Tuesday, June 28, 2011

medan dah kat depan mata..

siapa cakap kita kuat..
kita kan hamba Dia je..
kita lemah, unless Dia bagi kekuatan kat kita..
sekarang kita rasa lemah walaupun perjuangan baru bermula..
senang je nak claim macam tu..
tapi kenapa kita x cuba claim dengan diri sendiri,
"dah kuat sangat ke ikatan kita dengan Allah?"

just nak reflect diri sendiri.
kalau hati kita betul-betul diisi dengan Allah,
kalau setiap langkah kita betul-betul dipenuhi keazaman untuk menjadi hizbullah
insyaAllah xkan rasa lemah
sebab Dia ada dengan kita kat mane-mane je kita melangkah..
:)
du'at!
bangun!
bergerak sepantas kuda perang!
mara menuju Allah!

Friday, June 10, 2011

Kita semua...

Assalamualaikum semua.. (ok, mungkin bunyi macam bajet-awak-ada ramai-readers.. heee :p )


Lama sudah jari-jari ciptaan Allah ini tidak menari-nari di atas keyboard, lama sudak hati ini tidak mengalunkan bicara-bicara tulisan di dalam blog picisan ini, lama sudah diri ini tidak mampu mencari masa sesuai mengupadate blog ini... ya, lama sudah... lama sudah ini mungkin tidak berbisa.. mungkin.. tinggallah lama sudah itu sebagai rahsia aku dan Dia..


Alhamdulillah Dia masih memberi setiap molekul oksigen untuk diffuse dalam haemoglobin kita.. tanpa kuasaNya, masakan kita masih bernafas di muka bumi ini.. muka bumi yang indah ini juga milikNya.. kita milikNya.. setiap zarah milikNya.. semua benda milikNya.. jika ada benda yang kalian fikir bukan milikNya, PM saya... pastinya tiada yang bukan milikNya kerana Dia Pencipta Yang Maha Agung.. Dia berkuasa menjadikan segala sesuatu.. Dia juga mampu hapuskan setiap sesuatu termasuk molekul-molekul udara yang dihirup dan dihembus saban hari.. tapi, kenapa masih kita bergantung kepada udara-udara itu untuk hidup? Kenapa kita masih bergantung pada harta kekayaan untuk bahagia? Bukankah Dia pemilik semua benda? Bagaimana mungkin cendekiawan era globalisasi bergantung kepada sesuatu yang sementara sedangkan Pemiliknya itu pasti lebih indah untuk dicintai? Tidak perlu bercakap banyak tentang hal ini, setiap di antara kita mampu berfikir perkara-perkara sedemikian, mampu membezakan antara kaca dan berlian dan pastinya mampu memilih cinta Pencipta atau cinta yang dicipta.. tiada kebahaiaan yang boleh dibanggakan di atas dunia milik Allah jika kita tidak mampu meletakkan Allah sebagai pemilik hati-hati kita, jika kita tidak mampu hadirkan cinta sepenuhnya kepada Allah, jika kita tidak mampu bermujahadah dan berusaha menegakkan syahadah di tempat yang sepatutnya di puncak sana.. kerana itulah cinta hakiki dan sejati yang didamba oleh setiap daripada kita yang bergelar HAMBA ALLAH..


Sekadar sekejap jari-jari ini mahu menari, kerana hambatan hati untuk muhasabah diri dan keinginan diri untuk berubah.. kerana kata-kata yang tidak diikuti kefahaman dan amalan pasti sia-sia.. kita hidup kerana Dia, dan pasti Dia tempat kita kembali.. jika kita hanya mampu hidup seperti biasa, tanpa meniatkan segala perbuatan kerana Dia, maka pastinya setiap aktiviti yang kita lakukan seperti sarang labah-labah yang rapuh (refer 29:41), bukankah kita semua HAMBA ALLAH?


SALAM MUJAHADAH SAHABAT SAYANG..


Much love,

Dr + da'ie..... J