jadi DOKTOR
saya nak jadi macam IBNU SINA
saya nak jadi pengganti IBNU SINA
saya selalu bergurau ngan kawan-kawan pasal ni
mungkin nampak tak serius pi\un
hati je tahu betapa serius saya masa tu
sebab tu lah saya cuba, cuba dan cuba capai kejayaan
alhamdulillah SPM dapat straight A's
mungkin tak sehebat kawan-kawan yang lain
tapi..
cukuplah untuk menjadi stepping stone to grab the chance
ye, peluang itu!
peluang untuk meneruskan cita-cita untuk menjadi pengganti Ibnu Sina
insyaAllah =)

***********

17 tahun a.k.a IB student (1st sem)
cita-sita nak jadi Ibnu Sina still in progress
akak-akak senior ajak saya pergi daurah
ye, mula-mula tu pergi sebab nak jaga hati akak-akak je
plus, boleh jumpa akak senior yang dah fly
ouhh, best lah pujukan tu..
so, pergi la (dengan niat yang salah *istighfar*)
tapi kan, alhamdulillah
saya dapat ilmu yang sangat berharga
ilmu yang menentukan masa depan saya
oppss! bukan setakat masa depan kat dunia
tapi masa depan kat akhirat is included also
tu pun sekiranya saya amalkan ilmu-ilmu tu
ye, saya pasti akan cuba amal..
apa yang saya dapat?
saya baru tahu tujuan hidup saya lah

2:30 = as caliph
51:56 = as 'abid

ye, cita-cita saya as nk jadi mcm Ibnu Sina still dalam hati
cuma dengan niat yang berbeza
saya nak jadi macam Ibnu Sina sebab saya nak bangunkan ummat Islam
saya nak jadi penggerak kebangkitan umat Islam
supaya Islam hebat
ye, Islam pasti akan hebat seperti yang Rasulullah S.A.W cakap dalam hadisnya
dan, saya nak, saya juga termasuk dalam penggerak kebangkitan umat Islam
biarkan Islam menjadi hebat seperti di zaman Abbasiya..
oohh, tu zaman Ibnu Sina Hidup..
ye, saya pasti akan cuba jadi macam Ibnu Sina

ye ye, saya tahu..
cita-cita saya sangat besar
mampu ke saya capai?
emm, saya tak boleh nak janji apa-apa
tapi saya tahu..
Allah sentiasa ada untuk saya
so, saya nak bergantung kepada Allah
di samping, usaha dan do yang berterusan.
ye, saya mesti dekat dengan-Nya
kan nak cari redha Allah..

insyaAllah saya cuba
saya pasti cuba
saya nak jadi macam IBNU SINA
jom, tegakkan islam
Allahu akbar!!