Thursday, February 23, 2017

medicine

alhamdulillah 'ala kulli hal

dah 2 minggu rotation medicine dekat Kerry
rasa dah jatuh cinta pulak dengan Kerry haha

I always love medicine
sampai ada satu masa dwell sangat dengan medicine
aku jumpa keseronokan disebalik semuanya (kecuali exam haha)

dekat UHK ni semua orang baik sangat
rasa macam part of the team
dekat Clonmel dulu pun dorang include kita as team jugak
tapi sebab masa tu first rotation
still tak reti nak buat apa as intern haha

aku banyak belajar dari setiap orang

Dari Ferrah yang always have the time for budak macam aku
walaupun dia tengah busy dengan patients
tambah exam untuk jadi consultant tu lagi

Dari Sarah yang sangat lembut dan penyabar
dan selalu ingatkan aku
"you can do this"
dan sambung dia lagi, "even though sometimes it will be so hard"

Dari Ben yang selalu senyum dan cool
orang pertama percaya aku untuk buat kerja intern haha
(ok mungkin sebab dah tak cukup orang)
kata dia, "you will be my intern and I'll be registrar today"
dan buat ward round without bosses :p

saje nak tulis
supaya aku selalu ingat
mereka pernah hadir dalam hidup aku
pernah meninggalkan kesan pada diri aku

aku selalu wonder
kenapa kita kena berpisah
bila kita dah jumpa orang yang best dalam hidup kita

dan aku dah jumpa pun jawapannya
supaya kita tak attach pada keindahan sementara
dan hanya sayang Allah sahaja

hidup dekat Kerry penuh dengan positive vibes
sampai aku rasa tu ideal workplace

semua orang akan memberi kita motivasi

teringat Dr Tariq introduce aku pada consultants lain
"she is medical student. She's our future haematologist"

dan mereka yang lain menyambut "masya Allah.. for ummah, sisters"

sape je tak terkesan kan :)


dan Dr O'Brien yang penuh hikmah
di sebalik ketegasan (dan high speed speech haha)
aku akan selalu ingat
cara dia mengajak kami belajar
"for today you will read more about this and that okay?"


duduk kat Kerry ni macam duduk dekat negara Islam haha
tak rasa awkward pakai tudung
semua orang acknowledge waktu solat

Dr Tariq siap tanya lagi
after solat baca khutbah ke tak
(aku rasa dia maksudkan ada tazkirah ke tak haha)


ideal kan?

kat Malaysia confirm takde semua ni LOLs


aku harap semangat aku tak luntur bila dah balik Malaysia nanti
aku takdelah betul-betul nak jadi haematologist

tapi apa-apa sahaja specialization yang akn dibuat
semoga betul-betul untuk ummah

:)


comel je tadi dorang bincang nak pergi Islamic talk
sebab ramai speakers hebat datang from US Canada bagai


wherever we go
we will never leave tarbiyah kan.


tak habis lagi rotation'tapi dah rindu Kerry :)

Saturday, February 11, 2017

minggu ni flare-up lagi
4 hari terlentang atas katil
bukan setakat tak pergi kelas, buku pun tak sentuh

bangun solat dan makan ubat ja


rasa macam penat sangat minggu ni


penat belajar, penat emosi, penat fikir


orang selalu mengadu down
dan aku akan cakap,
takpe, bangunlah balik
kita boleh

etc

tapi bila diri sendiri yang down
sila lah nasihatkan diri sendiri

hehs.


aku penat dengan manusia

tapi, mana boleh kan?


dear self,
taktahulah ok tak fake it till you make it
but you've gone through a lot
this is just another hurdle of life

keep going
strong
and brave

don't get bothered by those people
who don't even deserve you in their life
they don't worth your thought
(k ayat ego skit)

purify your heart
focus on achieving your dream
your remaining time is gradually lessen

......................................



corcaigh
110217

Sunday, February 5, 2017

hayaa'

semalam, bila murobbi tanya siapa yang boleh share hadith 20
aku volunteer, walaupun macam tak sempat sangat nak prepare
since ada kelas dari pagi dan weekend free ni lah nak tunaikan hak housemate

entahlah kenapa aku offer diri
mungkin sebab aku rasa ini usrah aku
dan aku yang bertanggung jawab menghidupkannya

bukan lah sebab 'kalau bukan siapa aku, siapa lagi nak buat?'
tapi sebab aku tahu kami perlukan tazkiyah dari sang nabi

it is a beautiful hadith indeed
ingatkan balik benda basic je pun
sejauh mana kita dzatiyah dalam tarbiyah sendiri
dan semuanya bermula dari jiwa rabbani

panjang sangat kalau nak share pasal hadith
and tak rasa perkataan hodoh aku mampu explain hadith tu


cuma
aku bermuhasabah

aku selalu cakap tarbiyah aku macam roller coster
tapi di saat ini Allah memberikan peluang lagi
untuk merasai betapa manisnya tarbiyah

Allah menghidupkan kembali jiwa yang pernah kering kontang

teringat sharing Nouman Ali Khan (haha somebody bring NAK into my life :p)
hati kita sangat berbolak balik
dan betapa kita memerlukan doa untuk pastikan hati kita sentiasa berada di jalan yg betul

tak terpesong walau sedikit

rasa macam nak nangis
sebab dulu rasa dah jadi routine sebut

'ya muqallibal qulub thabbit qulu 'ala dinik'

dan kerana sayang pada tarbiyah ini
aku kena jugak protect and bloom what I have today

bila bercakap dengan orag tanah seberang
semua orang ada struggle masing-masing

aku selalu rasa best nya korang ada sumber tarbiyah
tapi sebenarnya kalau hati kita mati
duduk sebelah sumber tarbiyah pun tak memberi makna apa-apa

aku belajar satu benda sepanjang aku berjalan, merangkak, berlari etc

jangan pernah berhenti bertanya pada diri
'kenapa aku masih ada disini?'

biar hati berbicara
dan kau akan tahu di mana kau berada

orang yang tidak sedar diri tengah sesat
takkan bother pun nak cari jalan keluar

tarbiyah adalah hadiah dari Allah yang paling berharga
bukan mudah nak mendapat tarbiyah

setiap titik peluh untuk mencari tarbiyah
itulah yang akan bawa kita kepada apa yang kita cari


aku harap diri aku tidak lupa
di saat ini hanya satu harapan yang aku tanam
hidup aku terhenti di saat jiwa aku lapang menerima tarbiyah dari Allah


dan untuk akhawat yang sedang berjuang di bumi berbeza
kalau selama ini semua menasihati untuk terus melangkah
aku harap kita semua basirah ke arah mana kita menuju


Corcaigh
050217


ps: hayaa' means hidup dan malu..

Wednesday, February 1, 2017

email

dulu tahap benci tengok notification emails kat ipad and phone
takde kerja lain asyik bersihkan inbox

haha
tapi tu dulu

tadi bersihkan inbox, selepas setahun dan beribu emails tak penting tersimpan

terjumpa satu email penting dari seorang kakak yang sangat aku hormati

aku ingat aku dapat email tu
tapi tak ingat membaca dengan penuh perasaan

so I decided to read it, again..
baca dengan perlahan
sebab aku yakin ada sebab setiap ayat ditulis

hehs

lepas baca taktahu nak ada perasaan apa

tapi itulah pandangan manusia pada aku rupanya

merasakan diri tahu banyak
takmahu menunggu dan berjalan bersama dengan yang lain
meninggalkan ukhwah kerana ego
lari dari masalah dan tak mahu bersama menyelesaikan

and the list goes on...

Allahu..
banyak khilaf aku sebagai seorang hamba
mungkin sebab aku jarang meluahkan perasaan aku yang sebenar

siapa sahaja yang tahu
aku takut saat perlu membuat keputusan
aku takut andai tersalah memilih jalan
aku takut memulakan langkah baru

sebab manusia hanya melihat
aku sebagai orang yang kuat, lantang, tak kisah manusia sekeliling

siapa sahaja yang tahu
setiap perasaan yang perlu dikorbankan
setiap rindu yang terpaksa dipendam
setiap sayang yang tidak terluah

kerana ku lah manusia yang paling lemah
aku lah hamba yang paling tak mengetahui
aku lah yang tak punya hikmah, kefahaman mahupun pengalaman

kerana aku tidak punya apa

aku pernah cuba mengambil semua yang aku perlu
tapi aku kira satu sifat dunia, kita tak mampu memiliki semua yang kita mahu

tapi kita perlu memilih

dan segalanya terserah kepada Allah
untuk mengizinkan setiap pilihan yang dibuat



dearest future-self,
stay strong
sikit je lagi perjuangan dekat dunia
nak balik jumpa Allah dengan ada ahsanu 'amala kan..


dearest you (whoever you are),
moga Allah sentiasa tautkan hati kita di atas perjuangan aqidah ini
walau banyak khilaf seorang aku
yang mungkin saja membebankan harakah dakwah ini

moga Allah ampunkan khilaf aku
tiada daya dan upaya seorang hamba
melainkan dengan penuh harap dan takut
memohon agar Alla sentiasa mendekatkan kebaikan buat kita
dan menjauhkan al-hawa' yang menyimpangkan hati ini

hati ini milikmu ya Allah..